Hari ni hujan rahmat Allah bg di hari Jumaat
Hujan teramat lebat dengan kilat sabung menyabung
guruh berdentum dentam
Astro pun xdapat nak menerima signal dari jauh
So pakat dengar radio je sorang2 kat rumah
Hubby awal2 pagi dah turun ke laut
Maklum la nelayan hehehhe..
Bila hujan lebat hati ni terdetik citer2 seram
Mengada betul laa kan
Pastu degil x tutup tv dan internet
Masa guruh dan kilat..kalau mak ada mesti mak bising
Tetibe satu rumah blackout...terdengar bunyi PAP!
Satu rumah gelitaaaaa..huwaaaa camana nii??
Call hubby duk tengah laut lagi
Tengok umah jiran semua bercahaya elok aja
Maknanya rumah kami la..hubby sms suruh tunggu dia balik lagi 2 jam
Pergh lama kot nk duk dalam kegelapann...
Apa lagi dengan berani nya pergi jenguk MAIN SWITCH
Ok kawan2 yg duk sorg2 kat umah
Ini tips2 yang ada boleh cuba :)
1. tutup dulu semua suis rumah yang terbuka
2. Pergi ke main switch umah anda... Ada 1 suis besar (main switch)
dan ada satu suis kecil (RCD -residual current device) sebelah main switch tu...
3.Anda kena tolak ke bawah suis utama dan suis kecil RCD tu..ok dah tolak dua2 tu
4.Anda kena berdiri atas penebat,or pakai selipar then guna jari or bahan penebat untuk tolak naik RCD suis dahulu..baru tolak main switch kat sebelah.
5. Kalau suis RCD x naik .maknannya dah rosak la..kalau boleh ..anda try bukak lampu or kipas.
InsyaAllah menyala :)
Info dari sini: kalau x faham leh lompat ke LINK --> SUIS UTAMA
(http://zon152.blogspot.com/)sumber gambar
![]() |
| contoh suis utama dan RCD di rumah anda |
