WHat's Nuffy Say?

26 March 2009

FOGGING si ChikuGunya..

Betul ke tak ejaan aku tentang wabak penyakit terbaru yang dibawa oleh spesis nyamuk tu ha..Baru-baru ni pulak kawasan setinggan aku dihembusi asap tebal akibat kementerian kesihatan datang fogging kt umah bg mengharamkan nyamuk itu membiak di kawasan kediaman kami.Memang tutup awal la kedai2 petang tu.Semua nya gara-gara dr halim disyaki denggi/chikugunya..ntahla mana satu.So petang tu jugak semburan dilakukan dengan notis awal disebarkan pd tengaharinya.

So,petang tu kaklong n anak2 nye dihalau balik (yerla takut sedutt bau busuk n fog tebal tu)..So kitorg sambil tunggu asap tu di bawa dek angin,lepak kedai bawah payung depan umah,tp still bau kuat gile asap tu menusuk kat celah bulu hidung...tak tahan.Nasib baik sempat makan siap2.Tengok la sendiri macamana asap tebal mengganas di taman rumah kami..kekekeke..adios.

Masa asap baru berarak pergi..
nmpak kan umah tu
Ni asap dah penuh kat depan,tak
tutup rumah teres nmpak dah umah td..


Sebelum fogging bermula

Selepas,umah penuh asap berkepul

Esoknye ada pegawai datang umah kami cek tandas dan air bertakung...cess..dia siap ketuk pintu dapur beb..kikiki..

22 March 2009

Another \TAG??/..hohoo....aduiyaii

AGain..i've been tagged..from MAMA ADAM..isk3.this time lambat ssikit la nak reply..quite busy maa..So what was 5 from 5??Hrrmmm..lets check this out..

1. What were you doing 5 years ago?
2.What were the 5 things on your to do list today

3.What were the 5 snacks that you enjoy
4. What are the 5 things that you do if you are a billionairea.

5. Who are the 5 person you wanna tag

1) Lima tahun yg lampau ye..erm maknanya aku 19 tahun le?kat mana ek?o0oh ye masa tu aku baru abes matrikulasi kat pahang dalam bulan april, then bulan jun dah daftar kat UTM skudai..tempat asing xpnah pergi before( ingt lg ckgu goe n abah anta)..lepas tu masuk tahun 1 kat utm,cam culture shock a bit la, terutama dr segi pergaulan(ramai oo0 org xpnah jumpa dr smua tmpat n negeri kat malaysia ni..) dan pembelajaran..gitu la..

2)My to do list for today yeee..
-m'kira ambilan kalori utk arini (maklum la tgh diet..kiki..)
-asing kan duit utk bank in(duit dlm bank dah zer0..huk)
-catat previous reload number(biznes skett..)
-kemaskini akaun (cewah..)
-jaga kedai laa..hape lg.kul 6 tutup kedai laa..(rutin ni)

3)5 snack yg really enjoyable for me laa kan..
-kerepek pisang(kunyah xhengat..)
-kacang tanah goreng (tumbuh jerawat satu muke aku..)
-mamee MOnster (cikedis kdai makcik pimah..)
-biskut tawar lemak(beskut kering/beskut mayat nama lainnye)
-roti

4)KAlau saya jadi billionaire..saya akan pastikan yg saya..
-takkan jd millionaire..mantain jd billionaire beb
-bersedekah la pada org yg slalu dtg kedai mintak derma
-bina rumah yg selesa utk ayah bonda
-bawak satu family dua family mertua pegi haji ramai2
-nak bagi budak2 melayu yg baik dgn aku pinjaman/biasiswa pelajaran.

5)Erm nak tagged sape..biarlah dulu yg ni kot..hihihi
TQ

09 March 2009

\TAG lagi/

Cesh..lagi lagi di TAG.Kali ni diterima drpd my SIL ,qasima...aku menjadi mangsa beliau seterusnya...wakakaka~ tp. takpela redha jelaa..
Syaratnya adalah seperti di bawah
RULES:
1. GO to your photos folder in your computer
2. GO to the 6th Folder of your photos
3. GO to the 6th photos in that folder
4. Put the picture on your blog & description of it.
5. Invite 6 friends to join the challenge
6. Link them in your blog & let them know they have been challenged.


Tadaa...so after following those 6 rules..this is the 6th picture of my 6th folder in my computer...
Well ni pict masa last day actually kat UTM skudai( lepas exam)..So we all decide to "jalan-jalan" kt jb area laaa.gambar ni di ambil di sebuah taman dekat bandar jb (lupa dah nama taman ni)..So membe kat sebelah tu nama nya Julia.Tempat ni mmg chantek bangat..permandangan mg indah sbb atas bukit.masa petang tu kami di taman mmg ramai couples n families yg beriadah kat situ.tempat jogging pon ade.So kami pegi utk ambil gambar sahaja.Ok la tue..

So the persons are (mmg bertuah korg!)
  • CACAMERBA-plz do this assgmnt..hihihi
  • SAILING WITH CAPT ZED-hye,nice to meet u
  • MEMOIR SEORANG GURU-release2 kan tensen mngajar tu

Aku \di TAG/

CEShh dan ceshh dan Ceshh..apela rules benda alah ni..xbesh langsung!Nah aku dh update!..LALALA...so u all ni rules nya "“The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 6 people.”


HAhaha..untuk pertama kalinya aku di tagged ..oleh cikbob..tapi terpikir gak ape guna nya tagging mentagging sesama blogger ni ek..pape pon..layan jelaahh... aku telahpun terseksa menjawab tag ni.selama 9 hari 12 jam 30 minit 45 saat aku menghabiskan masa...hukhuk..

1.I am proud to be a daughter of en.nordin n pn.hapimah (anak mithali ni..)



2. I really want to go to paris (umah kak ipaq baru laa) & genting (waargh...dah lama nk p citu) & great wall china( hubby dah muak pegi situ)... nak bercuti sampai 7 hari tujuh malam..




3. My favorite place is in front of my pc (tempat mengisi masa lapang.

gmbar dr tepi diambil masa tgh surf..ada iras en.nordin x?
4. My favorite thing is im into comics and sketching (bagus tau sketch leyh release tension and bring more ideas..)




and new fav thing was fishing dgn hubby.

5. My favorite drink is teh tarikkk (dahaga pulaks...)



6. My favorite food(s) are semua nasi goreng (xkesah la ape jenis nasi goreng punn..janji masyyukkk..)





7. My favorite color is RED and PURPLE




8. I live in PEKAN BANDAR DIRAJA (currently)
mmg cantik bandar pekan...

9. I was born in PEKAN jugee

tp bukan kt masjid ni la
kat kampung Salong,pekan.

10. My college
UTM SKUDAI
ni la pintu gerbang UTM.tempat pakgad tggu kitorg yg slalu jd bekmen
11. My favorite stories are UPIN & IPIN
betul betul betul..

12. My hobby is sleeping and yawning


sedap tidor xhengat..menguap pulak leh main lawan nguap dgn mak


13. I wish for this : insyaAllah

nak kuruskan BADANN..hoho
nak ada UMAH sendiri...
nak pregnant..amenn..

nak kete comei cm ni~ hoho


I am tagging: MIMPI MOON, MEMOIR SEORANG GURU err tu jelah kot setakat ini..daa

01 March 2009

KEHILANGAN...

Sejenak...(amek mood seminit) aku termenung. Setiap kali menuruni anak2 tangga di rumah,sejenak terpandang barang milik arwah yang tertinggal 2 minggu sebelum arwah terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya..Pemergian beliau sememangnya meniggalkan kesan mendalam terhadap keluarga kami. Allahyarham yg dimaksudkan ialah bapa saudara saya, Hishamudin Hashim (adik kpd emak,kami panggil ayah sham) yg telah menyahut panggilan Illahi 20 Feb yang lalu..semoga roh arwah dicucuri Tuhan..amin ..
NI LINK2 UTK MELIHAT GAMBAR KERETA ARWAH AKIBAT KEMALANGAN DASYAT itu
http://jenntayu.blogspot.com/2009/02/kemana.html

http://bob.studio707.net.my/2009/02/23/al-fatihah/#comment-23380

Menurut emak,arwah adalah antara adik beliau yang rajin bertandang ke rumah kami baik masa bujang mahupun setelah berkahwin. Memang arwah sentiasa senang menziarah dan lepak di rumah kami (walhal rumah kami taklah cantik n bersepah plak tu..hihi).Masih lagi kami terbayang-bayang senyuman arwah dan selera makan arwah semasa kali terakhir arwah datang dan tidur di rumah kami. Malam tu semasa sampai arwah menyampaikan berita yang isterinya mengandung anak ke3.Kemudian arwah tidur di ruang tamu dan bangun keesokkan pagi untuk ke tanjung gosong,pekan meghadiri pogram perkemahan anjuran sekolah beliau selaku guru pengiring perkhemahan tersebut..

Sebenarnya kehilangan begini sudah seringkali terjadi dalam keluarga kami.Setiap yang hidup pasti akan mati dan kembali kepada Tuhan. Dalam memori saya terpahat beberapa kehilangan yang terjadi yang memberi kesan secara peribadi kepada saya.

Pertamanya kehilangan arwah tok ki saya.Semasa arwah tok ki meninggal saya masih belajar dan tidak dapat balik untuk menatap wajahnya kali terakhir. Memori bersamanya beberapa bulan sebelum arwah pergi tetap segar dalam ingatan. Semasa muda2 dulu saya kerap duduk di kampung bersama arwah tok ki dan tok saya terutama waktu cuti sekolah. Kali terakhir bersama tok ki, arwah meminta saya mengisi maklumat dalam carta air hujan yg dipantau sendiri di kampung. Mungkin matanya sudah tak berapa nampak untuk membuat catatan pada masa itu.Saya dengan senang hati menolong arwah tanpa saya sangka arwah akan pergi untuk selamanya beberapa bulan kemudian...sedih dan selalu teringatkan arwah tok ki yang suka duduk bersendirian di ruang tamu dan termenung dalam gelap...

Kehilangan Kedua yg menyentuh hati saya ialah kehilangan pakcik yang saya panggil PAkteh Amad. Beliau juga salah seorang adik emak yang suka bertandang ke rumah semasa hayatnya (selain PakNgah Borhan)..Arwah menderita sakit usus..dan telah terlantar di hospital. Semasa berita kematian arwah saya masih belajar dan tak dapat hadir. Mak kata arwah ni seorang pendiam dan perahsia. Bagi saya orang yang paling menyerupai arwah adalah abg saya (ckgu go)..badan dan gayanya bg saya mmg ade gaya arwah pakteh amad..terutama bile gelak mailto:besar@..

Kehilangan ketiga yang terpahat dalam memori saya ialah Chik saya(atuk belah ayah)..Chik saya duduk nun jauh di kelantan.Kami jarang-jarang pulang ke sana.Menurut abg saya..Chik memang dah agak uzur dan mudah lupa.Malah kadang2 dia lupa siapa cucu nya.Saya ingat lagi semasa arwah chik masih hidup..kami ke rumah arwah secepat mungkin setelah abah saya dimaklumkan arwah sedang sakit..sesampai di sana,kami adik beradik bergilir memicit2 badan arwah chik..semasa giliran saya memicit n mengurut kaki beliau, saya hanya dapat rasa kan tulang dan urat2 sahaja yang saya pegang. Bila saya pandang ke arah arwah, beliau hanya tersenyum je melihat saya( dalam hati betul ke Chik ni tenat)..mungkin dia sakit rindu nak jumpa cucunya ..dan berita kehilangan dia saya terima dengan redha dan berdoa moga dia dilindungi oleh Allah..

Seterusnya kehilangan yang saya tak sangka tahun lepas,2008 ialah paksu saya (adik bongsu ayah) yang tinggal di kemaman.Arwah terlibat dalam kemalangan motor semasa hendak keluar bekerja shift malam.Saya anggap beliau mungkin memandu dalam kepenatan bekerja. Pagi itu saya dan cikbob( masa tu d rumah kak shima) bergegas terus ke rumah arwah.Dengan pakai tshirt n jeans..(truk betul aku) saya terus naik ke rumah melihat jenazah di atas katil.Memang taksangka dia pergi secepat itu.Masih bermain2 dalam ingatan saya bagaimana masa saya kecil beliau mmg suka mengusik dan bergurau dengan kami adik beradik.Semasa membacakan surah yassin untuk arwah air mata say hampir gugur,tp saya tahan sebaik mungkin (tak BAIk)..Kemudian saya nampak 2 org ank arwah dgn isteri lama masuk dan sedekahkan yassin..si kakak membaca sambil teresak2 menangis,si adik pula mengesat mata..saya xboleh duduk dalam keadaan macam tu.Sebaik isteri arwah menghidupkan kemenyan,saya minta izin keluar dari situ dan duduk di luar.

Semasa arwah sudah dimandikan dan diletak di ruangtamu,beberapa ahli keluarga diizinkan menatap kali terakhir wajah arah sebelum disembahyangkan..dan yang paling tidak pt menerima kenyataan sambil meraung2 menatap jenazah ialah ibu mertua arwah yang tinggal sebumbung dgn arwah..keadaan mmg sebak dan sedih.saya lebih rela duduk di laman rumah selepas itu sambil menghirup udara luar...

Kemudian tahun lepas juga saya telah kehilangan moyang(mak kpd tok saya belah mak_) saya.Arwah moyang saya suidah mencecah 70 thn lebih.Malah hanya tinggal moyang saya dalam generasi beliau yg sudah tiada.Banyak kenangan saya bersama beliau. Saya masih ingat semasa saya kecil arwah moyang masih boleh berjalan terbongkok-bongkok, kemudian bila saya sekolah rendah arwah dah berjalan sambil berpaut pada dinding rumah..beberapa tahun kemudian arwah hanya merangkak ke bilik air dan seterusnya hanya mengensot.Arwah memang tak suka ditolong..saban hari semuanya beliau lakukan sendiri..Beberapa bulan sebelum arwah pergi menemui Ilahi.Saya sempat membawa bakal suami saya(pd masa itu) berjumpa arwah moyang.Arwah berkenan dan berharap untuk melihat kami melangsungkan majlis di situ.Terkilan saya apabila arwah pergi tanpa sempat melihat saya bersanding..cicit mana xsedihhh..aduh..mmg sedih. Kali terakhir kenangan saya bersama moyang ialah saya memotongkan kuku arwah,membersih kan kaki arwah,mengikatkan rambut arwah moyang,dan semasa saya bermalam di kampung membantu tok menjaga arwah yg sakit tenat. Tengah malam saya dikejutkan oleh tok kerana moyang mengeadu sakit2 badan.Saya segera panaskan batu tungku..Itulah pertolongan saya kali terakhir utk moyang...akhirnya arwah pergi tanpa sempat saya melihat arwah kali terakhir..semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org beriman..

dan baru2 ni ayah sham pula mengikut jejak mereka..giliran siapa pula selepas ini..Wallahualam..
Sama2 la kita tingkatkan iman n taqwa sbgai bekalan..amen..

.