Assalamualaikum
Lately banyak dapat berita gembira
Tak lupa juga berita sedih dr rakan2
Kepada rakan yang mengalami ujian Allah
Jangan bersedih..Allah sentiasa bersama kita
Baru2 ni dapat 2 berita rakan yg hamil keguguran
Ya Allah betapa sedihnya perasaan mereka
Hanya tuhan yg tahu
Seorang sudah 8 tahun menunggu cahaya mata ke 2
Seorang lagi sudah 4 tahun menanti ..
Ini pastu ujian kasih syg Allah kpd mereka
Besarnya mukjizatmu ya Allah
Rakan2 ku semoga sentiasa tabah n kuat
Pasti ada hikmah dan ganjaran di sisi Nya
|
Crdt mr google |
Allah tak bagi ujian untuk kita meratapi selama lamanya
Dia mahu kita bangkit dan berusaha tanpa putus asa
Percayalah sahabat,makin besar ujian buat kita semakin besar pahala dan semakin tinggi keimanan kita kepadanya
Demi Allah,” sabda Rasulullah sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Majah, “sesungguhnya janin yang keguguran akan membawa ibunya ke surga dengan tali pusarnya, jika ibunya itu ikhlas & redha.”
Subhaanallah. Demikian luar biasa pahala dan hikmah keguguran. Jika ujian itu dihadapi dengan ikhlas, sang ibu akan masuk surga kerananya. Sebuah balasan yang sangat mulia dan mahal nilainya.
Kepada ibu yg kehilangan janin, kumpulkan semangat dan doa
Pasti ada peluang lagi setelah ujian ini mendatangi kita
Kepada para bapa bagi la sokongan sepenuhnya kepada ibu ini
Sesungguhnya mereka amat memerlukannya sekarang
Hadits lain dari Ali bin Abi Thalib bahkan menyatakan bukan hanya ibu yang “terselamatkan” berkat keguguran yang dihadapi dengan penuh keikhlasan, melainkan juga sang ayah. “Sesungguhnya janin yang keguguran akan memohon dengan sangat kepada Rabbnya, jika kedua orang tuanya masuk neraka. Sehingga dikatakan kepadanya, ‘Wahai janin yang memohon pada Tuhannya, masukkanlah kedua orangtuamu ke dalam surga. Kemudian janin itu pun menarik mereka dengan tali pusarnya menuju surga.''
P/s: Buat sahabat , jangan bersedih
Anakmu menunggu di sana
Bergembira la mereka menanti kedatangan kalian..betapa bertuah nya korang..