WHat's Nuffy Say?

29 January 2013

trip tasik kenyir 3h 2m dalam boathouse

Assalamualaikum...

Salam selasa yg cerah
Cuaca di kampung sgt la okay
Lepas ke terengganu terus decide lepak kat pekan 2-3 hari
Hilangkan penat n lelah nak balik jauh perjalanan :)
Sambil melepaskan rindu

Ok family trip kali ni memang enjoice sangat
Kami bertolak malam rabu tu dari s.petani dalam pukul 11 mlm
konvoi 3 buah kereta, tak la boring sgt
Lil G pun tido aje,sampai kedai baru jaga
Twin adik kakak bertolak dari KL,manakala adik firdaus dari kangar midnite
Sebab ada masalah so kami terpaksa pergi dulu
Jalan simpang siur di Grik tengah malam dengan banyak lori & hujan memang bahaya
RnR x banyak yang buka tengah malam kat atas tu...

Qaish n Pakngah yurt


Akhirnya kami berkumpul dengan twin di Shell Chalok,breakfast dan bersihkan diri
Segarkan mata, dalam 30km++ lagi nak sampai ke lokasi utk menaiki bot
Perjalanan ke jeti pengkalan Gawi xbosan sbb lalu jalan kampung,kecik tapi menarik
Nampak monyet,lutong tupai pun ada..huhu..sampai je jeti
Masing2 parking n loading barang turun dari kereta..lepas tu securely kuncic kereta
Tak lama lepas tu family adik firdaus sampai..kesian diorang ligan kami hihii
Akhirnya dalam pukul 10 am++ semua selamat naik rumah bot (kami naik dorm type)

gambar ehsan google
Dalam dorm tu lebih kurang m gmbr google bawah ni:

Rupa nya ada bermacam2 jenis boathouse yg disewa kepada pengunjung
Ada dorm,bilik,bot shj dll..boleh tengok kat google ye
boat house ni tak la mewah sbb kegunaan utamanya untuk pemancing shj
Direka utk pernginapan selama berhari2 utk menjelajah tasik kenyir dan lubuk2 di situ
Kami ni dah satu family jenis suka mancing,tu yg buat family trip angkut anak2 kecik sekali
So saya tekan kan kat sini bg kami penginapan tu selesa gitu2 jela
bagi yg xsuka adventure2 mungkin xkan selesa dgn kemudahan yg ada..sbb
err macam mana tah nak citer..tengok jela gambar ek ;p

Ayam dan daging yg diperap dan dibawa (atas)
Ikan belida,toman n lampam hasil tangkapan dr tasik kenyir( bawah)
Okay perjalanan kami dari jeti ke tempat hentian pertama makan masa 4jam
So sapa2 yg jenis x biasa naik bot mmg akan mabuk pening
Kami pun start la masak lunch atas bot..ada dapur dan kelengkapan asas disedia
Jangan xtau ada tv,astro,set karaoke lagi tau..
Dah selesai makan,solat n mandi masing2 terpukau lagi dengan keindahan tasik masa bot bergerak
Semua pakat dok amik angin,ada juga yg tido melepaskan penat drive semalaman..

pemandangan yg menenangkan,kabus waktu pagi
air terjun yang tinggi cantik n sejukk sgt!

Ayah qaish,tokwan dll sibuk siapkan kelengkapan memancing
Petang tu sampai tempat area lubuk diorg lompat masuk bot kecik
Tapi hasil x berapa katanya sebab air besar,ikan xmakan sgt lepas musim hujan
Xpela 1st timer kan..papepun diorg enjoy
Malam tu apa lagi bBQ time..dapat makan ikan sebarau bakar, toman bakar :) yum3

ayah duk asah mata kail kot haha.
Petang tu masing x sabar mandi terjun juga tepi bot,,kedalaman 30kaki kt bawah
Memang kena pakai life jacket n berpaut pd tali.air sejukkk...
Malam tu semua tido kepenatan..pagi tu memang kesejukan la kann
dengan kabus bagai..pergh mmg syokk sgt..hijau je mata..sapa x bawa sweater mmg gigil
Lepas lunch tekong n awak2 bawa kami ke air terjun pulak
Masing x sabar semua pakat xmau mandi pagi tu
Semua nak tunggu terjun air sungaii...weehuuu...
santai

oh lupa nak bgtau kemudahan air n elektrik mmg terhad tau
Air diorg pam air tasik so baik bawa mineral water banyak2 utk masak n gosok gg hehe
Dan generator hanya dipasang waktu malam utk jimat minyak 3hari tu n utk pelihara alam skitar
so malam je la leh cas hp.camera.laptop dll


otw ke air terjun

Dah sampai simpang kat air tejun tu semua melompat tengok kecantikan air terjun situ
Semua x sabar nak mandi n jgn lupa pakai life jacket..lepas lunch terus melulu turun bot
Air dia sejuknya...pemandangan cantik yakmat..xdan nak snap picca pun
Nanti la mai update bila dpt gmbr dari dslr..hehehe
Malam tu kami tido tepi air terjun..heaven ya Allah je tau :)
Seronok sgt! Disebabkan keletihan malam tu semua tido awal n nyenyak
Esok pagi sejuk sangat mengigil nak buang air pun hihi..
Tapi tetap terjun sungaii! air jernih okayy..leh nampak ikan2 di bawah
Dalam pukul 11 kami siap2 dah bertolak semula ke jeti on 3rd day


Otw ke jetty pgkalan Gawi semula 3rd day
Sampai jetty dalam 2 jam perjalanan sahaja..semua happy cuma nak pesan masa booking bot
Better double check ye sebab asalnya kami amik pakej yg bilik bukan dorm
Lepas tu kemudahan astro n karok xde atas bot kami alasan kena petir..hurmm sabau jela
Tekong n awak2 yg follow pun xbest n kureng mesra..sian kami tapi kami x kesah pong!
Lagi satu set BBQ kongsi2 ,...2nd nite x dpt buat bakar2 ..bengang tp xpela yg penting enjoicee!
Next time must alert la benda2 cm ginih..pape pun bersama family tu lg penting maybe sbb tu
Semua buat x kesah aje bab2 tu.tambah pulak tasik ni mmg gojess n tenanggg :)
Subhanallah..nak pergi agi nantiiii.. :))

5 comments:

Anonymous said...

berape ringit trip ni?

myza said...

Dalam 2k++ utk 3hr 2mlm

Muadz MJ said...

pakej apa pakai ? ada egent ke ?

julia sheik said...

Nak tye...line fon ok x tme u g ni?

Anonymous said...

Boleh beri detail contect no untuk boathouse..minat juga untuk 3h2m..

.