Assalamualaikum
Salam Khamis yang suri ram
SUram bagi saya yang masih x berapa sihat
Ini Ujian pertama demam sorang
Sejak duk S.petani
Ya Allah tabah kan lah hati ku :) aminn
Jom join saya review 2 filem yang sedang hangat Ogos lepas
Final Destination 5 dan hantu Bonceng!
1.Final Destination 5
Trailer:::::
Final Destination 5 ni myza tengok dengan Hubby kat Lumut Cinema
Masa raya ke 2 hari pergi ngedate :)
Yang 1,2,3,4 myza tak pernah tengok tapi tau la kata citer ni memang thriller
Tapi tak tahu la tahap ke'horor'ran citer until i watched episode 5 on cinema
Hubby dah tengok dari 1st so dia tau la sikit2..Basic story tu biasa la.Sekumpulan kawan
yang terselamat dari malapetaka yang betul2 mengerikan (atas bridge) akhirnya kan menemui ajal
dalam bentuk lain ..mengikut urutan seperti yang sepatutnya diorang mati..
So takdir mereka tetap akan menemui kematian meskipun terselamat dari nahas ngeri tersebut
Memang banyak kejutan la..So at the end semua akan mati sama seperti episod lain
Kalau nak tau camana aksi yang meragut nyawa mereka..Saksikan di pawagam,confirm x tido malam :P
ngeh ngeh ngeh..
2.Hantu Bonceng
Trailerrr:::::
Citer seram komedi Lakonan Zizan Raja Lawak dengan Juliana Evans ni memang sempoi la.
Nak request tengok dengan hubby for sure x dapat..hehehe
SO tgok dengan member senasib la...Layanss walaupun kami dpt seat 2nd row dari screen
Wakkakakak lenguh kepala dongak..janji boleh bergelak ketawa..
AL kisah Zizan ni mat rempit yang selalu merempit dapat hadiah masa dia menang merempit satu malam tu
Minah rempit dari kampung tu (ayu) juliana Evans pon membonceng motor zizan.Masa depa nak blah tu,Keluar simpang sekali ade lori laju gile,,Zizan ni sempat la elak loncat turun dari motor, tinggal la ayu atas moto di langgar lori dan mati di tempat kejadian. Semenjak hari tu roh ayu menghantui diri Zizan.Kawan Zizan si Salehuddin Tai akan tolong member baik dia untuk selesai kan masalah gangguan tu.Macam2 ragam la timbul.tak lupa juga kemunculan Jue Aziz sebagai nurse n kekasih Zizan :) memang gamatt...Apa celup!!!! hahaha
Apa lagi tunggu..pi la tengok..pecah panggung kott
Assalamualaikum
Preview new film release in AUgust
Masa ke lumut minggu lepas
sempat la lepaking dengan hubby & adik
kami terus pergi tengok wayang habiskan masa
Terus amik tiket citer yang available at that time la
Ni la citernya...
*pict taken from www.imdb.com]
Sebelum ni dah ade alien vs predator ; Alien vs Ninja and whatsoever
Kali ni pengarah Iron Man buat 1 filem x logik a.k.a Fiksyen
Cowboys & Aliens pulak :)
Walaupun x logik tapi masih menghiburkan bagi penggemar filem aksi
macam kami ni ha :) hehehhe
Tambah pulak ada gabungan pelakon hebat Danial Craig + Harrisson Ford
Memang bertambah la menarik nyaa...haha
Sinopsis:
Mengisahkan koboi Jake Lonergan yang telah hilang ingatan mempunyai alat yang canggih untuk memusnah kan alien yang menyerang kawasan arizona territory in 1973.Jake bersama koboi2 lain di penempatan itu akhirnya bersatu untuk mematahkan Aliens yang menapak di bumi itu untuk mengkaji hidupan manusia. Akhirnya sedikit demi sedikit Jake kembali mendapat ingatan nya setelah berjumpa beberapa org rakan lamanya sebelum dia ditangkap Alien.
Trailer::::::::
p/s: walaupun sinopsis tah apa2..tapi .seronok gak la layan fiksyen saisn mcm ni sekali sekala :) (ala transformer leh lak layan kannn)
Hari ni ruang pagi saya diisi dengan menonton wayang
dan berlibur bersama adik
Kami pakat menonton NUR KASIH the movie
Alhamdulillah pengisian yang menarik dan menghiburkan
Banyak adaptasi kisah2 sedih ketabahan yang perlu kita contohi
apabila melihat tayangan ini..sungguh sedih
Dan sesekali berfikir jika aku di tempat mereka tabahkah aku
dengan Ujian Allah yg bertimpa2 tu..
Benarlah ALlah itu Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya
Selepas mewarwarkan perasaan n pandangan tentang wayang yg kami tonton ni
di Facebook..ada pulak komen negative yang muncul dari pihak2 yg
mungkin berniat nak bg nasihat(bukan FB sy)
tp bg saya....
pendekatan Saudara n saudari ni tak berapa nak betul langsung~(hangin jap)
atau secara kasarnya pemikiran cetek xkena tempat la..huhu aduiyai
Ya Allah kau ampunkan dosa mereka ini (dan dosa2 ku)
Kalau nak tegur pun biar berhemah n kena pada tempatnya..dan bg berkait la skit..
BAhasa pun biar cantik sikittt...deyy
Teguran mereka berbunyi :
Saad Bakar Tengok wayang nangis...BODOH!! Baca Quran tak nangis...!!!?
about an hour ago ·
hmm.....tengok avatar, supernatural, spiderman dll cerita yahudi ada menangis tak??? propaganda yahudi yang nak merosakkan hati orang melayu(rata-rata excited nak tengok tanpa ilmu)tak menangis pun..malah bersorak nak meniru hero dan heroin...apa-apan nak menonton perlu ada ilmu...ada unsur dajjal yan akan datang akhir zaman.
Astagfirullah..mengucap panjang..rasa pelik pula,siapa yang nak tengok wayang kena ada ILMU?
ILMU hitam ke?ilmu hisab??
Salah ke kita meng" ekspressi "kan perasaan kita terhadap sesuatu yg kita tonton
Adakah kita ckp..oo aku kalau boleh nak jadi mcm Nur AMina laaa..
Dah jiwa kita mmg sensitif as a HUman Being kan..
Sape la dia nak judge yg kita ni x menangis membaca ayat2 Allah dalam AlQuran tu
manusia manusia..
tak BODOH org yg tgk wayang tu menangis..itu beerti mereka punya hati dan naluri yg halus dan menjiwai..apatah lagi bila mengalunkan ayat2 suci..da pasti mereka ni memahami dan menuruti isi ajarannya.yg BODOH adalah mereka yg tak kenal isi hati dan sering menuding jari mencari khilafnya org lain..
Maiza Nordin :betul *****..salah ke menangis menonton cerita?siapa pula yg x menangis bila melihat kebesaran ayat2 Allah dlm AlQuran..ckp siang pandang2 ye
10 minutes ago ·
n 1 more thing, org yg ikhlas hati membaca kalamullah ni akn menangis sdrian tanpa disedari org laen (tk menunjuk2)..tapi kalo nak dicanang seluruh dunia mcm ni: "weh, haku mengaji tadi menangis soksek2, mintak2 pahala aku digandakan la.." hmmm...apa maknenye ye?? sendiri mau ingat la....
3 minutes ago ·
by the way..teruja gak nk tgk Nur Kasih ni..tak selesa nk tgk kt wayang sbb kene bwk anak, boring lak depa nanti..sebulan lg clear la VCD kot ekk???seyes ke adam meninggal ending citernyer?? aidil kawen tak dgn Nur???? hadoiiiii......
So xnak panjang kan la cerita2 x best yang merusak kan mood ni
lantak la..
p/s: masing2 ade hak suarakan pendapat...tp please la be more relevan n sensodyne eh silap senstivity kena ada Okeyh..kita kan bangsa melayu yg sopan n umat Islam yg berbudi pekerti tinggi,,alahai
Hye friends
Lama x update..Sorry
Salam malam Ahad buat semua
Semalam layan movie di Cineplex
Kami menonton "The Rommate"
starring by:
Leighton Meester a.k.a Blair in Gossip Girl x.o.x.o
Sinopsis:
Blair a.k.a Rebecca(dalam the roommate)..She's beautiful though..and macam excited nak tengok pun sebab dia..sangat physco ok minah ni dalam citer ni..Memang its all about roommate..thriller story and 18SG okay ( sape bawah umur not allowed to watch haha)..Ok the story start when Sara(Minka Kelly) a college student duk satu bilik dengan Rebecca ni..Rebecca ni macam seorang yang suka menyendiri tak suka sosial berbeza dengan Sara.So dari hari ke hari Rebecca ni phsyco kawan2,pensyarah dan bf Sara..Mula2 taktahu la ape motif Rebecca ni..lama2 tau la sebab apa Rebecca ni behave mcm tu..makin lama of coz lagi teruk la perangai Rebecca yang over protected terhadap Sara mengalahkan bf Sara sendiri..So Sara at first macam blur lagi dengan perangai Sara ni akhirnya sedar dan mula menjauhkan diri.Tapi tindakan Sara tu sebenarnya memburukkan lagi keadaan OMG..part ni la nak jerit2 bagai dalam panggung kan...wahahahha..jeng3..nak tau akhir nya kena la tonton..tak pun tengok trailer okay..Yang pasti ending dia okay..cuma tertanya2 kat part what actually happen to old friend's of Rebecca..tu je la :P Sekiann........
Selamat menonton...
be careful ye dear..makan kan ramen utk myza skali :P
hehehehhe..Ok hari ni saya rasa happy
Nak tau kenapa..sebab berjimba dengan fatyn n hanis
Sekali sekalai join budak muda...rasa mcm muda lg..wakaka
Perasann...hihihii..boleh jugak hilangkan stress
Kami pergi tengok wayang~
So utk tontonan ringan2 kami
Kami layan animasi RIO..
Syook jugak sebab kami 7 orang je
dalam satu panggung..hihihiii...
Gelak x hengat u...
Sinopsis:
Cerita mengisahkan seekor burung kakak tua (macaw), named BLU yang asalnya dari belantara
ditangkap dan dibawa ke bandar untuk tujuan komersil which is the last male of blue macaw bird..Tapi akhirnya dijumpai oleh seorang gadis Linda(anne hathway) dan membelanya dari saat itu..So BLU ni sangat comel dan bijak.Cara hidup dia dengan linda ni sgt la sostifikated and urban laa,masuk ptandingan and pandai tiru bunyi..hahaha..comel & manja..as a pet..
One day untuk elak kepupusan burung jenis macaw BLU ni,seorang pakar haiwan datang untuk
mempelawa BLU bersama seekor burung betina sejenis bernama Jewel yang garang dan berdikari berasal dari hutan di rio d janeiro Brazil bagi mengelakkan kepupusan.Tapi usaha mereka gagal disebabkan beberapa penyangak yang mencuri dan ingin menjual burung- burung ini demi wang..
So the story lines was ordinary for me,,but the interesting part is..is all about a genius bird yang mula biasa kan diri dengan belajar terbang,belajar asal usul dia,dan berjumpa kawan2 yang sporting and adventures when they're try to escape from big white arrogant bird named Nigel..sgt menghiburkan~!
Sesuai di tonton setiap lapisan masyarakat and how the ending BLU still setia dgn tuannya linda..and at the same time Jewel dah jatuh cintan kt dia...So sweet but yet entertain as well dgn lagu2 yg best! tak rugi tengok der :)