WHat's Nuffy Say?

27 June 2011

Warung Paksu & Maksu, tanjung lumpur

Salam kembali

Selamat hari Isnin buat semua...
Ok nak sambung entry semalam ke waterpark Gambang
Kami terus gerak ke tangjung lumpur dalam pukul 3 lebih
Yess Tanjung lumpur hanya 15km dari bandar kuantan
Apa ada di tanjung lumpur???
Tanjung Lumpur ni kawasan nelayan dulu2
Jalan tanjung lumpur ni jugak la jalan ulang alik dari kuantan-pekan
Selain ikut jalan hi way lagi satu tu
Kira short cut la kalau nak terus ke Teluk Chempedak

Kat sini dulu-dulu tempat singgah favourite mai ngan kakak
Kalau balik dari bandar kuantan mesti kami singgah beli keropok losong
Keropok losong ni glemer kerana kerangupan keropok & rasa ikan nya.
Tepung sagu yg menjadikan keropok tu lebih rangup rasanya
Petang2 area tg.Lumpur ni memang banyak gerai menjual makanan minum petang
Seperti kuih muih,pulut udang,sata ikan,bebola ikan dll
Sebelah malam pulak tak kurang dengan restoran di kiri & kanan jalan
Banyak masakan siam & tempatan terutama yang berasaskan makanan laut
Ikan bakar,udang ketam sotong jangan cakap la
Bersepah kat area ni..pilih aje...
Dan paling exclusive penah bawa family makan ialah Restoran Villa/bungalow
Memang menarik susun atur ada gazebo,makanan pun sedap2 dan harga pon boleh tahan la
Kalau makan ramai2 ok la..Fav menu kami Daging Dengdeliow? kot? x ingat dah ejaannya..
Rangup dan mempesonakan..hihi

Ok dah melalut ke cerita lain ni
Sebenarnya nak fokus ttg tempat persinggahan makan petang kami smlm
Terletak betul2 sebelah balai polis kg.peramu
Ramai org,hampir x dpt meja


Gerai ni biasa je..tapi mmg penuh customer
Kalau dapat seat xde kipas mmg mengamuk la baby n budak2
semalam pun anak buah dah badmood je..panas
Cuaca mmg sgt panas, diorg just minum je x lalu dah nk makan
So kami ni yg dewasa la bersantap..

Ada ikan,udang,sotong celup tepung..Ada banyak kuih muih spt kuih koci,pulut udang
Sata ikan,bebola ikan celop tepung,kuih bom,karipap macam2 jenis,samosa,temosa,,banyakk lg

Muka apakah ini????

Kuih Temosa & Bebola ikan- bebola rasa Ikan fresh!

UDANG celup tepung- udang laut ni crispy n manis

IKAN CELUP TEPUNG-fresh n crispy

SATA IKAN
Nak order masakan panas pun ada jgk,tp tengok ramai yg amik menu sama
ikan,udang,sotong celup tepung mmg fresshhh sangat
Udang boleh makan semua skali kuc kepala (Tajam skit)
Sotong pon fresh..ikan lagi laa..cicah sos plak..perghhh
Tambah pulak air ais..(bye diet)
Ok dah kenyang kami pun bertolak balik..
Berpisah dengan naufal,pokder go n mokder munira..

Thanks pokder belanjerr... ^__^

3 comments:

GoJeS said...

tmpt yg xdpt g ritu...wuwuwu..xpe2...ade rejeki nnti kami dtg cni plak yea;)

myza said...

yang x dapat pergi? Bila plak ko dtg?? a'ah datangla kat sini.Banyak tmpt menarik jgk..hihi

moon n tori said...

wah...menarik dan tetarik ni..mcm nak mkn kt sini jer tetiber..huhuhu

.