WHat's Nuffy Say?

24 May 2010

Menu Tempohari

Musim hujan kembali ke Melaka
Katak pula bersahut-sahutan memanggil hujan
Bila hujan turun labah cepat lari..eh (tu lagu labah2)
Silap daaa...

Hujan-hujan ni selalu orang pekena cekodok pisang panas dengan kopi
Takpun jejemput panas dengan teh o..heheh (meleleh air liur)
Tapi kitaorang makan bihun sup Tomyam
Mr.Ghazid request yang pekat pekat..Mula pening jugak macamana
la nak buat pekat..So demi nak menghabiskan stok bahan dapur kat rumah
dan demi memenuhi permintaan suami techenta..ku turutkanla..
So kali ni bukan saje guna Pes TomYam..tapi saya add on cabai kering yang ditumis garing dengan bawang ye tuan2 dan puan2...Dan hasilnya..kau memang pekat bagai nak rak(ha betui ka ayat???)
Mr.Ghazid berpuas hati dengan bihun tomyam kali ini.Alhamdulillah lepas makan kami kekenyangan..blurrpp..hehehe..

Sekian,tatap jela gambar menu kali ni eh..Jangan Jelous sampai meleleh air liur tau!!

19 May 2010

The Fifth Month of 2010

Salam Sejatera semua,
Lama tak mencoret di ruangan ni memandangkan saya punya blog ni terkandas
dan tak automatik update tarikh post saya di blog kawan2..Maka saya buka blog baru tentang hobi saya di sini  dan juga web bisnes kecilan saya di sini..So mana2 yg saya update mesti saya update sekali dengan coretan saya di blog hermyza ni..

Tup tap tu tap dah masuk bulan Mei 2010 ..Cepatnya masa berlalu, bulan depan Mr.Ghazid exam finale for his master study..alhamdulillah dah hampir habis study beliau..Doakan yang terbaik untuk Mr.Ghazid( abg jgn repeat paper ye sayang...) Lepas tu kitaorg moving in to new house (InsyaAllah) kat Kedah nun. Jauh kan dari family kat pahang..nak buat macamana..macam ni la orang dah kahwin kan..hik3...

Tapi pening jugak nak mengemas nanti..Mujur la dah mintak mak simpankan kotak kat rumah untuk kemas barang2 ni..Simpan dalam kotak lebih praktikal kan..takkan nak main campak2 dalam lori nanti.haish..Lepas tu bulan 7 ni for sure mr.Ghazid dah sign on kapal..Mintak2 dia dapat kapal jalan Jepun..ai teringin sangat nak pegi negara matahari terbit nun..Harap kali ni bukan setakat medical check up je..Harap dapat ikut hubby naik kapal skali...amin amin amin..hihihi..

Okla..sampai sini dulu..nanti coret lain okay..

07 May 2010

My New Webs

Hye guys and girls...Lawat lah blog baru saya di sini
jangan lupa komen tau..See ya!!

26 April 2010

Bersua Kembali

Salam semua..
Dah lama tak update blog ini..Masih dalam proses memindahkan  blog ini kepada
blog baru kerana blog ini tak auto update.Ramai rakan yang tak dapat saya punya updated
stories kan kat sini..huhuhu..Anyway Thanks kepada yang concern..

Sekarang dah ade hobi baru pulak di rumah..Hari Ibu,Hari Ayah dan Hari Guru bakal tiba..
So hobi kraf aku pun kembali semula..tapi dah tua2 ni kan xsama taste masa muda2 dulu..hakhak..
Ada aku buat gifts dan juga kad ..Saje try test market kat Pekan..Tapi tak launch lagi..Dengan kerjasama
Mamapiza kali ni..macam2 projek dan idea datang bergolek..Nanti boleh update lagi ok.Sekarang ni layan
dulu cuci -cuci mata dengan hasil artwork aku+kakak aku setakat ni..Thanks!!~


 ni sarung kusyen yg ditempah dari sini mamapiza cantik!




06 January 2010

HAPPY HAPPY HAPPY

Salam Semua ...
Terlalu gembira menempuhi Tahun BAru 2010..Moga hanya yang terbaik dapat dicapai tahun baru ini.Sempena pemergian Tahun 2009 pula moga pengalaman mengajar erti hidup untuk lebih tabah menghadapi dugaan hari tua..opss HariTua??hehhehe di kesempatan ini juga saya nak ucapkan HAPPY BELATED BiRthday buat Siti Hawa HAzwani yang menutup tirai tahun 2009 dengan kek harijadinya ke 4 tahun laa..Moga siti Hawa besar nanti jadi anak dara solehah dan berjasa untuk mama+abahmu.Ohh manak lupa nak bagi hadiah pospone jela eh Hawa..hehehe..nah manak bagi kek jelaa..amek kat bawah nii..
kek merah jambu untuk Hawa =P


Untuk kesekian kalinya saya nak ucapkan Bestday kedua2 kakak dan abang saya yang sambut tarikh lahir sama iaitu 01 Januari..Kaklong dan Mr.Goe..Hanya ucapan selamat dan doa sahaja sebagai hadiah tahun ini.Tahniah pada pokde Goe yang menyambut harijadi beliau di samping isteri (qamoon) dan anak lelaki beliau (naufal)
Sila ambil hadiah kek di bawah yee..Moga dua-dua dimurahkan rezeki dan di panjangkan umur olehNya..
Ni kek polka dot untuk Mr.Goe

Align Center
Ni pula kek khas untuk mamapiza


Last but not least kek strawberry..

Kek ni ditujukan buat suami tercinta yang menyambut bestday beliau yang ke 30 tahun hari ini 6 Januari 10..Moga diberkati oleh Nya dan dipanjangkan umur.Semoga hidup abang bertambah bahagia dan mencapai segala hasrat abang hajati..ewah.Selamat Hari Lahir sayangg...

So hari ni saja kukus pulut kuning dan rendang untuk suami sempena hari lahir beliau..Thanks for the recipe RENDANG AYAM copy dari mamajenn dan tips2 berguna untuk kukus PULUT KUNING dari mamapiza+puan hapimah.Love U all!!


.