WHat's Nuffy Say?

08 November 2012

Aktiviti Anak Adam *post lama*

Assalamualaikum
Sebenarnya entry ni lama dah nk tulis
Tapi disebabkan kekangan masa seorg mama
Maka hari ni baru dapat publish kan

Al kisah anak2 ku adams (ank buah myza)
Datang Perlis aritu dgn aki,tok n abah diorg
Macam2 ragam Adam Hakimi & adiknya Adam Najmi
Naik pening abah bob power rangers,aki n tok melayan
Mandi kolam la,berlari la,kejar ayam itik..
They are having fun here at Perlis
So to Qasima dont worry they know how to enjoy themselves

Petang masa kenduri Qaish tu me & hubby
bawa diorg jalan2 keliling blakang umah kt perlis tu
tengok kolam ikan, tengok angsa dan kebun buah salak Pak Ndak
Teruja diorang dan tekun meng follow hubby kt sana
Pastu Pak Ndak ajak kutip buah salak dari pokok
Pokok salak banyak duri so nak taknak kena hati2 n remind diorang
Macam2 ragam n lawak pun ye jugak budak berdua tu
Masa jalan nak masuk tu

Ami: Paknak kita nak pegi mana ni
Paknak: ikut jela
Ami: Kita nak masuk hutan ke
Paknak: ...
Kimi: Ami kita ikut jalan masuk hutan paknak
Ami: nanti sesat la kita masuk hutan!*muka cuak dibuat2*
Paknak & Manak: Hahahhahahaadoi

jom layan gambar diorg
rajin sungguh depa dua

ok siap sedia ikut panak

tunggu panak buka jaring kebun salaknya

ok tempat bahaya banyak duri dari pokok salak

tadaa..anak2 ni la buah salak ye

panak tuai..bismillah..

cepatla panak..xsaba abg kimi nak rasa



sambil menunggu buah dikupas

tunggu lagi (abg bertanya soalan2)

akhirnya siap! siapa nak?? saya!
Abang kimi gigit je terus luah,bagi kat ami pulak.."ee xsedapnya!" hahahha
Lastly diorang tolong kutip buh dalam  bakul buah2 tu utk aki n tok bawak balik :)
testing buah salak madu
p/s: entry ni  dah lama patut auto publish tp dah berbulan2 x publish jugakk adoii...hihi khas buat mamajenn :p

demam si qaish

assalamualaikum
qaish mama dah 8 hari masuk umur
8bulan
diiringi dengan demam suhu 38.9
nasib baik ada ubat dr doc
so mama just bagi ubat n jerlum kepala qaish suhu turun juga smlm jd 38.3
petangnya mama suap nasi sup ayam dgn ubat demam dan baju busuk ayah peneman tdo
malamnya suhu normal 36.7
alhamdulillah..


p/$:rupanya nk tumbuh gigi atas huhu




03 November 2012

My prince: 8 mons

Assalamualaikum..

Wordless Saturday
Alhamdulillah..anak mama ayah
Ghazid Qaish Faheemy
sudah cecah 8 bulan..
Sekejap sangat masa berlalu ketepian
Thank you Allah hadirkan dia di saat kami sedih
Sayang anak mama selalu ..
Mama & ayah doa kan moga anakanda kami
Sentiasa happy, bahagia dan berjaya dunia Akhirat
makin bijak,pandai, dan hensem
Whatever happen we always love you Qaish
Biarla mereka yg berkata tanpa menggunakan akal
di depan mahu pun di belakang di tepi di atas
we will always support u ,up & down.. forever
Qaish la penyeri keluarga mama n ayah ni aa
Cahaya dan nikmat yg Allah turunkan ,rahmat yg x berbelah bahagi darab tambah
Moga hidup kita diberkati dan dberi ketabahan selalu
Menghadapi sisa2 hidup di dunia ini :)

Anak mama dah pandai macam2..alhamdulillah
Gigi tumbuh 2 batang,merangkak dah laju
pandai senyum,main,gelak dan dh sangat kenal mama n ayah
Meniti tanpa bantuan,lepas tangan,berdiri lama
pegang botol n biskut sndri,mengunyah..im proud of u son!

happy 8 mons sayang

sleep like a baby

nak stunt

Qaish with mama 

mamam beskut dgn kushuk n tawadhuk

@ KFC

playing big ball with him~

Baru 8 month mama dah missed the old baby you, Qaish
Owh how time flies....wink wink..

30 October 2012

AidilAdha 2012

Assalamualaikum..

Masih belum terlambat untuk mai n family
Ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
buat semua pengunjung blog ini
Mama dan Qaish beraya berdua pula kali ni
Ayah beraya atas kapal je..so mama balik rumah mil n fil je d Perlis
Sian ayah hari2 koling tanya menu apa raya..sedih mama huk huk..
Sabar ek ayah..atas kapal pun ada lemang dan rendang :)
Beza nya cuma kerja sambil dengar takbir raya ergh.

Mama rasa ni 1st time mama raya kat kampung ayah
TANPA ayah bersama ,tapi dengan Qaish..hurmm lain sgt perasaannya
Pagi raya takbir sayu sedih tapi buat2 happy la untuk anak mama ^_^
Baju raya pun pakai yang mana ada jelah..mood lebih ke laut..
2hari sebelum raya haji mai dah bertolak balik perlis
Untuk buat persiapan raya di sana..MIL n FIL dan plan menu macam2
Ada pulut kuning,rendang daging,nasi dagang,bubur pulut hitam dll

Hari last sebelum raya mai dah rasa tak sedap badan
Tekak macam sakit,nak makan pun xde selera
tapi dah janji dengan diorang nak masak menu nasi dagang
Last day tu lunch perut lilit bakar,air asam,sup urat keting
Tapi mai hanya selera makan nasi sup je..pastu start cirit dan muntah
So lepas lunch terpaksa gagahkan diri untuk prepare barang nasi dagang
Malam tu dah siap merendang daging dan menggulai ikan tongkol
Lepas tu masak nasi nya,rendam pulut nya..then ingt nk pengsann Zzzz
Sebelum pengsan Qaish sempat muntah atas karpet tok..haru haru!

Esok pagi2 raya lagi dah bangun siapkan nasi dagang dan acar
Nasi dagang 5kilo tau, 2 kg beras merah 3 kg beras wangi..10 ekor tongkol putih
Pergh tu belum side dish lagi..mmg fengsann kali ni
Kali ni jela mama buat lepas ni No no NO..xmau dahh..dengan cirit muntah
Memang longlai la rasa..semangat nak raya pun habis xde dah..
Petang raya baru la mama gagah boleh nak telan masuk nasi tomato
Hari raya ke 2 tu sihat sikit dah ..Alhamdulillah
Tapi bukan mai je yang kena, cerry berry n muntah tu berjangkit
Anak2 buah,adik2 ipar semua kena..ada yg pening dan muntah
Budak kecik paling kesian..sampai tak tido malam mak ayah diorg
Mai plak raya ke 3 sambung lagi cirit..dugaan raya sungguh..kalau ayah ada lega banyakk
Nasi dagang Ikan tongkol di pagi raya :)
Ok dah cukupla bebelan..jom layan gambar raya x seberapa maniss..
Gambar raya dengan anak pun lupa nak snap!
Busy sangatt ooi

Raya Haji 1st for him -love_

yang lain semua dah ZZzzz kepenatan dan x sihat..so tak snap pict dah~

23 October 2012

Selsema & Batuk

Assalamualaikum..

Mama dan Qaish dilanda selsema & batuk
Mama rasa Qaish bejangkit dengan mama
Doc Qaish pergi haji so ayah suh bawa p klinik kanak2
Disebabkan mama batuk n selsema dulu dan sihat dulu
Kesian Qaish dah seminggu lebih x lega
walaupun dah jerlum dengan daun dedap
kering sat malam jadi balik
Ubt doc pun x berkesan sangat
Qaish pun start muntah  balik susu dia
kesian tengok dia batuk kering gitu..huhu
Dengan dada berombak lagi

Mama pun lepas selesai kerja kat MPSP
Terus je pegi klinik pakar kanak2 kat taman ria tu
Dapt num 15..ok la tu.sekali Qaish beyak plak dah
Dah la siap bocor lagi pampers.huhu..patut dia duk x senyap atas carseat
Dahla seluar spare mama x bawa..sian Qaish mama tak pakai seluar tunggu doc hehe.



Tengah2 nak tunggu tu terjumpa plak baby Jan & Ina
Zarissa kecik molek je..comel..Icca & Qaish sama bulan
Tapi Qaish tua sikit la..kira abang la..mcm2 perangai la depa dua smlm
Lama sangat menunggu doc maka masing2 dah moody and mengantuk
Icca masuk dulu..dari luar dah dengar suara teriakan merdu icca hehe..

muka zarissa bengang qaish bmanja dgn mama dia hehe cute!
Qaish batuk berkahak..banyak ubat doc bagi.Tq doc
Pastu kena nebulizer..1st time jugak..huhu apapun harap cepat sembuh syang
kalau boleh transfer mama sanggup kena nebu utk awak huhu
Doc bagi ubat batuk,ubat kahak,ubat antibiotik,ubat selsema n spray nasal
Siap demo lagi cara nak pakai nasal spray tu,sblm ni kami pakai Iliadin drop tu je
Kurang berkesan..huhu..Xpe anak mama kuatt..masih aktif walaupun x sihat
Merangkak menyepah sana sini
xpe sayangg..mama tak marahh..mama pun xde mood nak mengemas lagi
raya pun macam x rasa nak raya pppfftttt...
Nak balik pahangg..huhuhu..sabar jela maiza

balik umah tido sepam
Malam nye mama makan biskut tawar
Qaish pun sibuk nak mamammm...
Nanti mama belikan baby bites or biskut baby utk awak ye
Awk dah pandai gigit,mamah dan telan ..gudjob sayanng!





muka mengunyahh..so funny la!


ps: raya haji di perlis..

.