WHat's Nuffy Say?

20 October 2010

Misteri Kehilangan penulis/pemilik blog

Salam
Jam dah cecah pukul 1 pagi, tapi mata masih segar membulat
Jap lagi nak try la golek2 atas katil,kot2 mau tido.. :)
Sekarang tengah sengaja ber "blogwalking" ke semua page yang menarik
Saje isi masa lapang baik blog para bloggers mahupun facebook
Semua dah dijelajah malam ni ..

Yang menarik perhatian saya untuk entry kali ini ialah tentang blog/facebook
yang sebelum ini aktif dengan pelbagai post dan cerita di halaman dan wall mereka..
Info bergambar dan pelbagai coretan menarik yg mereka sajikan..tapi...
Pada tarikh tertentu mereka diam dan terus diamm...tanpa mengaktifkan diri lagi

Mulanya saya ingat hanya di kalangan para bloggers sahaja yg tuannya menghilangkan diri secara
misteri,rupanya tadi baru terjumpa page di facebook yang tuan nya tiada
Ya,saya juga mulanya berfikir tuan kepada blog/fb ini mungki sudah lama tidak update kerana 
tiada kesempatan...tak sempat dll...tapi tak kan sampai berbulan bulan,bertahun tahun
Kalau pindah blog selalunya ramai yg akan inform tapak/akaun baru..

Setelah disiasat baru la tahu perkara sebenar...bahawa tuan punya blog/fb sudah meninggalkan dunia
dan kembali ke Rahmatullah..Innalillahi wa' inna ilaihi rajiunn...Moga roh mereka ini ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Bayangkan baru beberapa jam yg lepas anda menghantar ucapan selamat malam di wall facebook anda, kemudian anda keluar ke kedai berhampiran untuk membeli rokok atau air,anda ditimpa musibah dan kemalangan yg membawa maut..Takdir Tuhan tiada siapa yang tahu..betapa saat2 akhir di blog/fb anda pasti akan dikenang sampai bila2..Blog2 anda pasti akan dikenang oleh pengunjung setia...

Apapun kena sentiasa beringat bahawa ajal maut di tangan Tuhan..Bila bila masa dan di mana sahaja ia datang menjemput..Ya Allah,sesungguhnya aku masih alpa di dunia ini...Semoga Kau menerima taubatku Ya Allah..takutnyaa..

p/s: terfikir apa yang akan jadi pada akaun fb/blog yang tuannya dah meninggal..terbiar? Perkara yang sama ke terjadi pada blog dan fb aku kalau aku takde nanti..Wallahualam..Allahuakbar.. :)


Hidup hanya sementara,

No comments:

.