WHat's Nuffy Say?

17 May 2011

Wasiat Rasulullah SAW Kepada Siti Aisyah

Salam Selasa
Selamat Menyambut Wesak day pada yang merai..
Entry kali ni kopipe
mmg agak panjang tp sila la baca
Banyak Manfaat dr wasiat..
Selamat Beramal

sumber:hunny2hubby.blogspot.com


Daripada Sayidatina Aisyah r.a., telah berwasiat Rasulullah s.a.w. Sabdanya: “Hai Aisyah, aku berwasiatkan wasiat ini, maka hafalkanlah olehmu akannya. Engkau akan sentiasa dalam kebajikan selagi engkau menghafali wasiatku ini.

“Hai, Aisyah peliharalah dirimu kerana bahawasanya kebanyakan kaum wanita menjadi isi neraka dan kayu apinya.

Lalu aku bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapakah terjadi yang demikian itu?”

Jawab baginda, “Kerana mereka tidak sabar di atas kesusahan, tidak memuji Allah atas kemurahan-Nya, mengkufuri nikmat-Nya, banyak berkata kepada perkara yang sia-sia. Kaum perempuan juga kurang pada akal dan agamanya. Adapun kurangnya pada agama, bahawasanya perempuan itu pada setiap bulan meninggalkan solat sekian-sekian harinya dan keadaan kurang akal ialah Allah s.w.t menjadikan dua orang saksi wanita bagi ganti seorang saksi lelaki.

"Hai Aisyah, adalah kebanyakan wanita apabila diberi; tiada bersyukur dan apabila ditimpa bencana tidak sabar. Apabila dipalingkan muka daripada mereka, mereka akan mengadu-ngadu dan mengkufuri nikmat.”

Memperkecil Jasa Suami

Aku bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimanakah yang dikatakan mengkufuri nikmat itu?”

Sabdanya, “Kerana bahawasanya wanita itu di bawah jagaan kaum lelaki, kemudian beroleh anak dua atau tiga orang, lalu berkata, Demi Allah tiada aku lihat padamu (suaminya) walau satu kebajikan.

"Hai Aisyah, apabila berkata seorang wanita kepada suaminya; tiadalah kulihat satu kebajikan pun daripadamu; maka ditolak oleh Allah segala amalannya.

"Apabila seorang wanita menyakiti suaminya dengan lidah, maka Allah akan menjadikan lidahnya pada hari kiamat sepanjang tujuh 70 hasta lalu diikat ke belakang tengkuknya.

"Seorang wanita memandang suaminya dengan pandangan jahat dan memalingkan mukanya daripada suaminya, maka pada hari akhirat Allah menghempas muka dan tubuhnya.

"Apabila seorang wanita itu tidak bertukar tempat tidur atau berpindah tempat tidur dan menyukarkan kerja suami, mengingkari nikmat yang diberi suami atau khianat pada dirinya, ia akan dihitamkan mukanya di akhirat dan kelabu warna matanya. Akan diikat ubun-ubunnya kepada kakinya lalu diletakkan syaitan di atas mukanya di dalam neraka.

Tidak Berdoa Untuk Suami 

"Apabila seorang wanita bersolat untuk Tuhannya, kemudian berdoa untuk dirinya tetapi tidak berdoa untuk suaminya; solatnya itu akan dipukulkan ke mukanya sehinggalah dia mendoakan untuk suaminya, kemudian barulah dia berdoa untuk dirinya.”

Balasan untuk perempuan yang tidak sabar 

“Hai Aisyah, apabila wanita ditimpakan bala, lalu dia menampar-nampar muka dan mencarik-carikkan kainnya, maka adalah ia bersama isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut di dalam neraka. Dan ia akan berputus asa daripada segala kebajikan akhirat dan daripada syafaat di akhirat.
“Apabila wanita berkabung di atas kematian lebih daripada tiga hari digugurkan amalannya oleh Allah s.w.t.

“Hai Aisyah, apabila meratap wanita di atas kematian maka Allah menjadikan lidahnya sepanjang 70 hasta lalu diseret ke dalam neraka bersama orang-orang yang mengikutinya.”

Kewajipan suami 

“Hai Aisyah, tiadalah seseorang lelaki itu masuk ke rumahnya dengan memberi salam kepada ahli keluarganya melainkan diberi banyak kebajikan kepada rumah itu dan dihindarkan daripada mereka papa. Dia dan ahlinya adalah sentiasa di dalam nikmat dunia dan nikmat akhirat.

“Hai Aisyah, terlalu kerap sahabat yang aku kasihi; Jibril, mengingatkanku mengenai kebajikan wanita sehingga aku merasakan bahawa mentalakkan wanita itu akan diharamkan. Hai Aisyah, akulah pembela wanita yang ditalakkan suaminya tetapi dia tidak memberi mahar kepada wanita itu. Allah s.w.t akan menjadi kadinya.

“Apabila lelaki menegah haknya (pakaian, makanan dan sebagainya) maka Allah s.w.t akan menegahnya daripada nikmat syurga pada hari kiamat nanti.

“Apabila lelaki yang beristeri ramai tidak berlaku adil antara mereka; tidak sama pada giliran tidur, nafkah, pakaian, makanan dan pandangan; maka ia akan dilaknat oleh Allah juga malaikat dan manusia kesemuanya.

Pahala Besar Kerana Hamil 
“Hai Aisyah, tidak mengandung seorang wanita daripada benih suaminya melainkan pada waktu ia mengandung itu diberi pahala seperti pahala puasa pada siang hari dan seperti pahala orang yang solat sepanjang malam serta pahala orang yang berperang di jalan Allah.

“Tidaklah seorang wanita itu yang melahirkan anaknya itu melainkan setiap kesakitan itu seperti memerdekakan seorang hamba dan setiap kali memberi susu itu juga seperti memerdekakan seorang hamba. Hai Aisyah, apabila seorang wanita mengeluarkan susu untuk anaknya maka berseru suara dari langit yang menyerukan; ‘Hai wanita, cukuplah pada amalan yang lalu, maka cukuplah baginya amalan-amalan yang akan datang.’

Pahala Kerana Meringankan Mahar 

“Hai Aisyah, apabila seorang wanita meringankan mahar kahwinnya dan isi hantarannya maka setiap dirham yang dikurangkan itu adalah haji yang mabrur dan umrah yang makbul. Dan diampunkan dosanya dan dosa yang lampau, sama ada disengaja atau tidak sengaja.

“Apabila seorang wanita itu bersabar atas kejahatan suaminya maka ia seperti pahala orang yang menumpahkan darah dalam perang sabilillah. Selain itu ia tergolong dalam golongan qanitaat (banyak ibadah), zakiraat (kuat mengingati Allah), muslimin dan mukminat yang banyak beribadah.

“Maka bersungguh-sungguhlah kamu dan bersungguh-sungguhlah. Nescaya kamu akan bersahabat dengan pengikut wanita Nabi Yusuf, Nabi Daud, Nabi Adam, Nabi Nuh dan Nabi Lut.”

InsyaAllah
Berubah ke arah kebaikan..
moga ada ruang lagi untuk kita bertaubat
:)

15 May 2011

Pening..

Salam semua
Petang2 gini ngantuk pulak
Tak biasa tido petang
Ustaz pun ade pesan jangan tidur lepas asar..
HUhuhu tahan tahan mata

Tadi pergi klinik
Saje2 buat medical check up
Blood pressure tinggi
148/97 tinggi kan
Doc dah marah ok..
So tolong laa puan maiza
Pantau pemakanan ande
...
Pening lagi ni
Belum makan panadol
Nak elak kan kalau la boleh..
hate medicine much2! hehhehe..

Okla lain hati cerita ceriti lagi :p

p/s: x sabar tunggu bulan depan, nak balik kampung :))

11 May 2011

Menelan Air Liur

Selamat Malam semua
Alhamdulillah tadi dah keluar ke kedai
cari makanan untuk ikan2...
mujur ada lagi makanan mereka (wpun agak mahal)
ermm..hari ni nak berceloteh tentang masakan

Sejak akhir2 ni mood memasak menderu2
tapi taknak la diikutkan sangat kan
nanti membazir je (huhuhu)
Lagipun hubby takde skrg, so bila duduk dengan adik pun
Kalau masak lelebih nanti banyak yang bertukar menjadi
menjadi lemakk...(ouch)
hheheheeh

Ok sempena hari ibu ni nampak banyak blogger yang gigih
mensaji pelbagai hidangan untuk di jamu seisi keluarga
Tetapi dulu kan saya dan kakak saya suka ssangat terjah blog2 dapur
yang kebanyakkan nya rajin berkongsi resepi yang enak2 bangat..

Jom kita preview satu persatu blog2 pilihan kami, presentation food mereka sgt menarik
air liur dan seleraa..serta resepi yg simple n ringkas.. !
Jom cuci mata @_@ -klik pada gmbr-

1. Che mat gebu~
    Suka tengok presentation food che mat gebu dengan pinggan/mangkuk dia yg oldskool ala2 baba nyonya gitew ..sgt menarik tertarik dan meleleh hokayss..resepi dia pon hebat2..Jom pop in ke laman web CMG..
     P1230275

2. Dari Dapur CT
    Blog kak CT ni memang mengancam habis..kemas je..masakan dia pon kemas je.. i like her food presentation..haip cakap macam lagak seorg juri jew..kekekke..seriously gambar2 dia membuatkan  kita nak ke dapur masak SEKARANG ok..menarik uols!
   
   




3.DayangJAck
Ok blog dayang jack dahlama saya n sis terjah..kalau macam xde idea nak masak makanan pelik2 kegilaan
abg ipar(bukan gila cuma kami xpnah masak :p) kami selalu buka blog dayang ni..kekeke x la gila mana cuma macam resepi LALA,KEPAH dll.....Memang tak jemu layan blog dayang ni..so sesiapa ketandusan idea & masakan lain dari yang lain jenguk la dapur dayang ~




4.HOmeSweetHome
Ummi zaihadi ni resepi dia banyak sangatt..dan resepi2 dia ada yang masuk majalah.Glam gitew..heheh jangan tak tau ye ..lagi satu saya suka view suka label masakan nasi beliau yang pelbagai..food presentations pon gile menarik! x caya terjah la dapur ummi ni ye..boleh meleleh air liur anda tanpa disedari..kekekee..



5. Hana's Family
Blog Hana banyak tentang life & masakan dan tak lupa juga resepi2 yang dikongsi bersama pengunjung banyak..saya sukakan cara kak hana amik gambar makanan nya..dari sudut2 yang menggiurkan membuat saya cairrrr..huhu..x silap resepi hana pun ada masuk Jelita ..Tahniah Hana..




6. Amida Dubai 
Last but not least..Kak Amida..dah lama jumpa blog akak ni..BAnyak tips2 menarik yg she's willing 2 share..contoh yang saya guna pakai cara menyimpan cili kering blend supaya lebih tahan lama..memang menjadi..Thanks Kak amida :) Apa yg saya impress dengan blog ini ialah..walaupun kak amida duduk d negara org akak ni rajin juga hasilkan masakan Melayu..Shuke!




Itu antara top 6 blog yang saya jengah di saat memerlukan idea masakan..Ada je lagi banyak blog2 masakan/personal lain yang saya terjah..tapi buat masa ini yang paling banyak pengalaman/resepinya dah tentu top 6 kat atas (mungkin saya belum jmpa yg selebihnya)..well lama dah x berblog walking atau mungkin sudah wujud blog yang mengumpulkan kesemua resepi2 sedap ni..hehehhee ..Apa pun blog2 masakan ni bukan saje membantu kita di saat idea tandus nak memasak tetapi cukup memberi inspirasi untuk kita terus melakukan tanggungjawab as a housewife (me full time H/wife) heheheh..terutama dlm bidang masak memasak.Di samping itu dapat la kita cuba resepi baru yang  x penah di toraiii..jadik x jadi belakang kiraa ye.. :) Enjoice~

10 May 2011

Marriage Life Before and After !

Marriage Life Before and After
So true :D hehehe..(maybe not to me :P)

Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you. "

Lagi lama married.
You want to die? I help you!
.
.
.
.Hahahahahaa....

we start again..

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . up to you .

Lagi lama married.
I go anywhere, better go without you!!

Before wedding
you are my heart, you are my love"
After wedding
"you get on my nerves. "

Before wedding
"you are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding
"you are worse than godzila"

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or biawak


p/s: nothing to do with others ok..just a jokes for relaxing on mind..hehehe

08 May 2011

simple pizza

Salam Sabtu
buat semua
Buat mak,Selamat hari ibu..
I lap u..
Buat MiL'
Selamat Hari ibu juga...

Okays jom ke entry kali ni
PIZZA bujang...opss bujang lg ke??
hahaaha resepi ni dah lama dapat
dpt dari member Aishah-Sukun
Well dia kata pizza ni amat mudah
Xsampai 30 minit boleh makan..
Homemade okayss..mean kita boleh control calories dalam pizza

Before

After





RESEPI
(untuk 2-3 org)


Bahan-bahan

* 2 cawan tepung gandum/tepung roti
* 2 sudu yis kering
* 1/2 kecil sudu garam
* 1 sudu gula
* 2 sudu minyak zaitun
* 1/2 cawan air suam

Cara-cara

* gaul tepung ngan gula,garam n minyak zaitun.
* campurkan yis ke dalam air suam n masukkan sedikit2 ke dalam adunan tepung.
* Uli sampai doh licin. Biarkan adunan sehingga naik 2kali ganda.
* Tumbuk2kan adunan n canaikan. sapukan sos pizza,isi pilihan n keju mozarella.
* Bakar 15-20 minit.
* siap!!




Topping dia sesuka hati tuan puan ye
macam saya sapu sos tomato+sos cili
Tabur mozarela cheese, bawang, carrot,sosej
boleh buh lada banggala sama :) terpulang...
Selamat mencuba :)

.