WHat's Nuffy Say?

21 October 2009

SWEET ROLL SARDIN





Hehe best tak nama ciptaan aku ituh.Resepi dan menu yang ringkas kami untuk hari ini-lebih kurang roti sardin cuma nama tu aku beri sempena bentuk gula-gula yang berpintal di hujungnya..Sedap di makan petang-petang dengan Teh O kurang manis yer tuan puan.Cara buat pun ala kadar aje-ini sardin,bawang,timun,cili.Gulungan roti tajaan Gardenia,enak di makan begitu sahaje,dan celup telur before digoreng.Goreng jangan lama tau..

19 October 2009

MENGHABISKAN IKAN KEMBUNG








Wahahaha.sekali lagi kengkawan mr.hubby menjadi mangsa,dipaksa datang ke rumah makan-makan-menu LAKSA UTARA.Sebenarnya kisahnya begini..masa balik perlis Mr.hubby telah membeli begitu banyak spesis ikan di nat(pasar tan) pauh untuk di bawa balik jadi stok kat melaka.tapi yelah ikan ni mana leh simpan lelama cam daging kan..aku mmg paling malas bab nak menyiang ikan lerr..(ampun puan pimah..)So ade dlm 2kg ikan kembung arini aku rebus semua buat laksa utara..ha amek kau..makan bagi puas you!!!

18 October 2009

MAKAN-MAKAN

Semalam hari Sabtu.Hari ni dah Ahad.Hari Jumaat Melaka cuti sebab beraya Deepavali.So aku dan mr.hubby macam biasa ke Tesco melawat dan membeli barangan dapur.Yang terkejut semua bawang abes di pasar??!!apa dah jadi raya deepavali kali ni??Balik malam tu terus sahaja mencari resepi kek pisang Kukus( sebab aku boleh kukus aje buat masa ini)..dan terjumpa la resepi yang senang bangat,kebetulan pisang yang my MIL beri masa balik kg tu ade lagi,dah buat cekodok tatau nak abeskan cmno...pastu aku teringat yg MJ(ops bukan micheal jackson-tp mamajenn) suka main blend2 jer bahan resepi.aku pun tiru la..mmg simple dan jimat masa(thanks to MJ- technology make life even better huh :) )..So lepas siap kukus,saja2 letak topping choc paste and sedikit stok colourful rice tempohari (yang utk kueh raya tak habes)..haha~menarik.dan sedap dimakan dengan teh 0 panas..resepi di bawah:

KEK PISANG KUKUS
sumber:Sabrina
Bahan-bahan
2 cawan tepung kek naik sendiri
1/2 sudu teh bikarbonat soda
3/4 cawan gula

2 biji telur
1 1/2 cawan pisang emas yang dilenyek-i guna 3 bj u
1/2 cawan minyak
Sedikit esen pisang

Cara

1. Pukul telur dengan gula sehingga gula hancur.
2. Masukkan pisang + esen.
3. Masukkan minyak.
4. Akhir sekali masukkan tepung kek naik sendiri + soda bikarbonat (yg telah di ayak)
5. Kukuskan


--->>Cara aku pula mula-mula aku panaskan kukusan, ayak dulu tepung dengan soda bikarbonat tuh.Pastu ketepikan,aku blend aje semua bahan 1 hingga 3. Then curah kan bahan blended tu dalam tepung tadi,gaul sebati.Sediakan loyang, tuang rata dalam loyang dan kukus sejam.Naik gebu dan tak manis sangat..( credits tu tuan punya resepi-SABRINA)

Lepas tu,Semalam plan nak makan mee rebus-isi udang dah beli siap2.Kebetulan pula langkah kanan member UTM aku-aini dan bf (kawan hubby) nak datang beraya..Kami pun ajak la kawan2 kelas mr.hubby join 2-3 org makan (sebab aku macam dah terbuat banyak kan)..So jamu je la mee rebus yang tak cukup bahan tuh.Kekeke..antara yang tak ada-taugeh,cili besar potong,paru2,daging pun ade sikit jerk.Ok la tuh.Resepi dari myMIL.Tq mom.






MEE REBUS UTARA

Bahan bahan:

600 gm mee kuning (aku buat 2 peket)
-mee kuning dibasuh dan celur

Bahan sampingan:(dicelur/rebus empuk)
200gm taugeh
200gm sawi
200gm kobis
300gm paru-potong nipis
300gm daging-potong nipis
5 kpg tauhu
5 bj telur -belah 4
100 gm daun bawang
limau nipis
bawang goreng
cili besar potong-tp kalau dah kuah pedas-tak payah cili ni

Bahan utk kuah:
100gm cili kering (aku buat lebih sikit,nak pedas)
600gm ubi keledek(agak dalam 2 ketul sederhana)
250 gm ubi kentang(dalam 5-6 bj)
100gm udang kering(isi)
5 ulas bawang merah
1/2 cwn minyak-utk tumis
Air asam jawa
Gula
Garam

CARA:
-Rebus dan blend cili kering,ubi kentang,ubi keledek berasingan
-Blend lagi bawang merah dan udang kering secara asing
-Tumis bawang merah hingga naik bau
-Masuk cili kering dan kacau rata.Biar pecah minyak.
-Masukkan ubi blend dan udang kering bersama air asam jawa
-Tambah air(ikut kepekatan yg disukai)
-Perasakan gula dan garam.Selalu kuah dia manis2 sikit kan..
-Siap dihidang bersama mee dan bahan sampingan tadi.

Hari ni plak.Malas nak masak ..kuakuakua...

12 October 2009

BERANGAN

Alamak hari mendung macam ni seronok gak berangan ekh..kuikui..Pagi tadi pukul 3 pagi baru aku sampai Melaka dari Perlis.Saje balik tengok "anak buah baru" lahir sebulan kat kampung.Bagi dia kenal sapa maklong dia yang cute mute nih..kahkahkah..Then macam biasa rutin balik ke perlis mesti "melawat" Padang Besar.Nape ntah kalau tak pergi tak sah gamaknye..huish kena juga pergi walaupun tak beli ape2..sekadar window shopping,tapi sempat juga la capai kacang badam dengan kacang cerdik buat nguyah-ngunyah (<--betui ke ejaan ituh) dalam kereta on the way balik melaka nanti.

Ahad tengahari plan nak bertolak pukul sebelas la kunun.Macam janji MELAYU la, pukul 11 tak gerak2..aku siap terlelap jap masa kemas beg baju( boleh plak??) kahkahkah..pastu jaga2 dah ade tetamu datang rumah-aku pun dengan mamai bangun tengok-oh PakLong xxxxx( aku tak ingat nama beliau :P ) dan keluarga datang jenguk mak mertuaku.Ades dengan kelalaian aku buat la air MELO untuk tetamu tersebut( ntah sedap idak aku buat sambil mamai tuh)..kuikui..LAst2 dalam pukul 3 baru bertolak.Plan nya singgah ke sungai petani untuk tengok-tengok rumah kami nak beli.Bawa mak ayah la tengok sekali jumpa tuan rumah beb.

Khamis sebelum tu dah singgah ke rumah tersebut.Memang cantik dan berkenan gila(bukan berkenan kat org gila)..Bila lah nak dapat menetap ni? Nanti boleh bawa family i datang melepak di sungai petani pula lepas ni.Senang la nak ke langkawi yer en.nordin dan pn.hapimah oi...kekekkeeke..Lepas berbincang dan bayar cengkeram(bukan cengkerik tau) pada tuan rumah,maka kami kira dah cop la rumah niiii..Wah lepas ni manak duk Kedah la pulak.Mai la semua no..hahahaha..gila bayang da aku..Papehal pun syukurrrr sangat2 Tuhan mudah kan semua urusan kami dan makbulkan permintaan kami..Harap lepas ni boleh la menetap kat satu tempat aje..hihi..Nanti nak bawa en.nordin dan pn.hapimah duk kat Kedah boleh la melawat mak+ayah mertuaku di perlis..(yerla asyik depa jek turun pahang-xbestla kan)..InsyaaAllah tahun depan nak pindah ke Kedah plak..aminn


p/s: Teringat plak kat quiss yang qasima pernah bagi dulu..dah dpt dah satu.. :)

06 October 2009

My 1st WEDD ANNIVERSARY


Wah dah setahun rupanya aku melayari hidup berumah tangga.Tak terasa pulak (eleeh..) Ahad lepas genaplah setahun usia perkahwinan ku dengan suami tercinta..Ingat lagi tarikh 4 Oktober 2008 (share tarikh dengan ervezan-member ku) bersanding dengan orang tercinta Hermifaizal..cewah paling berdebar saat diijabkabulkan..Tapi alhamdulillah sepanjang setahun ni, semua onak dan duri telah dilalui mematang pikiran..Harap dapat langkah lebih jauh lagi dengan suami tersayang.Walaupun tak celebrate untuk hari penting kami tapi untuk hargai diri pasangan.. kami pun bertukar hadiah..Hehehe..aku je tak bagi lagi present untuk sang suami..Dia awal2 lagi dah buat suprise bagi hadiah.(wawawa..terharu nyah)..Thanks abang.. Ni sayang abang selalu..ekeke..

Bila dah kahwin baru rasa asam garam hidup. Perjalanan masih jauh..Berdoa sangat pada Tuhan panjangkan umur kami dan jauhkan kami dari segala bala dan bencana.Semoga kami bahagia hingga ke akhir hayat berdua..Lepas ni moga-moga dikurniakan anak adam & hawa penyeri hidup..amin amin ya rabbal alamin..

Pada kawan2 yang bakal melabuhkan tirai status bujang anda..bersedialah menempuhi level baru( mcm main games plak) dalam hidup anda..Setelah berkahwin ni, selangkah kaki anda telah memasuki new lifestyle..semua kene ubah dan kena banyak-banyakkan doa dan sabar..Pada sahabat yang dah bernikah tu,jaga lah rumah tangga sebaik mungkin..Elakkan pergaduhan yee..gaduh2 manja xpe..ekekekke..So pada Husni,Ervezan tahniah kerana sudah memasuki alam berumah tangga..Setakat yang aku tahu paling lama dah kawen Si Ehah la..hampir 2 tahun lebih mungkin.Moga Ehah dan suami berbahagia juga hendaknya...

.