WHat's Nuffy Say?

30 October 2012

AidilAdha 2012

Assalamualaikum..

Masih belum terlambat untuk mai n family
Ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
buat semua pengunjung blog ini
Mama dan Qaish beraya berdua pula kali ni
Ayah beraya atas kapal je..so mama balik rumah mil n fil je d Perlis
Sian ayah hari2 koling tanya menu apa raya..sedih mama huk huk..
Sabar ek ayah..atas kapal pun ada lemang dan rendang :)
Beza nya cuma kerja sambil dengar takbir raya ergh.

Mama rasa ni 1st time mama raya kat kampung ayah
TANPA ayah bersama ,tapi dengan Qaish..hurmm lain sgt perasaannya
Pagi raya takbir sayu sedih tapi buat2 happy la untuk anak mama ^_^
Baju raya pun pakai yang mana ada jelah..mood lebih ke laut..
2hari sebelum raya haji mai dah bertolak balik perlis
Untuk buat persiapan raya di sana..MIL n FIL dan plan menu macam2
Ada pulut kuning,rendang daging,nasi dagang,bubur pulut hitam dll

Hari last sebelum raya mai dah rasa tak sedap badan
Tekak macam sakit,nak makan pun xde selera
tapi dah janji dengan diorang nak masak menu nasi dagang
Last day tu lunch perut lilit bakar,air asam,sup urat keting
Tapi mai hanya selera makan nasi sup je..pastu start cirit dan muntah
So lepas lunch terpaksa gagahkan diri untuk prepare barang nasi dagang
Malam tu dah siap merendang daging dan menggulai ikan tongkol
Lepas tu masak nasi nya,rendam pulut nya..then ingt nk pengsann Zzzz
Sebelum pengsan Qaish sempat muntah atas karpet tok..haru haru!

Esok pagi2 raya lagi dah bangun siapkan nasi dagang dan acar
Nasi dagang 5kilo tau, 2 kg beras merah 3 kg beras wangi..10 ekor tongkol putih
Pergh tu belum side dish lagi..mmg fengsann kali ni
Kali ni jela mama buat lepas ni No no NO..xmau dahh..dengan cirit muntah
Memang longlai la rasa..semangat nak raya pun habis xde dah..
Petang raya baru la mama gagah boleh nak telan masuk nasi tomato
Hari raya ke 2 tu sihat sikit dah ..Alhamdulillah
Tapi bukan mai je yang kena, cerry berry n muntah tu berjangkit
Anak2 buah,adik2 ipar semua kena..ada yg pening dan muntah
Budak kecik paling kesian..sampai tak tido malam mak ayah diorg
Mai plak raya ke 3 sambung lagi cirit..dugaan raya sungguh..kalau ayah ada lega banyakk
Nasi dagang Ikan tongkol di pagi raya :)
Ok dah cukupla bebelan..jom layan gambar raya x seberapa maniss..
Gambar raya dengan anak pun lupa nak snap!
Busy sangatt ooi

Raya Haji 1st for him -love_

yang lain semua dah ZZzzz kepenatan dan x sihat..so tak snap pict dah~

23 October 2012

Selsema & Batuk

Assalamualaikum..

Mama dan Qaish dilanda selsema & batuk
Mama rasa Qaish bejangkit dengan mama
Doc Qaish pergi haji so ayah suh bawa p klinik kanak2
Disebabkan mama batuk n selsema dulu dan sihat dulu
Kesian Qaish dah seminggu lebih x lega
walaupun dah jerlum dengan daun dedap
kering sat malam jadi balik
Ubt doc pun x berkesan sangat
Qaish pun start muntah  balik susu dia
kesian tengok dia batuk kering gitu..huhu
Dengan dada berombak lagi

Mama pun lepas selesai kerja kat MPSP
Terus je pegi klinik pakar kanak2 kat taman ria tu
Dapt num 15..ok la tu.sekali Qaish beyak plak dah
Dah la siap bocor lagi pampers.huhu..patut dia duk x senyap atas carseat
Dahla seluar spare mama x bawa..sian Qaish mama tak pakai seluar tunggu doc hehe.



Tengah2 nak tunggu tu terjumpa plak baby Jan & Ina
Zarissa kecik molek je..comel..Icca & Qaish sama bulan
Tapi Qaish tua sikit la..kira abang la..mcm2 perangai la depa dua smlm
Lama sangat menunggu doc maka masing2 dah moody and mengantuk
Icca masuk dulu..dari luar dah dengar suara teriakan merdu icca hehe..

muka zarissa bengang qaish bmanja dgn mama dia hehe cute!
Qaish batuk berkahak..banyak ubat doc bagi.Tq doc
Pastu kena nebulizer..1st time jugak..huhu apapun harap cepat sembuh syang
kalau boleh transfer mama sanggup kena nebu utk awak huhu
Doc bagi ubat batuk,ubat kahak,ubat antibiotik,ubat selsema n spray nasal
Siap demo lagi cara nak pakai nasal spray tu,sblm ni kami pakai Iliadin drop tu je
Kurang berkesan..huhu..Xpe anak mama kuatt..masih aktif walaupun x sihat
Merangkak menyepah sana sini
xpe sayangg..mama tak marahh..mama pun xde mood nak mengemas lagi
raya pun macam x rasa nak raya pppfftttt...
Nak balik pahangg..huhuhu..sabar jela maiza

balik umah tido sepam
Malam nye mama makan biskut tawar
Qaish pun sibuk nak mamammm...
Nanti mama belikan baby bites or biskut baby utk awak ye
Awk dah pandai gigit,mamah dan telan ..gudjob sayanng!





muka mengunyahh..so funny la!


ps: raya haji di perlis..

21 October 2012

Bayangkan Anda Mendengar Suara Itu Nanti

Assalamualaikum

untuk peringatan kita bersama
Dunia ni tidak lah kekal abadi
Akhirat jua pasti menanti


‎~~SUARA YANG DIDENGAR MAYAT~~

Yang akan ikut mayat adalah tiga hal iaitu,
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada dua yang kembali dan satu akan tinggal bersamanya iaitu,
1. Keluarga dan hartanya akan kembali
2. Sementara amalnya akan tinggal bersamanya.

Maka ketika roh meninggalkan jasad...
Terdengarlah suara dari langit memekik, "wahai fulan anak si fulan,

- Apakah kau yang telah meninggalkan dunia, atau Dunia yang meninggalkanmu.
- Apakah kau yang telah mengumpul harta kekayaan, atau kekayaan yang telah mengumpul mu.
- Apakah kau yang telah menumpuk dunia, atau dunia yang telah menumpuk mu
- Apakah kau yang telah mengubur dunia, atau dunia yang telah mengubur mu."

Ketika mayat tergeletak akan dimandikan terdengar dari langit suara memekik, "wahai fulan anak si fulan...

- Mana badan mu yang dulunya kuat, mengapa kini terkulai lemah.
- Mana lisan mu yang dahulunya fasih, mengapa kini bungkam tak bersuara.
- Mana telinga mu yang dahulunya mendengar, mengapa kini tuli dari seribu bahasa.
- Mana sahabat-sahabat mu yang dahulunya setia, mengapa kini Raib tak bersuara."

Ketika mayat siap di kafan... suara dari langit terdengar memekik, "wahai fulan anak si fulan...

- Berbahagialah apabila kau bersahabat dengan ridho
- Celakalah apabila kau bersahabat dengan murka ALLAH
- Kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun jauh tanpa bekal
- Kau telah keluar dari rumah mu dan tidak akan kembali selamanya
- Kini kau tengah safar pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan."

Ketika mayat di usung... terdengar dari langit "wahai fulan anak si fulan...

- Berbahagialah apabila amal mu adalah kebajikan
- Berbahagialah apabila mati mu di awali taubat
- Berbahagialah apabila hidup mu penuh dengan taat."

Ketika mayat siap di sembahyangkan.. Terdengar dari langit suara memekik, "wahai fulan anak si fulan...

- Setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihat hasilnya di akhirat.
- Apabila baik maka kau akan melihatnya baik.
- Apabila buruk, kau akan melihatnya buruk."

Ketika mayat di baringkan di liang lahat, terdengar suara memekik dari langit... "wahai fulan anak si fulan...
Apa yang telah kau siapkan dari rumah mu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gulita disini.

Wahai fulan anak si fulan...

- Dahulu kau tertawa kini dalam perut ku kau menangis.
- Dahulu kau bergembira, kini dalam perut ku kau berduka.
- Dahulu kau bertutur kata, kini dalam perut ku kau bungkam seribu bahasa."

Ketika manusia meninggalkan sendirian... ALLAH berkata kepadanya... "wahai Hamba-Ku...

- Kini kau tinggal seorang diri.
- Tiada teman dan tiada kerabat.
- Di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap.
- Mereka pergi meninggalkan mu seorang diri.
- Padahal, karena mereka kau pernah langgar perintah-Ku.

Hari ini...
Akan Ku tunjukkan kepada mu

- Kasih sayang Ku
- Yang akan takjub seisi alam.
- Aku akan menyanyangi mu lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya."

Kepada jiwa-jiwa yang tenang ALLAH berfirman;
"Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Rabb mu. Dengan hati yang puas lagi di ridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah Hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Jannah-KU."

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah haditsnya yang lain. Beliau bersabda;
"Wakafa bi al mauti wa'idha."
artinya; "Cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagi mu !"

Oleh : Hendra Setiawan Bin Mustar (Indonesia)


15 October 2012

Tepung Pizza

Assalamualaikum

Kali ni mai try tepung pizza jenama Nago
Teringin nak rasa instant flour for pizza ni
Kot la lepas ni kalau nk makan senang je masak
Tapi tengok dia punya instruction laaa haii
Baik buat pakai tepung biasa..sama sahaja ;(

So dah lama sangat peram dalam lemari dapur
Mai pun buat la rini..3rd intruction dia suruh masukkan
Nago Shortening..tapi xde pun dia bagi dalam kotak!!
Pffftt yg ada hanya Instan yeast Mauripan tu haaa...hadoi
Maka nya mai pun uli jela ikut kepandaian sendiri
iaitu masuk minyak 2 sd besar

Hasilnya..humang aii memang tak sedap
Rasa hampehh..baik buat pakai tepung biasa
Lagi gebu dan mengenyang kan
Yang ni jadi kerasss dan rasa pelikk
Oh my Allah...tapi makan jugaak
xbaik membazir amalan syaitonnnn...
Hehe..jemput makan semua




p/s: nasib baik topping dia sedap jugak leh la cover rasa tepung tu aaa =_=  gambar kat kotak tu x tahan nampak sedappp aje ;p

14 October 2012

Lawatan dari Datin Cah

Assalamualaikum..

Hujan sejuk membasahi muka bumi Allah
Alhamdulillah eee sejuk
Semalam weols terima tetamu istimewa
*istimewa la sangat*
Jauh dtg dari KL nak bercuti di kedah
*becooti la shangat*
Datin Cah mai umah weehuhuu..
Last aunty Cah tengok Qaish baru 2-3 bulan ye
Sekarang dah boleh merangkak gelak tahap gaban ngan dia
Seronok ko Qaish ada org *selain mama* melayan dia
To Datin Cah (bukan nama sebenar haha)
TQ uols datang semalam sembang2 sampai tgh malam
:) Hati2 balik ke KL rini
Lain kali singgah le lagi

Mama masak bersilat kat dapo dengan Qaish smlm
Hasilnya:
Lauk ikan tongkol gulai lemak cili api pantai timur
*toodia nama sikit punya panjang daa*
Sayur goreng suhun
Sotong masak asam kunyit
Sambal hitam belimbing *recipe kaklong sehati sejiwa* tq
Lepas rindu dgn masakan org pahang.. T_T



11 October 2012

Menu Solid foods Qaish 4

Assalamualaikum...

Semalam mama beli groceries d tesco
untuk barang dapur mama n Qaish
Mama nak try new item dalam bubur
iaitu pumpkin :))
so menu qash utk kali ini
nasi segenggam
labu beberapa potong
kentang
ayam

Qaish awal pagi dah 'pau' nasi mama
Lepas tu dah siap bubur mama suap dia xmo
Amboi..dah kenyang ek..so mama pun skip la
Bagi tdoq dulu baru kasi mamam..hehhehe

Snack: Hirisan jejari epal manis
Alhamdulillah kenyang :)

muka kekenyangan ;)

"alamak..kantoi daaaa"

08 October 2012

Menu solid food 3 Qaish

Assalamualaikum

Alhamdulillah
Hari ni mama sempat jugak masak bubur nasi utk Qaish
Semalam 3hari berturut Qaish makan
bubur nasi
carrot
kentang
ayam

Hari ni mama try menu baru pula untuk Qaish iaitu
bubur nasi
carrot
bayam merah
ayam
buah kurma
Mama rasa dulu sebelum bagi makan kt anak tau
Sedap kat tekak mama ye
Qaish pun suka lunch habis secawan
Siap nganga nak lagi..adoii..cukup dulu syg petang ni mama bagi
Kali ni mama just blend halus makanan Qaish
sebab Qaish dah tumbuh gg awal

susahnya nk capture momen gg awal Qaish ni aaa...
0
mama,mummy aznor and Qaish ;)

si notty yg suka kcau mama..hihi

Mama plak arini mamam duriannnnnss
Maaf ayah mama terpaksa makan
Setelah pak mertua ku sorongkan 'bantal emas' ni
Apalagii..mengidamm tengok woo
Isi lembut manis,,butir kecik..perghh lazattt

Durian Siam..jemput makan hehe



04 October 2012

Our Anniversary

Assalamualaikum..

Alhamdulillah
Syukur dengan rahmat Ilahi
Tahun ke 4 bersama suami sebagai husband & wife
Moga hari2 mendatang dapat kami lalui bersama
Hingga akhir hayat kami

Terima kasih buat rakan2 semua yg wish
di FB,Wasap,SMS dll...
Dan thanks juga buat hubby
Sanggup call satelite from kapal
Maklumla line fon takde
Love him always n forever :)

Alhamdulillah ranjau 4 tahun bersama
Dikurnia seorang anugerah Allah yg tak ternilai
Semoga kami sama2 dpt mendidik dia menjadi insan berguna
dunia dan Akhiratt.aaminn..

Happy 4th anniversary abg,nothing to celebrate much
hanya doa dan ucapan dari kejauhan buatmu
Semoga kita kekal bahagia bersama anak-anak
..
Anak-anak??? hihi InsyaAllah..

02 October 2012

Menu Solid Foods 2

Assalamualaikum

Dah makan semua?
Mama sedang sediakan bubur nasi untuk Qaish
Anak kesayangan mama
Menu hari ini:
Nasi segenggam
Kentang
Carrot
Bayam merah
Tomato
Ayam

Alhamdulillah Qaish makan bersungguh
Lapar kot..hehe good boy :)

His snack today maybe mama nak blend
Mango with milk melon..yummeyh!




Selamat menjamu selera :)

01 October 2012

Qaish turn 7month!

Assalamualaikum....
with his notty face!

Happy 7month old sayang mama
Cepatnya masa berlalu
Mama hope sgt ank mama membesar
dengan riang sihat dan ceriaa
Moga jadi anak yg soleh
Dan mendengar kata

happy time to explore
So dah sebulan Qaish makan solid food
Alhamdulillah semua menu mama Qaish mamam
Most fav of course bubur nasi
Lately mama dah tambah macam2 dalam bubur Qaish
termasuk ayam,ikan,bayam,carrot,kentang,bilis,kurma
Other solid foods mama add Oat & buah buahan :)
Cuma keledek Qaish xleh makan sgt,kembung perut

relaxing time

Food & Eat

Umur 7 bulan ni Qaish dah tumbuh sikit gg bawah
Lepas tu dah terer berdiri sendiri sambil mengada lepas tangan sebelah
Menjulur sangat laju kemain,kalah ju on hahahha
Lepas duduk dah pandai,gelak pun pandai..goodboy la
Mama syg QaishSemua org sayang awk.. :)
Allah pun sayang ;)Mama hrp mama dpt bg terbaik utk Qaish

p/s: tengah tgok Qaish nyenyak tido hihi

.