WHat's Nuffy Say?

24 November 2015

"come back" entry

Assalamualaikum..

Last entry blog ni june 2015
pfftt..betapa tenggelam nya mama dalam dunia anak2 & family
Sebenarnya lepas habis pantang baby qhairul mama try tuk reschedule balik hidup mama
Dengan menjadi ibu tinggal ni kena bdkari semua masa ayh on
mama jadi kelam kalibut tp alhamdulillah..dapat manage korang haha
walaupun tiap2 hari mak jd hijau nak..

Ok.lepas adik qhairul dah start solid food
Mama pun dah bagi macam2 dik try
But adik more to roti n mknan manis2
biskut,nasi pun makan n suka makan all time..good job adik.
18 august qhairul 1st birthday mama celeb kat taska abg je.simple2..mula2 sebelum ayah on dah celeb kt umah paklang maklang..on the day mama buat lagi 1x tuk adik kat taska.saja jamu ank2 taska kek



Sekejapan je qhairul dah 1year masa ni
Dah start bertatih goyang2 
suka senyum n gelak
Suka bergusti dengan abg qaish
Maklumla ank laki dua2..mama yg risau tengoknya..tapi ayah rileks aja 

Abang qaish pn alhamdulillah dah pandai jaga adik
walaupun tantrum tu kdg ada..jeles smua
tapi dah tahu jaga n share mainan dgn adik
Dah boleh trima ada adik n teman tuk bermain..adik pun banyak redha mula2 bila abg buli..lama2 adik pun dh pandai balas balik bulian abg kihkih..lawak kdg2 tgok diorg berebut..biasa la abg selalu nak menang aje..mujur la adik jenis mngalah byk..love both of u!

Ok ayah pulak dh start sign on bulan ogos
off bulan oct..cepat kan hehe 2bln je
sebab ayah buat back2back..
adik tak berapa faham lg ayah keja kapal
abg qaish dah lali dah kali ni hantar ayah mmg dia lena sbb penat siangnya
Adik pula kdg tercari2 je kelibat ayah kt umah..tapi janji ada abg adik ok je tu.hihi
Aksi sebak anak2 dgn ayah
haha..tq syg2 mama..because of u.all of u mama getting stronger..tanpa korang semua sapa lah mama d dunia ni..
Semoga adik abg saling syg n jaga masing2 kalau mama takda nnt..love u!!

P/s: mmg pjg entry kali ni.kan dh kata come back hahahahahaharusslah.kbai


08 June 2015

entry rojak

Assalamualaikum

Lama xpost kt blog
bertimbun dah kenangan yg xdpt mama nak simpan kt sini
busy nak oi..ayah cuti panjang kali ni
jadual mama jd pack dgn 3heroes
Takpela mama rojak kan semua kat entry ni ye..jadila entry rojak
sepanjang bulan nov 2014 hingga la takat april 2015..

Ok ni gambar lepas abis pantang mama
Nampak x slim skit mama dari sebelum pregnant qairul
loss almost 23kg
sekarang dah naik balik berkelo2 sobss3
Mama raya puasa boyot lagi.Raya haji abes pantang so dptla raya dgn ayah

Ok ni plak masa kita bertiga je
ayah dah on kapal lepas raya haji
Masa ni mama pulun jadi supermak
kuasa 3!
Hari2 bergelut dengan hero 2 org ni
every moment priceless
xde siaran ulangan..

tarikh 1.march.2015
Abg qaish turn 3 years old
Walaupun ayah atas kapal
alhamdulillah mama dpt juga celeb
simple kat taska je dgn tema spiderman
Janji qaish heppi dpt sambut dgn kawan2
Masa ni qaish dah 5bulan p taska
Mama antaq bg qaish bkawan n buat aktiviti..qaish suka n seronok p school
ramai kawan.okla janji jangan malas2



ok last but not least
si tembam qerol mama
masa ni dah boleh meniarap
kepala sentiasa nk dongak
nak main dgn abg qaish
abg pula slalu buli adik kan..
mama kena slalu ingtkn adik kecik lg

Okay sampai sini dlu entry rojak
Nanti mama sambung lg

26 April 2015

Entry pertama 2015

Assalamualaikum

Lama xpost kat blog haha.
Last post was nov 2014? Kikiki
nampak sangat busy ha
ok2 lepas ni mama boleh sambung balik
posting diaries family mama kt sini
Memandangkan adik qhairul dah 8mon
Dah self depend skit2..
Dapatla mama rest time sikit
Sambil nyusu smbil update blog pasni
wallaaa!..

Tapi nak stat dari mana ya
banyak sangat perkara berlaku
takpe mama update slowly

So this entry mama akan update perkembangan adik qhairul dlu dari nborn smpai dah 8mon pun
adik start meniarap 3mon
dah belajar duduk 5mon
merangkak 7mon
solid food 6 half mon
Dah pandai senyum,gelak,marah
pegang pun pandai kiri n kanan tgn
berdiri lepas tangan pun awal
Qhairul ni sgt advance sikit
Nak buat perkara yg baby blm blh buat

Setiap hari adik akan bergumpal.
bergomo gocoh dengan abg Qaish
abg Qaish plak jenis kasar ha elok la
Dua2 kasar..buat masa ni kena elak2 tengok2 depa dua..kalau tinggal abes
Adik xreti lg apa2..tggu besaq sikit abeslaa

Ghazid Qhairul Fahreen

Tadaaa..dah besar putera no 2 mama
Nak putri plak ler pasni
tengok ragam cmna plak agaknya
Tapi lambat lagiii kot
Czer ku belom elok hahaha berangan xpe

Ok.ckup dlu
mama doakan ank2 mama sentiasa d bwh lindungan ilahi dan membesar dgn sihat walafiat aamin3

17 November 2014

Pengalaman bersalin: DMMC kuantan hospital pilihan

Assalamualaikum

Selamat menyambut hari Malaysia
Selamat bercuti sekolah yg telah bermula
So seperti dijanjikan..
Update post review ttg hospital tempat
Mama bersalin tempohari
Masa mama dah 25weeks lagi dah survey
Hospital bersalin di area kuantan
Walaupun maklum hosp terdekat dgn umah mak d hospital pekan dlm 10 ke 15minit
Tp hubby tetap suruh survey any private hosp nearest umah mak ni

So ramai juga suggest al farabi,KMC and kuantan specialist centre d bndr kuantan
And terbaru DMMC darul makmur medical centre kempadang
hospital bersalin paling dekat dgn umah mak hehe
Dalam 25 ke 30min dr pekan
So balik je kg mama set appointment dgn gynae dmmc Dr.Norliza
Dr Norliza the one and only gynae kat situ
Tapi pengalaman dia banyak and her last workplace kt hosp kuantan jgk
DMMC hosp swasta yg kecik n baru lagi mgkin sbb tu tenaga pakar pun limited
She's very kind n friendly and professional
Hehe..mmg senang sgt kat Dmmc xramai patient..rileks kalau banding pergi cekup kat klinik kesihatan..pheww nsb baik mama h.wife jer
Parking pun senang xgaduh jem mcm dlm kuantan..in case hubby nak ulang alik pn xjauh n xjem
Peta dmmc.sorry xrotate
Fasiliti ok.bilik pun standard private selesa
Masa warded untk ceaser mmg syok
Malam lepas ceaser pn rs xnyesal pilih Dmmc hehe..walaupn asalnya mama kena refer dr hosp pekan ke hosp besar kuantan
Tapi mama sndri request kat doc gomen tu nak bersalin kat Dmmc lepas diorg dcide tolak mama ke GH kuantan utk ceaser

Gambar bilik xde pun
cuma gambar sipi2 bilik
jgn risau luas dan selesa
family members dtg pun ok jer

1stday with baby..tikar pink tu buat alas duduk makan2 bila tetamudtg..kerusi hitam tu boleh buka jd katil tmpt hubby tdo

Ops ni bukan nurse ni adik ambe hehe

Layanan dari awal cekup hingga warded hingga ke ceaser sampai la ke discas bg kitorg mmg puas hati..
This is my 1st time pgalaman nama kt private hosp
Ramai suggest if czer ko pegi je swasta..
Senang banyak..hubby pun ckp yg sama
Yela dia boleh teman bermalam waktu melawat pn flexible..even baby pn diorg tlg jga..Nursery 24hrs kecuali kita nak bfeed baby hehe
mama leh rehat bnyk masa warded tu
Yela ayh kata kita dh bayar hehe..guna kan masa utk rehat sblm balik umah kikiki

Tapi masa nak buat keputusan ke Dmmc
Ramai juga ckp better p GH kuantan je
Nanti dah req private apa2 emergncy GH xnak layan la..risau kat private ni tambah plak Dmmc baru lagi kalau jd emergency due to lack of kelengkapan xde last2 kena ke GH jugak
Memandangkan mama n bby xpenah czer
Maka disogokkan citer2 xbest supaya mama bersalin d GH..
tapi ayah kata xpayah la..inshaAllah xde pape
And alhamdulillah smua dipermudahkn

LOKASI Dmmc pn senang kalau dari bandar pekan, menghala ke kuantan just masuk simpang ke sg.soi
Terus sahaja ke kempadang
Sebelum sampai tanjung lumpur jumpa signboard besar Dmmc berdekatan dgn perumahan
Kalau dari kuantan terus je ambil jalan ke tanjung lumpur ye..
InshaAllah jalan xjem..tenang je hihi


Kos untuk bersalin czer kami ambil pakej
-bilik 3hr 2mlm
-nursery
-cuci uri
-medical /machine
-semua kos ubat n pakar yg terlibat
total 7.6k..pengsan kan.

Bill utk rujukan shj xde niat lain
kalau normal tolak la kos o.t czer dll
kira2 dalam 3.5k jugak

Kalau bersalin normal rate 3k ke atas barangkali..kena call hotline Dmmc kalau nk info tepat

Ni rate masa 2014
mungkin berubah dr masa ke semasa


P/s: entry ni hya utk review n sdkit info.admin xbtggjawab jika apa perubahan n perbezaan dr dmmc ya.apa2 korg boleh je p kaunter diorg n tanya macam2 lg..utk gentle birth im not sure dr norliza pro gb atau x..hehe sorry ya utk itu.harap puas ati :)

30 August 2014

our 2nd prince has arrived

Assalamualaikum

Alhamdulillah alhamdulillah
Syukur ke hadrat ilahi
Tuhan Maha Berkuasa
Tanggal 18 ogos 2014 /22 syawal
Lahirla putera kedua kami 11:15 am
Dengan berat 3.55 kg di hospital DMMC kuantan..*will review more bout Dmmc soon here.*
Our newborn prince

Ghazid qhairul fahreen b. hermifaizal

Walaupun secara elektif ceaser
Mama bsyukur sangat semua dipermudahkan
Mama dah rasa contraction seawal 13hb
Kontraksi rahim dan gastrik sekali
2hari mama macam nak pengsan
Seksa sgt rasa..lastly pukul 3am 14hb
Tengah sakit2 blegar sorg2 dlm gelap
Bila 3jam xthn kejut adik minta ke hosp
Sebab xtahan sgt sakit sampai berpeluh2

Sampai hospital pekan pagi buta
*Tq pd k.long n abah kelam kabut bw *
Sampai depan dewan bersalin
Masuk bilik saringan cek ctg baby
Siap muntah2 sampai tersumbat sinki blik
Xfikir apa dah, nurse cek bukaan 2cm
Lepas muntah rileks and jmpa doc btugas
Dr azeyan scan baby 3.96kg..warded
Sebab suspect baby macrosomic baby
Last scan on 38weeks 2days was 4.06kg
So esoknya tunggu doc pakar round 2 cnfirm so..warded la mama ..
After VE and ctg monitoring doc ckp baby big..need to transfer to hospital besar kuantan asap for ceaseran..
Scan n CTG machine
Boring tggu doc pakar xsmpai lg ms ni
Dah kena warded 15hb



Memandangkan di pekan xde prosedur csect so diorg nak transfer kuantan
At that time, hubby call n minta izin dia
Tapi dia nak mama bersalin kt swasta
And dia usahakan untuk balik juga..
Kapal ayah masa ni still kat tgah laut
So instead bersalin kt kuantan mama request kat doc nak bersalin kat private
Darul makmur medical centre just kat kempadang dalam 20-25min dr umah
Doc bagi kebenaran n kluarkan surat pengesahan..alhamdulilah semua dipermudahkn..so mama warded 1day ctu

Warded kat dmmc
Lepas discas mama balik makan mandi
Then terus ke Dmmc, doc private pun sependpt dgn gomen xbg mama deliver normal..risiko bahu baby sangkut
Nanti kena proceed dgn fisio n mama pula sbb 1st baby xde jalan lg nnt tear 3rd dgree.
Both doc xnak ambil risiko so elective ceaser was the best to save both mama n baby..so mama just sign the form and doc ty
a " bila husband u sign off" ayah ckp paling lewat isnin pg..so doc set appointmnt n booking bilik ot utk mama isnin 18hb ogos.
Maka isnin serah diri pagi2 lagi sbb doc set operation pukul 9@10 am depend pada pakar bius punya availability
And xsangka juga ayah dapat balik tgh malam 17hb tu utk smbut anak nya keesokkan hari..tq hubby .u made it!
Lega rasa bila hubby ada d sisi huhu..

3rd day discas dgn baby ;)

P/s: tq hubby sebab dapat temankan sepanjang mlm sebelum operation n di hari operation sampai la sekarang dlm pantang n jaga our kids..thanks sbb byk tlg mama masa kat hosp masa mama xlarat .seriously.sangat2 terharu.u r lovely n caring husband..jasamu xterbalas huhu...tq soo much+!

.