WHat's Nuffy Say?

27 October 2010

Gambar ikan arowana/kelisa untuk dijual-10 ekor

Any inquiries or info
Pls contact me
sang_merah01@yahoo.com
019-9870051 (myza)

Ni gambar masa our arowana hi back still baby
Beli masa umur sebulan lebih,egg yolk dah takde
10 ekor






Gambar ni pulak masa dah sebulan lebih..gold dah nampak :)





 Latest pict,dah 8 month old- Size dah cecah 12-14 inch
Sihat dan cergas macam selalu



Last gmbr ni dah di upload kat Mudah.my

20 October 2010

Misteri Kehilangan penulis/pemilik blog

Salam
Jam dah cecah pukul 1 pagi, tapi mata masih segar membulat
Jap lagi nak try la golek2 atas katil,kot2 mau tido.. :)
Sekarang tengah sengaja ber "blogwalking" ke semua page yang menarik
Saje isi masa lapang baik blog para bloggers mahupun facebook
Semua dah dijelajah malam ni ..

Yang menarik perhatian saya untuk entry kali ini ialah tentang blog/facebook
yang sebelum ini aktif dengan pelbagai post dan cerita di halaman dan wall mereka..
Info bergambar dan pelbagai coretan menarik yg mereka sajikan..tapi...
Pada tarikh tertentu mereka diam dan terus diamm...tanpa mengaktifkan diri lagi

Mulanya saya ingat hanya di kalangan para bloggers sahaja yg tuannya menghilangkan diri secara
misteri,rupanya tadi baru terjumpa page di facebook yang tuan nya tiada
Ya,saya juga mulanya berfikir tuan kepada blog/fb ini mungki sudah lama tidak update kerana 
tiada kesempatan...tak sempat dll...tapi tak kan sampai berbulan bulan,bertahun tahun
Kalau pindah blog selalunya ramai yg akan inform tapak/akaun baru..

Setelah disiasat baru la tahu perkara sebenar...bahawa tuan punya blog/fb sudah meninggalkan dunia
dan kembali ke Rahmatullah..Innalillahi wa' inna ilaihi rajiunn...Moga roh mereka ini ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Bayangkan baru beberapa jam yg lepas anda menghantar ucapan selamat malam di wall facebook anda, kemudian anda keluar ke kedai berhampiran untuk membeli rokok atau air,anda ditimpa musibah dan kemalangan yg membawa maut..Takdir Tuhan tiada siapa yang tahu..betapa saat2 akhir di blog/fb anda pasti akan dikenang sampai bila2..Blog2 anda pasti akan dikenang oleh pengunjung setia...

Apapun kena sentiasa beringat bahawa ajal maut di tangan Tuhan..Bila bila masa dan di mana sahaja ia datang menjemput..Ya Allah,sesungguhnya aku masih alpa di dunia ini...Semoga Kau menerima taubatku Ya Allah..takutnyaa..

p/s: terfikir apa yang akan jadi pada akaun fb/blog yang tuannya dah meninggal..terbiar? Perkara yang sama ke terjadi pada blog dan fb aku kalau aku takde nanti..Wallahualam..Allahuakbar.. :)


Hidup hanya sementara,

03 October 2010

Our 2th Anniversary!!!!

Walaupun hati tak se excited tajuk di atas ..tp nak umumkan jugak yang today is our 2th wedding anniversary..sobs sobs..im celebrating here today without him (ahh kenapa mood aku sedeyh)....03 oktober 2008..selepas solat maghrib..pukul 2040 pm kami diijabkabulkan dengan sekali lafaz..

Alhamdulillah walaupun jarang bersua muka dengan suami,tapi pahit getir sebagai suami isteri tetap kami tempuhi bersama..Terima kasih tak terhingga buat suami yang selama 2 tahun ni menjaga hati perasaan,makan minum dan segala-gala nya..

Tiada apa2 sambutan untuk kali ni bersama suami tercinta..masing2 duduk berjauhan demi mencari sesuap nasi..Buat semua doakan kami mendapat rezeki zuriat secepat mungkin dan doakan keamanan rumah tangga kami hingga ke akhir hayat..


Sekian...

.