WHat's Nuffy Say?

25 January 2012

Kenangan Nasi Minyak Kemaman

Assalamualaikum

Masih lagi cerita di Kemaman
Last day kat kemaman sebelum bertolak
hubby amek masa utk potong rambut dia yg dah kembang..
Lepas tu makan kat gerai..order nasi minyak dia
lain bebenor,,huhuhu  tengok la siap warna pink
Jakunn kejap...ahaha..

Nasi lemak ayam goreng..hubby kata xbest


Nasi Lomak

Nasi MInyak PINK bersama kuah rendang ala2 kari ..huhu xberapa syok

Sekian

21 January 2012

Mee Calong terengganu

Assalamulaikum

Ramai yg tertanya camana rupa mee calong
Mza sempat la singgah di pasar malam Kemaman ritu
Lama sangat x makan
Nak masak xreti hehehe (alasan)
So masa jumpa tu terus excited beli
Mengimbau rasa n kenangan masa duduk kt beserah dulu
Tapi mee calong kt makcik Beserah or Balok tu lagi power
Makan panas2 pergghh...meleleh..
Yang ni kureng sikit la..tapi still sedap ..hihi



Pada sesiapa yg nak torai mza tepek resepi nya di sini ek
untuk kegunaan Mza di masa hadapan jugak OK :)

Sumber: chef hanieliza---------http://hanieliza.blogspot.com

MEE CALONG

Bahan A:-
  • 1 rangka ayam untuk stok sup (dipotong kecil)
  • 500 gm mee kuning (dicelur dan toskan)
  • 1 pokok daun sup (dihiris)
  • 1 batang lobak merah (dipotong kecil)
  • 3 pokok sawi (dipotong pendek)
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 100 gm bawang goreng
  • 1 liter air
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Ditumbuk):-
  • 2 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar lada hitam
Bahan C (Untuk Sos Kicap Pedas)
  • 15 tangkai cili padi (ditumbuk halus)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar kicap cair 
Bahan D (Untuk Calong):-
  • 1/2 cawan isi ikan tenggiri ataupun selayang
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sb tepung jagung
  • garam secukup rasa

Cara Membuat:-
  1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Buatkan bebola kecil (calong).
  2. Panaskan minyak dalam periuk yg sesuai dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam, tulang ayam dan masakkan hingga mendidih.
  5. Apabila mendidihkan asingkan tulang ayam tadi dan masukkan bahan untuk calong.
  6. Masukkan lobak merah dan biarkan mendidih perlahan.
  7. Masukkan sawi dan kacau rata.
  8. Apabila mendidih, tuangkan sup ke atas mee yang telah diletak di dalam mangkuk sesuai.
  9. Taburkan daun sup dan cili yang dihiris serta bawang goreng.
  10. Hidangkan dengan sos kicap pedas

19 January 2012

Kemaman Inn - ship visit

Assalamualaikum..

Lama plak menyimpan khazanah post kali ini
Awal tahun baru ni sempat la meloloskan diri balik kg
Semenjak aro silih berganti sakit memang stress sangat
Tapi after 2 cycle of treatment alhamdulillah aro sihat
Mz amek kesempatan balik pahang..rindu sgt..


Sampai aja ke Kuantan setelah perjalanan selama 10 jam dari S,petani
Tuhan je tau betapa x selesa nya sebab aura2 demam n sakit tekak dah start
masa sehari sebelum tiket balik ..redha je la kepeningan atas bas..huhu
Sampai di kuantan dah pukul 6 30 am..Berjalan ke stesen bas
Ambil pula bas town ke Pekan ..dalam pening2 lalat,lapar..sejam kemudian
sampai la depan umah..seronok!! Pegi skool ank buah baru masuk drjah 1
Bukan main lg teringat memori mula2 masuk sekolah..
Ramai sgt ibu bapa dtg tengok anak2 utk 2-3 hari pertama anak2 ke sekolah formal ni
Sgt sweet,...bila la anak sendri plak nak lalui semua ni..ank pun blm ada ..hihihi


Nasi lemak Taman Mentiga :)

Mamapiza & danial

Kakak Hawa control cun..dah besar la!

Dalam kelas pun senyap aja..aik kt rumah bising.. huhu

Kebetulan pulak esok hari encik hubby nak dtg ke rumah Pekan nak pickup
Thank you en hubby sebab rajinkan diri drive kereta sewa amek wife dr kg..
So belum abes lagi lepas rindu pada mak abah,,ikut hubby ke Kemaman dulu :)
Hari en hubby pickup tu plak hari jadi beliau yg ke 32..so masak2 sikit la
Dengan bantuan kaklong tercinta..kami masak Nasi Ayam Calio + kek coklat
Simple aja celeb nya sebab masih penat letih n x berapa sihat kan..

happy 32nd birthday Sayang :)

adunan kek

Cake bestday in da making for him

Nasi Ayam Calio by mamapiza (ayam bakar vs ayam goreng)

HAPPY BIRTHDAY abg Nyoq..hehe
Petangnya bermalam di Kemaman Inn selama 6 malam
Walaupun macam xde apa kt kemaman tu (kec dpt jmpa hubby tercinter)
Makanan pun mahal2..n less shopping complex..and patah kaki sbb xdo transport sndiri..
Gembira jugak dapat spent a lot of time dgn hubby time dia x duty..
Berbeza sangat kalau naik kapal prev. company :)

Kemudian balik dr kemaman naik bas lompat2 aje..hubby xdpt hantar
Xpela kan sekali sekala makan angin ..tapi sedih la masa tu
Tapi takpe kuatkan semnagat bulan depan si dia dah balik
So duk kg selama beberapa hari sebelum balik semula ke S.petani
Risau jugak tinggal umah lelama..kot2 blackout ke apa..
Alhamdulillah sampai ke S.Petani setelah 10 jam perjalanan naik bas..

Betul2 permulaan tahun yg indah'
Thank you Allah :)


p/s: azam tahun baru jangan lupa ...

07 January 2012

Bukit Ayer Perlis

Assalamulaikum..

Salam 2012 semua
January yang indah.

SELINGAN kucing mak teh yg suka naik moto jalan2
 Penutup Aktiviti 2011
Bawan sepupu jalan2 kat spetani

Oh McD prosperity burger!!


Village Mall

Wayang

Nasi Kandar




Lepas tu Join fmily in law ke Air Terjun Bukit Air Perlis


Tengokla BudakKecit Berdua ni..amboi












Best mandi air pun sejuk je..cuma air kurang agak kering
mungkin cuaca panas...hehehe..x puas berendam

Sekian dulu

01 January 2012

Buka lembaran baru 2012

Piss Piss kacang Piss
 Assalamualaikum...
Happy New Year to all readers bloggers vloggers semua
2012 dah pun membuka tirainya
Selamat tinggal 2011 yang penuh kenangan suka dan suka dan suka lagi
Tak mau la ingat yang duka duka tew ,,hihi
Semoga yang lepas dijadikan iktibar dan sempadan utk menempuh hari mendatang
Di tahun baru 2012 ini semoga bertambah rezeki dari Allah taala
Semoga hari mendatang lebih baik dari tahun sudah
Dan di tahun dan umur yg melangkah setapak lagi
Moga diberi hidayah dan kekuatan menghadapi kehidupan di masa mendatang..
 Ok cukup..
Sebagai penutup tahun 2011
Mai nak ucap TQ so much buat insan2 yang begitu baik hati
kerana sudi memberi seikhlas hati buah tangan untuk myza dr luar negara
BIG THANKS utk kawan baik masa di MRSM miss siti rafidah
yang bagi green tea from Japan.
THANK YOU SO MUCH to kak Shima yang pergi Mekah dan bagi Mai & hubby
Buah adam Hawa & serbuk tamar :) InsyaAllah kalau ada rezeki zuriat dr Allah swt
Kami akan khabarkan berita gembira tu..
Tak lupa Juga Buat PAK NJANG yg balik dari Mekah
Juga membeli buah zuriat/adam hawa utk kami..terharu sangatt
Walaupun memang terfikir nak pesan pada Pak Njang
Allah bg beliau dengar suara hati ygtak terungkap di malam kenduri
keberangkatan Pak Njang ke tanah suci.Terma kasih ya Allah
Terima kasih adik2 & kawan yang bagi souvenir dari Bandung,Thailand dll
TQ sgt2 much appreciation on that..Hanya Tuhan yg dpt balas jasa anda semua
Love uols :)


.