WHat's Nuffy Say?

14 June 2011

Pencuri yang Mencuri

Salam
Semoga hari anda diberkati

Terpanggil kali ini untuk mencoret tentang pencuri

Dalam minggu ni sahaja dah dengar 2 kecurian yang berlaku
kepada sahabat Geng Kapal iaitu Kak Diha- Journey of eternal love
dan Kak Ernie yg dah 2 kali rumah dimasuki pencuri..Moga akak2 tabah hadapi dugaan
Redha dan sabar ada hikmah setiap yg berlaku itu..
Saya bersimpati kepada mereka,dan saya pun pernah mengalaminya
Cuma situasi mungkin sedikit berbeza..

Geram,marah dan keciwa itulah perasaan bila mendapat tahu
kita dicuri dirompak oleh pemangsa..Bukan marah kerana barang yang hilang
tetapi kecewa kerana wujud nya manusia begini di dunia..yang hanya
pandai mengambil hak orang lain tanpa kebenaran sesuka hati
Ada juga yang mengambil kesempatan semasa mencuri
Fikiran pencuri ni kita tak tahu,mungkin kita sudah lama diperhatikan
dari jauh..Jadi rakan2 blogger dan geng kapal berhati -hati sentiasa
Panjat kan doa semoga pencuri/penyagak ni dapat Insaf dan kembali ke jalan yg benarrr
Mungkin pisang akan berbuah berkali-kali..

Tak cukup dengan tu kak sungai Petani ni macam2 lagi kes kecurian.Tak tahu lah macamana polis handle?
Dekat taman la selalu terjadi,ada yang dikelar tangan masa nak masuk rumah sebab pencuri tak dapat barang curi etc duit,barang kemas dll.Kesian kan.Ada kes warga tua dipijak2 selepas dilesap 30k harta makcik tu..Si pencuri pula mulanya menyamar dengan baju TNB.Memang la makcik tu tak fikir buruk.Jahat sungguh hati perut pencuri...


Pertama kali barang yang dicuri ialah laptop kesayangan kami suami isteri,di mana
dalamnya banyak gambar kahwin yang belum di tatap,dicopy tapi hilang..Masa tu laptop di rumah adik ipar kat putrajaya,kami keluar dan tinggal laptop di rumah adik,balik tu tengok pintu dah terkopak,dan hp serta lappy disapu.Mereka masuk dr tingkap dapur umah flat(ada tapak kaki)..Keduanya, rumah di S.Petani 4 bulan kami tak duduk sebab kami naik kapal..kami sempat pindahkan barang ke rumah baru dibeli ini.Kunci rumah kami tinggal pada mertua di Perlis.Suati hari adik suami datang untuk letak fiber tank di rumah,pintu rumah dan sliding dah terbuka..air tangki rumah melimpah kerana pelampung yang rosak, habis lantai kayu rumah kami rosak(means ada org buka paip depan yg mmg sentiasa ditutup)..Set home teater dan barang memancing hubby hilang.
.Peliknya pc comp dalam bilik adik selamat tak disentuh,tapi speaker dah hilang..

Kami redha..walaupun mula2 marah dan kecewa jugak dengan penyagak2 ni..mujur la kami tiada di rumah.Sekarang semua pintu dah di upgrade di sealed dan di pasang alat keselamatan.Serta kami turut bertawakkal dan berdoa moga sentiasa di bawah lindunganNYA aminn..Barang yang dah hilang tu anggapla sedekah dan jugak bukan hak milik kita yg kekal..bak kata ayah mertua, anggap sahaja barang yang hilang itu sebagai salah satu cara penyucian HArta benda kita..yang mana kita pun tak tahu sumber sebenar rezeki kita kan..mungki ada yg terpeleot2 sumbernya..Wallahualam..


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Seburuk-buruk pencuri ialah yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya, bagaimana mereka mencuri dalam solat? Rasulullah menjawab, mereka tidak sempurnakan rukuk dan sujud mereka (sujud dan rukuk dengan pantas, tiada toma’ninah)". (H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah)

sumber: lenggangkangkung-my.blogspot

Sila rujuk apakah yang disebut sebagai kesalahan mencuri:


1. Kecurian itu dilakukan ke atas harta kepunyaan orang lain.
2. Kejadian curi berlaku dengan senyap-senyap.
3. Kecurian itu berlaku ke atas harta benda yang tidak diamanahkan kepadapencuri itu.
4. Dilakukan dengan adanya niat sengaja.

TIP berguna:
- Pasang lampu keliling rumah waktu malam
-Kunci semua pintu tingkap kalau duduk sorang waktu siang
-Pastikan ada number polis or waris dipercayai dan terdekat sekiranya kecemasan
-Pasang cctv and alarm system kalau ade duit lebih
-Sendal sliding door dari dalam.Mangga grill
-Sediakan senjata utk bertindak/pertahankan diri jika rumah dimasuki berdekatan tpt tidur etc kayu,pisau,parang.
-Baca 3Qul & ayat Qursi
- Bertawakkal n berdoa banyak2 kepada Allah semoga dilindungi

*All picts from google*

5 comments:

Lia said...

geramkan.. kes curi2 selalu dengar kat sana sini... semakin berani pencuri ni buat keja.. huhh

dieha said...

tq for info myza...kena pujuk a.zam nnt pasang alarm dekat rumah baru..:)

mama ikhwan & Ikha said...

huhuhuh geramnye...

Unknown said...

tang simpan brg2 yg bleh diguna utk lindung diri tuh stuju sesangat..got a knife under my pillow, dkat pntu blik pon letak something heavy yg kalo ada org tolak mmg agak susah and kita leh dgar sbgai precaution

myza said...

K.LIA : yess..geram mmg geram tp benda dah jadi..redha saja ler..kan :)
--------------------
K.diha: yess before moving into the house la better buh..xnak comot plak nnt :p
--------------------
Mama ikhwn & ikha: betul mmg geramm grrrr...
--------------------
AIni: betul for our own protection!!..

.