WHat's Nuffy Say?

01 September 2009

ROTI DAGING GULUNG PEKAN

Sahur pagi tadi gas habis buat pertama-tama kali nya..kuang kuang.Hari pagi bute mana ade kedai bukak jual tong gas.Lagipun yang tuan punya kedai runcit depan taman ni orang india-mampus dia tak layan nyah. So untuk berbuka petang tadi Mr.Hubby pegi la angkut tong gas tu beli yang baru..wahaha~ pukul nam baru gua start masak untuk berbuka.Nasib baik sempat.

p/s:Dah 2 hari orang kat surau taman ni tak azan maghrib,nasib baik aku mmg alert waktu berbuka ni..hihihi...

Meh aku kongsi satu lagi resepi cincai tapi simple nak buat.Aku buat ni lepas berbuka tadiks..Tetiba angin rajin datang.Lagipun malam ni Mr.Hubby nak gi study umah member dia jap lagi... :( Sedihnya duk sengsorang umah..hukhuk.Jom la jenguk resepi dulu..


ROTI DAGING GULUNG PEKAN

Bahan:


INTI
2 biji kentang( direbus dan potong dadu)
1 cawan daging kisar (i pakai 50 gm daging segar-kisar)
3 ulas bawang putih
1 sdb rempah kari / kurma daging
1 sdt Lada sulah-serbuk
1 sdt Lada hitam-serbuk
Sedikit air
Garam dan gula
*Kalau ada daun bawang leh hiris nipis2 dan campur dalam bahan inti

KULIT

1 biji Telur
Beberapa keping roti putih/kulit popia
Serbuk roti/biskut (i pakai serbuk oat)

Cara:

- Tumis bawang putih dengan sedikit minyak.Biar garing.
- Masukkan rempah kari,lada sulah,lada hitam dan sedikit air untuk elak rempah hangus.
Gaul rata.
- Masuk daging,ubi kentang.Gaul sebati
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
- Masak hingga kuah kering
- Setelah inti siap, gulung dalam roti putih
- Celupkan dalam telur dan golek atas serbuk roti
- Goreng hingga perang.Angkat dan hidang dengan sos kegemaran.

Senang aje-Rangup plak tu-Cuba lah
sumber: tak ingat la ..

HARI YANG MALAS



Sabtu lepas baru balik dari pekan pahang..bercuti konon sambut puasa kat umah mak.Tinggal laki sengsorang kat melaka..kesian(dia ada kelas ok)..Sampai je melaka my hubby fetch me kat melaka sentral (naik bas aje huhu..)..Bila dapat tengok muka hubby tanya khabar seme,lega la dia okay2 aje seminggu ditinggalkan sorang..thehehe..

Lepas seminggu tinggalkan umah,aiseh tengok dari luar macam tak terurus aje,rumput liar depan laman tumbuh macam cendawan lepas hujan,aiseh..baru jek cabut minggu lepas,cepat jek naik..jiran sebelah baru renovate umah bahagian depan sebelum puasa hari tu lagi.Tengok macam dah siap.Lega,takla anak dia membaling sampah dalam laman kami lagi lepas ni..hukhuk..Geram juge kadang2..UIsk tetiba mata terpandang lebihan simen ade bertempek kat tepi longkang,atas laman umah kami..adui,kalau ye pun baik ati En.Jiran nak sedekah simen buat le elok2..Ni tak comot ditampal sebelah longkang bahagian kami..Nasib baik tak kene rumput karpet aku..Kalau tak mmg batal pose aku kerjakan..Eceh..telebey plak..

Tak habis kat situ je "kerjarumah" yang bakal ada dalam list aku,masuk je dalam rumah,mak aih seleraak.Bila tanya En.Hubby dia jawab "Biasa lah student..study time mmg bersepah.."..EMm takpela aku paham la student bila study buku tah kemana,kertas tah kemana.Abes satu ruang tamu macam tak cukup besar dia mentelaah..Dalam otak aku,nanti jela kemas,sapu2 depan ni.Kat dapur plak,ok la.credit to him,cuma aku nak kena kemas barang yang baru beli dari market tadi..ai malasss

Dalam bilik pulak kain baju menimbun tak berlipat lagi..Padahal duk dua orang aje.ekekek..erm papepun kena start immediately jugak kerja2 listed nih..Kalau tangguh makin naya..buatnya orang datang rumah..hancuss..Tapi bulan puasa sape nak bertandang teratak buruk gue nih..ceh.perassan.Tapi malasss malass sangat.Rasa nak tido aje hujan hujan nii..wohoho..



20 August 2009

BERITA LEGA

Salam semua.Sambung citer pasal myMIL sikit yer.setelah result MRI(magnetic radiation image) keluar,doktor pun berbincang tentang tarikh untuk operation.MyMIL dah di sahkan hidap Brain Tumor( alhamdulillah not a cancer)-which is really big enuff.Satu-satunya jalan untuk elak tumor tu makin membesar is surgery..So,i myMIL kene puasa untuk last check kedudukan sebenar tumor tu,kena buat MRV( Magnetic radiation video) 27hb Ogos..Kesian MyMIL dah berapa banyak sel badan dan tisu terjejas akibat mesin-mesin ini.Mulanya 2x buat CT SCAN,lepas tu XRAY kemudian MRI dan MRV last sekali.Then 2hb Sept ni tarik operate dah ditentukan.Harap-harap semuanya berjalan lancar..aminn.

Lebih kurang gambar di bawah la tumor beliau(gambar edit-MRI)
1st tanda merah atas tu -tumor himpit saraf kaki
2nd tanda merah-tumor tu ganggu bahagian badan
3rd tanda merah-tumor tu jejaskan bahagian mata(belum sampai tahap ni)


warna kelabu bulat tu la tumor dlm otak-sebesar sebiji telur ayam (53mm)

17 August 2009

DUGAAN..

Salam semua..

Hari Sabtu lepas my sis-in-law buat kenduri doa selamat sikit (masuk umah baru).So my MIL+FIL and other SIL+BIL datangla berkumpul kat cheras.Me and hermi bertolak dari Melaka after class jumaat tuh.Sampai jek KL,trus ke pasar borong membeli barang dapur yang dipesan my SIL untuk masak nanti.Beli ayam sampai 7 ekor-potong 18 pun still besar lagi(sekor ayam dlm dekat 2kg jgak)..Sekilo rega dlm RM6.Murah laa..pastu beli sayur2 sikit.Sampai cheras dalam kul 11 mlm.Sampai je tengok semua sudah tido??Aik ape pun tak buat.Penat mungkin perjalanan dari Perlis dan sampai petang jumaat tu ke kl.Kalau kat pekan ni esok kenduri sure malam nye sume tak tido(kan semeq) hehehe..

So sbb dah tengah malam,saya pun tak layan sangat nak makan ape2(betul xsentuh).My SIL dgn hubby dia duk makan nasi,nampak pulak ikan siakap masak merah terhidang depan mata.Nasib baik masak merah tu terlebih pedas buat saya malas nak makan..ekekkee..(alasan).Terus ke dapur bersihkan ayam tadi.Lepas makan my SIL(tuan rumah) datang tolong.Sambil borak2 manja kat dapur.Lepas tu terus goreng ayam sambil siang ikan untuk digoreng.Kalau nak buat ayam ni esok padah lambat siap.Bukan ade kuali besar gabak.Aktiviti menggoreng ayam ni berjalan sampai kul 5 pagi.Tu pun saya sorang je bertahan(sebab dah tido petangnyer)..Nasibbaik la suami saya nak tunggu teman sambil tengok tv.My SIL dah K.O sbb penat kerja petang tu.

Dalam pukul 5 pagi ,saya baru bersiap-siap nak tido,tiba-tiba my MIL (dalam bilik)kene sawan(kejang-gigil) tangan sebelah kiri sebanyak 3kali. Tapi disebabkan saya terlalu mengantuk terus saya tertido( kat luar) macam mayat..hehehe.(gua ngantuk gile beb)..Pagi esoknya bangun,breakfast my MIL suarakan untuk balik ke Perlis pagi itu juga,kerana sakit tangan,kaki dn kepala buat beliau rasa tak best.Tapi anak-anaknya memaksa beliau ke hospital area situ juga untuk buat pemeriksaan.Mulanya beliau tegar tak mahu.Tapi akhirnya mengalah.Dalam pukul 11 pagi tu,my BIL bawa beliau ke HUKM-PPHUKM.

Tinggallah saya dan firda(SIL) menyiapkan segala untuk kenduri.Masak nasi,goreng ikan,masak kuah masak merah ayam dll.Dah hampir pukul satu baru siap.Mujurlah takde tetamu datang lagi.Kalau tak kelam kalibut dibuatnya.Lepas dah siap proses makanan,mandi bersiap dan rehat tunggu tetamu.Sampai pukul 3 ptg aissshhh takde pun datang??.Hampir mataku nak terlelap baru dengar ketukan dan salam..bergegas saya bangun dan campakkan bantal dalam bilik utama sambil tersengih2( sbb diorg dah buka pintu awal sendiri nak masuk umah)..Ramai juga la serbu.BAru teringat air tak bancuh lagi..wawawa..

Petang tu juga dapat tahu my MIL kena tahan,kena buat ct scan dalam 2 kali.Pastu kena X-RAY lagi.Hospital syak samada brain tumor atau strok.Saya dah berdebar2..saya dah agak mesti kene tahan la.Patut la mak saya pun taknak pegi cek kat hospital(kan puan hapimah).Dalam pukul 6,saya dan SIL bergegas ke hospital bawa baju,towel dan toiletries. sbb kofom duk spital.Sakit MIL xdapat disahkan lagi sbb dr.pakar cuti.Ahad baru ada.Lepas MIL kene cek,saya dan semua SIL ikut beliau dibawa katil beroda utk ditempatkan ke wad surgery..pergh takut gua-gua mencik hospitel..blueek..

Sampai ke wad ada la dlm 3 pesakit je bahagian wadwanita.Semua dah tua-tua.Saya berjalan sekitar untuk tengok ade toilet tak.Singgah kejap kat sorang makcik yang tengah jaga kakaknya terlantar lebih sebulan kat situ sebab ketumbuhan dalam otak juga.Taknak operation.Bila makcik tu cakap wad ni untuk orang sakit/injured bahagian otak/kepala buat gua seriau.Yerla tatau kan mIL sakit ape.Tak diconfimkan lagik.Misi tak bagi my MIL bergerak,,makan kencing mandi smua atas katil,masuk ubat cek tekanan darah,kencing manis.Tekanan agak tinggi,kencing manis normal.

Ahad,doktor pakar datang,sahkan MIL xkena strok lagi.Boleh dielakkan.Baru tau my MIL mmg ada tumor(not cancer) kat bahagian otaknya,sebesar telur ayam-dan akan membesar lagi..Tumor tu menekan saluran darah dan mengganggu urat saraf MIL menyebabkan sakit kaki,kejang tangan dan sakit kepala selama ni.So bukan sebab sakit jatuh motor beberapa tahun lepas.80% keputusan doc utk lakukan pembedahan-buang.Tapi taktau la my mIL setuju ke tak nk bedah2 ni.Sebab hermi haritu pun dah buang ketumbuhan kat kepala-tulang lebih.(ade parut kt kepala).Mmg myMIL nk elakkan bedah.So pagi isnin ni katanya kena MRI untuk sahkan semua tu.Kemudian barulah cakap pasal surgery.

22hb ni My SIL(twin) dah nak balik umt,kelas dah start,yang lain semua kerja.So last option saya juga la (sebab saya tak kerja) untuk jaga MIL kat hospital nanti.Nampaknya saya sambut puasa di sana(nasib baik juga saya takde anak lagi).Hermi pulak mungkin ulang -alik ke KL_MELAKA lepas ni..Tengok la camana.Tapi ape pun diet tetap diet.hhuhuhu..Mmg dugaan ...

14 August 2009

USTAZ ASRI RABBANI MENINGGAL DUNIA

Al-fatihah buat Allahyarham ustaz asri -ketua kumpulan nasyid Rabbani yang kembali ke rahmatullah pagi ini akibat komplikasi jantung.Moga rohnya dicucuri rahmat..
Lagi beritA di sini dan blog




.