WHat's Nuffy Say?

17 August 2009

DUGAAN..

Salam semua..

Hari Sabtu lepas my sis-in-law buat kenduri doa selamat sikit (masuk umah baru).So my MIL+FIL and other SIL+BIL datangla berkumpul kat cheras.Me and hermi bertolak dari Melaka after class jumaat tuh.Sampai jek KL,trus ke pasar borong membeli barang dapur yang dipesan my SIL untuk masak nanti.Beli ayam sampai 7 ekor-potong 18 pun still besar lagi(sekor ayam dlm dekat 2kg jgak)..Sekilo rega dlm RM6.Murah laa..pastu beli sayur2 sikit.Sampai cheras dalam kul 11 mlm.Sampai je tengok semua sudah tido??Aik ape pun tak buat.Penat mungkin perjalanan dari Perlis dan sampai petang jumaat tu ke kl.Kalau kat pekan ni esok kenduri sure malam nye sume tak tido(kan semeq) hehehe..

So sbb dah tengah malam,saya pun tak layan sangat nak makan ape2(betul xsentuh).My SIL dgn hubby dia duk makan nasi,nampak pulak ikan siakap masak merah terhidang depan mata.Nasib baik masak merah tu terlebih pedas buat saya malas nak makan..ekekkee..(alasan).Terus ke dapur bersihkan ayam tadi.Lepas makan my SIL(tuan rumah) datang tolong.Sambil borak2 manja kat dapur.Lepas tu terus goreng ayam sambil siang ikan untuk digoreng.Kalau nak buat ayam ni esok padah lambat siap.Bukan ade kuali besar gabak.Aktiviti menggoreng ayam ni berjalan sampai kul 5 pagi.Tu pun saya sorang je bertahan(sebab dah tido petangnyer)..Nasibbaik la suami saya nak tunggu teman sambil tengok tv.My SIL dah K.O sbb penat kerja petang tu.

Dalam pukul 5 pagi ,saya baru bersiap-siap nak tido,tiba-tiba my MIL (dalam bilik)kene sawan(kejang-gigil) tangan sebelah kiri sebanyak 3kali. Tapi disebabkan saya terlalu mengantuk terus saya tertido( kat luar) macam mayat..hehehe.(gua ngantuk gile beb)..Pagi esoknya bangun,breakfast my MIL suarakan untuk balik ke Perlis pagi itu juga,kerana sakit tangan,kaki dn kepala buat beliau rasa tak best.Tapi anak-anaknya memaksa beliau ke hospital area situ juga untuk buat pemeriksaan.Mulanya beliau tegar tak mahu.Tapi akhirnya mengalah.Dalam pukul 11 pagi tu,my BIL bawa beliau ke HUKM-PPHUKM.

Tinggallah saya dan firda(SIL) menyiapkan segala untuk kenduri.Masak nasi,goreng ikan,masak kuah masak merah ayam dll.Dah hampir pukul satu baru siap.Mujurlah takde tetamu datang lagi.Kalau tak kelam kalibut dibuatnya.Lepas dah siap proses makanan,mandi bersiap dan rehat tunggu tetamu.Sampai pukul 3 ptg aissshhh takde pun datang??.Hampir mataku nak terlelap baru dengar ketukan dan salam..bergegas saya bangun dan campakkan bantal dalam bilik utama sambil tersengih2( sbb diorg dah buka pintu awal sendiri nak masuk umah)..Ramai juga la serbu.BAru teringat air tak bancuh lagi..wawawa..

Petang tu juga dapat tahu my MIL kena tahan,kena buat ct scan dalam 2 kali.Pastu kena X-RAY lagi.Hospital syak samada brain tumor atau strok.Saya dah berdebar2..saya dah agak mesti kene tahan la.Patut la mak saya pun taknak pegi cek kat hospital(kan puan hapimah).Dalam pukul 6,saya dan SIL bergegas ke hospital bawa baju,towel dan toiletries. sbb kofom duk spital.Sakit MIL xdapat disahkan lagi sbb dr.pakar cuti.Ahad baru ada.Lepas MIL kene cek,saya dan semua SIL ikut beliau dibawa katil beroda utk ditempatkan ke wad surgery..pergh takut gua-gua mencik hospitel..blueek..

Sampai ke wad ada la dlm 3 pesakit je bahagian wadwanita.Semua dah tua-tua.Saya berjalan sekitar untuk tengok ade toilet tak.Singgah kejap kat sorang makcik yang tengah jaga kakaknya terlantar lebih sebulan kat situ sebab ketumbuhan dalam otak juga.Taknak operation.Bila makcik tu cakap wad ni untuk orang sakit/injured bahagian otak/kepala buat gua seriau.Yerla tatau kan mIL sakit ape.Tak diconfimkan lagik.Misi tak bagi my MIL bergerak,,makan kencing mandi smua atas katil,masuk ubat cek tekanan darah,kencing manis.Tekanan agak tinggi,kencing manis normal.

Ahad,doktor pakar datang,sahkan MIL xkena strok lagi.Boleh dielakkan.Baru tau my MIL mmg ada tumor(not cancer) kat bahagian otaknya,sebesar telur ayam-dan akan membesar lagi..Tumor tu menekan saluran darah dan mengganggu urat saraf MIL menyebabkan sakit kaki,kejang tangan dan sakit kepala selama ni.So bukan sebab sakit jatuh motor beberapa tahun lepas.80% keputusan doc utk lakukan pembedahan-buang.Tapi taktau la my mIL setuju ke tak nk bedah2 ni.Sebab hermi haritu pun dah buang ketumbuhan kat kepala-tulang lebih.(ade parut kt kepala).Mmg myMIL nk elakkan bedah.So pagi isnin ni katanya kena MRI untuk sahkan semua tu.Kemudian barulah cakap pasal surgery.

22hb ni My SIL(twin) dah nak balik umt,kelas dah start,yang lain semua kerja.So last option saya juga la (sebab saya tak kerja) untuk jaga MIL kat hospital nanti.Nampaknya saya sambut puasa di sana(nasib baik juga saya takde anak lagi).Hermi pulak mungkin ulang -alik ke KL_MELAKA lepas ni..Tengok la camana.Tapi ape pun diet tetap diet.hhuhuhu..Mmg dugaan ...

3 comments:

Mamajenn said...

Kesiannya MIL manak..Semoga dia cepat sembuh..lepas ni confirm la jadi menantu kesayangan hahahahaha:D Jgn marah ye..gurau je

naufal/afif/go said...

a'ah la.ciankan..meh la kite bdoa reramai moge dia cpt semboh..tol2 mkngah shima msti lps ni btmbh2 syg la mak mentua,tp janji kite kena ikhlas dlm setiap pkerjaan tu tau..saba la ye.

myza said...

haha...iyola tuh.tula..cian juge.konfom kene bedah..doakanlah yg ter baik

.