WHat's Nuffy Say?

01 March 2009

KEHILANGAN...

Sejenak...(amek mood seminit) aku termenung. Setiap kali menuruni anak2 tangga di rumah,sejenak terpandang barang milik arwah yang tertinggal 2 minggu sebelum arwah terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya..Pemergian beliau sememangnya meniggalkan kesan mendalam terhadap keluarga kami. Allahyarham yg dimaksudkan ialah bapa saudara saya, Hishamudin Hashim (adik kpd emak,kami panggil ayah sham) yg telah menyahut panggilan Illahi 20 Feb yang lalu..semoga roh arwah dicucuri Tuhan..amin ..
NI LINK2 UTK MELIHAT GAMBAR KERETA ARWAH AKIBAT KEMALANGAN DASYAT itu
http://jenntayu.blogspot.com/2009/02/kemana.html

http://bob.studio707.net.my/2009/02/23/al-fatihah/#comment-23380

Menurut emak,arwah adalah antara adik beliau yang rajin bertandang ke rumah kami baik masa bujang mahupun setelah berkahwin. Memang arwah sentiasa senang menziarah dan lepak di rumah kami (walhal rumah kami taklah cantik n bersepah plak tu..hihi).Masih lagi kami terbayang-bayang senyuman arwah dan selera makan arwah semasa kali terakhir arwah datang dan tidur di rumah kami. Malam tu semasa sampai arwah menyampaikan berita yang isterinya mengandung anak ke3.Kemudian arwah tidur di ruang tamu dan bangun keesokkan pagi untuk ke tanjung gosong,pekan meghadiri pogram perkemahan anjuran sekolah beliau selaku guru pengiring perkhemahan tersebut..

Sebenarnya kehilangan begini sudah seringkali terjadi dalam keluarga kami.Setiap yang hidup pasti akan mati dan kembali kepada Tuhan. Dalam memori saya terpahat beberapa kehilangan yang terjadi yang memberi kesan secara peribadi kepada saya.

Pertamanya kehilangan arwah tok ki saya.Semasa arwah tok ki meninggal saya masih belajar dan tidak dapat balik untuk menatap wajahnya kali terakhir. Memori bersamanya beberapa bulan sebelum arwah pergi tetap segar dalam ingatan. Semasa muda2 dulu saya kerap duduk di kampung bersama arwah tok ki dan tok saya terutama waktu cuti sekolah. Kali terakhir bersama tok ki, arwah meminta saya mengisi maklumat dalam carta air hujan yg dipantau sendiri di kampung. Mungkin matanya sudah tak berapa nampak untuk membuat catatan pada masa itu.Saya dengan senang hati menolong arwah tanpa saya sangka arwah akan pergi untuk selamanya beberapa bulan kemudian...sedih dan selalu teringatkan arwah tok ki yang suka duduk bersendirian di ruang tamu dan termenung dalam gelap...

Kehilangan Kedua yg menyentuh hati saya ialah kehilangan pakcik yang saya panggil PAkteh Amad. Beliau juga salah seorang adik emak yang suka bertandang ke rumah semasa hayatnya (selain PakNgah Borhan)..Arwah menderita sakit usus..dan telah terlantar di hospital. Semasa berita kematian arwah saya masih belajar dan tak dapat hadir. Mak kata arwah ni seorang pendiam dan perahsia. Bagi saya orang yang paling menyerupai arwah adalah abg saya (ckgu go)..badan dan gayanya bg saya mmg ade gaya arwah pakteh amad..terutama bile gelak mailto:besar@..

Kehilangan ketiga yang terpahat dalam memori saya ialah Chik saya(atuk belah ayah)..Chik saya duduk nun jauh di kelantan.Kami jarang-jarang pulang ke sana.Menurut abg saya..Chik memang dah agak uzur dan mudah lupa.Malah kadang2 dia lupa siapa cucu nya.Saya ingat lagi semasa arwah chik masih hidup..kami ke rumah arwah secepat mungkin setelah abah saya dimaklumkan arwah sedang sakit..sesampai di sana,kami adik beradik bergilir memicit2 badan arwah chik..semasa giliran saya memicit n mengurut kaki beliau, saya hanya dapat rasa kan tulang dan urat2 sahaja yang saya pegang. Bila saya pandang ke arah arwah, beliau hanya tersenyum je melihat saya( dalam hati betul ke Chik ni tenat)..mungkin dia sakit rindu nak jumpa cucunya ..dan berita kehilangan dia saya terima dengan redha dan berdoa moga dia dilindungi oleh Allah..

Seterusnya kehilangan yang saya tak sangka tahun lepas,2008 ialah paksu saya (adik bongsu ayah) yang tinggal di kemaman.Arwah terlibat dalam kemalangan motor semasa hendak keluar bekerja shift malam.Saya anggap beliau mungkin memandu dalam kepenatan bekerja. Pagi itu saya dan cikbob( masa tu d rumah kak shima) bergegas terus ke rumah arwah.Dengan pakai tshirt n jeans..(truk betul aku) saya terus naik ke rumah melihat jenazah di atas katil.Memang taksangka dia pergi secepat itu.Masih bermain2 dalam ingatan saya bagaimana masa saya kecil beliau mmg suka mengusik dan bergurau dengan kami adik beradik.Semasa membacakan surah yassin untuk arwah air mata say hampir gugur,tp saya tahan sebaik mungkin (tak BAIk)..Kemudian saya nampak 2 org ank arwah dgn isteri lama masuk dan sedekahkan yassin..si kakak membaca sambil teresak2 menangis,si adik pula mengesat mata..saya xboleh duduk dalam keadaan macam tu.Sebaik isteri arwah menghidupkan kemenyan,saya minta izin keluar dari situ dan duduk di luar.

Semasa arwah sudah dimandikan dan diletak di ruangtamu,beberapa ahli keluarga diizinkan menatap kali terakhir wajah arah sebelum disembahyangkan..dan yang paling tidak pt menerima kenyataan sambil meraung2 menatap jenazah ialah ibu mertua arwah yang tinggal sebumbung dgn arwah..keadaan mmg sebak dan sedih.saya lebih rela duduk di laman rumah selepas itu sambil menghirup udara luar...

Kemudian tahun lepas juga saya telah kehilangan moyang(mak kpd tok saya belah mak_) saya.Arwah moyang saya suidah mencecah 70 thn lebih.Malah hanya tinggal moyang saya dalam generasi beliau yg sudah tiada.Banyak kenangan saya bersama beliau. Saya masih ingat semasa saya kecil arwah moyang masih boleh berjalan terbongkok-bongkok, kemudian bila saya sekolah rendah arwah dah berjalan sambil berpaut pada dinding rumah..beberapa tahun kemudian arwah hanya merangkak ke bilik air dan seterusnya hanya mengensot.Arwah memang tak suka ditolong..saban hari semuanya beliau lakukan sendiri..Beberapa bulan sebelum arwah pergi menemui Ilahi.Saya sempat membawa bakal suami saya(pd masa itu) berjumpa arwah moyang.Arwah berkenan dan berharap untuk melihat kami melangsungkan majlis di situ.Terkilan saya apabila arwah pergi tanpa sempat melihat saya bersanding..cicit mana xsedihhh..aduh..mmg sedih. Kali terakhir kenangan saya bersama moyang ialah saya memotongkan kuku arwah,membersih kan kaki arwah,mengikatkan rambut arwah moyang,dan semasa saya bermalam di kampung membantu tok menjaga arwah yg sakit tenat. Tengah malam saya dikejutkan oleh tok kerana moyang mengeadu sakit2 badan.Saya segera panaskan batu tungku..Itulah pertolongan saya kali terakhir utk moyang...akhirnya arwah pergi tanpa sempat saya melihat arwah kali terakhir..semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org beriman..

dan baru2 ni ayah sham pula mengikut jejak mereka..giliran siapa pula selepas ini..Wallahualam..
Sama2 la kita tingkatkan iman n taqwa sbgai bekalan..amen..

No comments:

.