WHat's Nuffy Say?

05 September 2009

KEK KARPET PELANGI

Ahahaha..akhirnya aku try jugak buat kek ni..asalnye resepi daripada Dapur CT_"red carpet cake" and ada yang buat warna hijau ade buat warna merah..Tapi aku saje buat warna warni.Lagipun en.hubby suka makan warna +perisa coklat..So tengok jela ye,tu gambar di bawah,satu sebelum kukus dalam pengukus yang besar(dipesan beli oleh seseorang-tengok, ade juga guna nya..haha)..So beberapa keping telah di 'hand-over' kat jiran sebelah sbgai membalas lauk ketam masak lemak tempohari..thehehe..



Bahan:

1 1/4 cawan tepung kek
3/4 cawan gula halus (aku terbeli gula icing-bantai lelabu)
225 gm mentega
5 biji telur A (aku guna saiz B)
4 sdb biskut marie serbuk (aku guna 4-5 kpg tumbuk )
3 sdb serbuk horlicks
1 1/2 sdt esen pandan( aku pakai esen vanilla..ekekek)
1/4 cawan susu pekat

Cara:
-Panaskan pengukus.Lenser loyang dengan majerin
- Ayak tepung,horlicks,dan serbuk biskut marie.Ketepikan.
-Pukul mentega dan gula hingga kembang,putih dan gebu dengan mixer
- Masukkan telur satu persatu
- Masukkan susu pekat dan tepung sedikit demi sedikit
- Bahagi aduan kepada beberapa warna kesukaan anda
- Tuang dalam loyang.Kukus selama sejam atau sehingga masak.
- Sejukkan dan hidang.

p.s: Hasilnya sama macam kek marble biasa tapi lebih lembut/lembap,cuma spesel ada serbuk horlick+biskut marie,tp mgkin kalau guna esen pandan tu lain kot bau-bauan dia..huhu.Selamat mencuba :P

3 comments:

Mamajenn said...

siapa yg kirim tu myza...teruk betul..dah kirim, x mo ambik plak hahahha ampunnnn saiznya mengerikan utk i simpan. Eh tapi kek tu nampak sedap la. Cayalah mandak skrg! Kagumss

myza said...

akkaka..tak kesahla .boleh guna utk kenduri-kendara kan.mana tahu manak nk menjual kueh plak nnt.kuikui...

Jard The Great said...

adoi... sedapnya kek tuuu...

.