WHat's Nuffy Say?

21 January 2012

Mee Calong terengganu

Assalamulaikum

Ramai yg tertanya camana rupa mee calong
Mza sempat la singgah di pasar malam Kemaman ritu
Lama sangat x makan
Nak masak xreti hehehe (alasan)
So masa jumpa tu terus excited beli
Mengimbau rasa n kenangan masa duduk kt beserah dulu
Tapi mee calong kt makcik Beserah or Balok tu lagi power
Makan panas2 pergghh...meleleh..
Yang ni kureng sikit la..tapi still sedap ..hihi



Pada sesiapa yg nak torai mza tepek resepi nya di sini ek
untuk kegunaan Mza di masa hadapan jugak OK :)

Sumber: chef hanieliza---------http://hanieliza.blogspot.com

MEE CALONG

Bahan A:-
  • 1 rangka ayam untuk stok sup (dipotong kecil)
  • 500 gm mee kuning (dicelur dan toskan)
  • 1 pokok daun sup (dihiris)
  • 1 batang lobak merah (dipotong kecil)
  • 3 pokok sawi (dipotong pendek)
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 100 gm bawang goreng
  • 1 liter air
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Ditumbuk):-
  • 2 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar lada hitam
Bahan C (Untuk Sos Kicap Pedas)
  • 15 tangkai cili padi (ditumbuk halus)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar kicap cair 
Bahan D (Untuk Calong):-
  • 1/2 cawan isi ikan tenggiri ataupun selayang
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sb tepung jagung
  • garam secukup rasa

Cara Membuat:-
  1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Buatkan bebola kecil (calong).
  2. Panaskan minyak dalam periuk yg sesuai dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam, tulang ayam dan masakkan hingga mendidih.
  5. Apabila mendidihkan asingkan tulang ayam tadi dan masukkan bahan untuk calong.
  6. Masukkan lobak merah dan biarkan mendidih perlahan.
  7. Masukkan sawi dan kacau rata.
  8. Apabila mendidih, tuangkan sup ke atas mee yang telah diletak di dalam mangkuk sesuai.
  9. Taburkan daun sup dan cili yang dihiris serta bawang goreng.
  10. Hidangkan dengan sos kicap pedas

2 comments:

Ann@zanyra said...

ha.mee ni la yg hang promote ms kami p cherating dl kan..xdan la nak rs..nmpknye kene next time jugak ni;)

myza said...

yela..inila mee nya :))

.