WHat's Nuffy Say?

21 May 2011

NarroW DOwn Minded ..hmmmm

Salam Sabtu

Hari ni ruang pagi saya diisi dengan menonton wayang
dan berlibur bersama adik
Kami pakat menonton NUR KASIH the movie
Alhamdulillah pengisian yang menarik dan menghiburkan
Banyak adaptasi kisah2 sedih ketabahan yang perlu kita contohi
apabila melihat tayangan ini..sungguh sedih
Dan sesekali berfikir jika aku di tempat mereka tabahkah aku
dengan Ujian Allah yg bertimpa2 tu..
Benarlah ALlah itu Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya

Selepas mewarwarkan perasaan n pandangan tentang wayang yg kami tonton ni
di Facebook..ada pulak komen negative yang muncul dari pihak2 yg
mungkin berniat nak bg nasihat(bukan FB sy) 
tp bg saya....
pendekatan Saudara n saudari ni tak berapa nak betul langsung~(hangin jap)
atau secara kasarnya pemikiran cetek xkena tempat la..huhu aduiyai
Ya Allah kau ampunkan dosa mereka ini (dan dosa2 ku)
Kalau nak tegur pun biar berhemah n kena pada tempatnya..dan bg berkait la skit..
BAhasa pun biar cantik sikittt...deyy

Teguran mereka berbunyi :


  • Saad Bakar Tengok wayang nangis...BODOH!! Baca Quran tak nangis...!!!?
    about an hour ago · 

  •  hmm.....tengok avatar, supernatural, spiderman dll cerita yahudi ada menangis tak??? propaganda yahudi yang nak merosakkan hati orang melayu(rata-rata excited nak tengok tanpa ilmu)tak menangis pun..malah bersorak nak meniru hero dan heroin...apa-apan nak menonton perlu ada ilmu...ada unsur dajjal yan akan datang akhir zaman.


Astagfirullah..mengucap panjang..rasa pelik pula,siapa yang nak tengok wayang kena ada ILMU?
ILMU hitam ke?ilmu hisab??
Salah ke kita meng" ekspressi "kan perasaan kita terhadap sesuatu yg kita tonton
Adakah kita ckp..oo aku kalau boleh nak jadi mcm Nur AMina laaa..
Dah jiwa kita mmg sensitif as a HUman Being kan..
Sape la dia nak judge yg kita ni x menangis membaca ayat2 Allah dalam AlQuran tu
manusia manusia..


  • tak BODOH org yg tgk wayang tu menangis..itu beerti mereka punya hati dan naluri yg halus dan menjiwai..apatah lagi bila mengalunkan ayat2 suci..da pasti mereka ni memahami dan menuruti isi ajarannya.yg BODOH adalah mereka yg tak kenal isi hati dan sering menuding jari mencari khilafnya org lain..



  • Maiza Nordin :betul *****..salah ke menangis menonton cerita?siapa pula yg x menangis bila melihat kebesaran ayat2 Allah dlm AlQuran..ckp siang pandang2 ye
    10 minutes ago · 

  • n 1 more thing, org yg ikhlas hati membaca kalamullah ni akn menangis sdrian tanpa disedari org laen (tk menunjuk2)..tapi kalo nak dicanang seluruh dunia mcm ni: "weh, haku mengaji tadi menangis soksek2, mintak2 pahala aku digandakan la.." hmmm...apa maknenye ye?? sendiri mau ingat la....
    3 minutes ago ·


  • by the way..teruja gak nk tgk Nur Kasih ni..tak selesa nk tgk kt wayang sbb kene bwk anak, boring lak depa nanti..sebulan lg clear la VCD kot ekk???seyes ke adam meninggal ending citernyer?? aidil kawen tak dgn Nur???? hadoiiiii......


So xnak panjang kan la cerita2 x best yang merusak kan mood ni
lantak la..
p/s: masing2 ade hak suarakan pendapat...tp please la be more relevan n sensodyne eh silap senstivity kena ada Okeyh..kita kan bangsa melayu yg sopan n umat Islam yg berbudi pekerti tinggi,,alahai

gambar dr google :)

20 May 2011

JJCM- edisi zon utara (SWNZ)

Salam..
Khamis semalam sempat berjalan2
Cuaca pon okay je semalam
mencari makan(JJCM) dikelola oleh kak Elya Halim
otai dari penang ahakss..
 And terima kasih pada kak Madiha susah2 je fetch me from home
Menyusahkan aje myza ni..thanx ye kak
So bertempat di Perda -kami pekena
NASI IKAN BAWAL
(lama x makan nasi) so...
Nikmat nya masyaAllah...hehehhe off diet ye
Lepas makan2 kami berjimba ke Jusco Perda pula :)
Minum2 di secret recipe
Maveles..then masuk Jusco cuci mata sambil gossip..huhu

Jom tengok gelagat bini2,gf sang pelaut :)
Sekali sekala jumpa
Thanks to kak Elya,kak Diha & sis ecah,Kak Azizah(AJK),kak Muna, syuhada, shila halim & friends, k.Linda Arshad, Scha & Adil...


*abaikan date pd picture!!!!*

gedix sementara tggu k.diha :p
 berpicca dgn saidatul dlm alza :)

yummy yummy

jemput makan



hero k.shila


mommy-to-be arda

hot mummys

kak Azi (ajk) busy memantau



D Jusco Perda

meriah dgn kereta tolak :)

Secret RECIPE


newyork cheese cake

brownies

Choc blended with whipping cream!

cappucino

Mocha




So petang tu dah balik..Kali ni tak sempat pulak makan mee udang
takpe next time kita JJCM lagi untuk mee udang & mee ketam
Nyum3..best..seronok jumpa geng SWNZ
See u soon

p/s: Kak Lia lain kali join ye :)

17 May 2011

Sungguh Aku Tidak Berseorangan :)

Salam semua :)
How's Your Day???

Hope baik baik saja
Nak hapdet blog sebab tiba2 rasa terharu
Terharu dengan perhatian yang diberi orang lain
Untuk diri ini....
(macam konsert masih ada yang sayang pulak)
thehehehe...

Kenapa terharu???
Baru2 ni entry saya tentang diri ni yg tak berapa sihat sangat
Sehingga blood pressure boleh naik
Bahaya sungguh,,ingatkan pening biasa2 je
Ujian Tuhan...xpe,redhaa :)
Sampai ada kawan kata..kalah dia yang duk busy 24/7 tu
Kekekekke..maybe sebab dia kerja,environment Ok
So kurang stress..
Cuba u duk tempat i ni
Mungkin BP u naik jugak kot...
hhehhe kidding jew ok..
No offences..

Sebenarnya kurang pasti la BP saya naik sebab ape..
Rasanya antara pemakanan (bantai kerang mlm tu) or
stressed terlampau (sbb terperap dlm umah???) or
Rindu pd hubby n familia??ermmm..
Or semua di atas..huhu ..apa pun saya dah O.k sekarang :)
Buat family members..and my Hubby..dont worry
Im OK! Yeayeee!

Thanks to those, friend,family & My geng Kapal yg soooooo caring
dengan keadaan saya, Sungguh terharu dan rasa nak naness..huhu
Pada yang concern saya sangat sangat sangat menghargai anda semua
muaachhss of  Love from mee~!
Tak caya tak caya??? Betul diorg sangat2 la concern pd diri saya
sampai saya sihat! membuatkan saya pk,hey mai bukan berseorangan..You are not Alone bak kata MJ
Kepada mereka2 ini:

*
**
****
********
**************


**********
*****
***
*
dan mereka2 yg lain..
Thanks sangat2..tak lupa pada my dearest Hubby nun Jauh di China,jgn risau2 maiza Ok
.Anyra.kak LIA dan fatyn yg PM
dan rakan lain yg bertanya khabar...serius..terharu...
Sayang uols~

p/s:Nama kawan dlm fb terpaksa dikaburkan..untuk privasi anda juge..kang xpasal ade ngadu kat i FB dia tetibe byk fren requestt..aaa sudahhhhh..larikkkkss~~

Wasiat Rasulullah SAW Kepada Siti Aisyah

Salam Selasa
Selamat Menyambut Wesak day pada yang merai..
Entry kali ni kopipe
mmg agak panjang tp sila la baca
Banyak Manfaat dr wasiat..
Selamat Beramal

sumber:hunny2hubby.blogspot.com


Daripada Sayidatina Aisyah r.a., telah berwasiat Rasulullah s.a.w. Sabdanya: “Hai Aisyah, aku berwasiatkan wasiat ini, maka hafalkanlah olehmu akannya. Engkau akan sentiasa dalam kebajikan selagi engkau menghafali wasiatku ini.

“Hai, Aisyah peliharalah dirimu kerana bahawasanya kebanyakan kaum wanita menjadi isi neraka dan kayu apinya.

Lalu aku bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapakah terjadi yang demikian itu?”

Jawab baginda, “Kerana mereka tidak sabar di atas kesusahan, tidak memuji Allah atas kemurahan-Nya, mengkufuri nikmat-Nya, banyak berkata kepada perkara yang sia-sia. Kaum perempuan juga kurang pada akal dan agamanya. Adapun kurangnya pada agama, bahawasanya perempuan itu pada setiap bulan meninggalkan solat sekian-sekian harinya dan keadaan kurang akal ialah Allah s.w.t menjadikan dua orang saksi wanita bagi ganti seorang saksi lelaki.

"Hai Aisyah, adalah kebanyakan wanita apabila diberi; tiada bersyukur dan apabila ditimpa bencana tidak sabar. Apabila dipalingkan muka daripada mereka, mereka akan mengadu-ngadu dan mengkufuri nikmat.”

Memperkecil Jasa Suami

Aku bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimanakah yang dikatakan mengkufuri nikmat itu?”

Sabdanya, “Kerana bahawasanya wanita itu di bawah jagaan kaum lelaki, kemudian beroleh anak dua atau tiga orang, lalu berkata, Demi Allah tiada aku lihat padamu (suaminya) walau satu kebajikan.

"Hai Aisyah, apabila berkata seorang wanita kepada suaminya; tiadalah kulihat satu kebajikan pun daripadamu; maka ditolak oleh Allah segala amalannya.

"Apabila seorang wanita menyakiti suaminya dengan lidah, maka Allah akan menjadikan lidahnya pada hari kiamat sepanjang tujuh 70 hasta lalu diikat ke belakang tengkuknya.

"Seorang wanita memandang suaminya dengan pandangan jahat dan memalingkan mukanya daripada suaminya, maka pada hari akhirat Allah menghempas muka dan tubuhnya.

"Apabila seorang wanita itu tidak bertukar tempat tidur atau berpindah tempat tidur dan menyukarkan kerja suami, mengingkari nikmat yang diberi suami atau khianat pada dirinya, ia akan dihitamkan mukanya di akhirat dan kelabu warna matanya. Akan diikat ubun-ubunnya kepada kakinya lalu diletakkan syaitan di atas mukanya di dalam neraka.

Tidak Berdoa Untuk Suami 

"Apabila seorang wanita bersolat untuk Tuhannya, kemudian berdoa untuk dirinya tetapi tidak berdoa untuk suaminya; solatnya itu akan dipukulkan ke mukanya sehinggalah dia mendoakan untuk suaminya, kemudian barulah dia berdoa untuk dirinya.”

Balasan untuk perempuan yang tidak sabar 

“Hai Aisyah, apabila wanita ditimpakan bala, lalu dia menampar-nampar muka dan mencarik-carikkan kainnya, maka adalah ia bersama isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut di dalam neraka. Dan ia akan berputus asa daripada segala kebajikan akhirat dan daripada syafaat di akhirat.
“Apabila wanita berkabung di atas kematian lebih daripada tiga hari digugurkan amalannya oleh Allah s.w.t.

“Hai Aisyah, apabila meratap wanita di atas kematian maka Allah menjadikan lidahnya sepanjang 70 hasta lalu diseret ke dalam neraka bersama orang-orang yang mengikutinya.”

Kewajipan suami 

“Hai Aisyah, tiadalah seseorang lelaki itu masuk ke rumahnya dengan memberi salam kepada ahli keluarganya melainkan diberi banyak kebajikan kepada rumah itu dan dihindarkan daripada mereka papa. Dia dan ahlinya adalah sentiasa di dalam nikmat dunia dan nikmat akhirat.

“Hai Aisyah, terlalu kerap sahabat yang aku kasihi; Jibril, mengingatkanku mengenai kebajikan wanita sehingga aku merasakan bahawa mentalakkan wanita itu akan diharamkan. Hai Aisyah, akulah pembela wanita yang ditalakkan suaminya tetapi dia tidak memberi mahar kepada wanita itu. Allah s.w.t akan menjadi kadinya.

“Apabila lelaki menegah haknya (pakaian, makanan dan sebagainya) maka Allah s.w.t akan menegahnya daripada nikmat syurga pada hari kiamat nanti.

“Apabila lelaki yang beristeri ramai tidak berlaku adil antara mereka; tidak sama pada giliran tidur, nafkah, pakaian, makanan dan pandangan; maka ia akan dilaknat oleh Allah juga malaikat dan manusia kesemuanya.

Pahala Besar Kerana Hamil 
“Hai Aisyah, tidak mengandung seorang wanita daripada benih suaminya melainkan pada waktu ia mengandung itu diberi pahala seperti pahala puasa pada siang hari dan seperti pahala orang yang solat sepanjang malam serta pahala orang yang berperang di jalan Allah.

“Tidaklah seorang wanita itu yang melahirkan anaknya itu melainkan setiap kesakitan itu seperti memerdekakan seorang hamba dan setiap kali memberi susu itu juga seperti memerdekakan seorang hamba. Hai Aisyah, apabila seorang wanita mengeluarkan susu untuk anaknya maka berseru suara dari langit yang menyerukan; ‘Hai wanita, cukuplah pada amalan yang lalu, maka cukuplah baginya amalan-amalan yang akan datang.’

Pahala Kerana Meringankan Mahar 

“Hai Aisyah, apabila seorang wanita meringankan mahar kahwinnya dan isi hantarannya maka setiap dirham yang dikurangkan itu adalah haji yang mabrur dan umrah yang makbul. Dan diampunkan dosanya dan dosa yang lampau, sama ada disengaja atau tidak sengaja.

“Apabila seorang wanita itu bersabar atas kejahatan suaminya maka ia seperti pahala orang yang menumpahkan darah dalam perang sabilillah. Selain itu ia tergolong dalam golongan qanitaat (banyak ibadah), zakiraat (kuat mengingati Allah), muslimin dan mukminat yang banyak beribadah.

“Maka bersungguh-sungguhlah kamu dan bersungguh-sungguhlah. Nescaya kamu akan bersahabat dengan pengikut wanita Nabi Yusuf, Nabi Daud, Nabi Adam, Nabi Nuh dan Nabi Lut.”

InsyaAllah
Berubah ke arah kebaikan..
moga ada ruang lagi untuk kita bertaubat
:)

15 May 2011

Pening..

Salam semua
Petang2 gini ngantuk pulak
Tak biasa tido petang
Ustaz pun ade pesan jangan tidur lepas asar..
HUhuhu tahan tahan mata

Tadi pergi klinik
Saje2 buat medical check up
Blood pressure tinggi
148/97 tinggi kan
Doc dah marah ok..
So tolong laa puan maiza
Pantau pemakanan ande
...
Pening lagi ni
Belum makan panadol
Nak elak kan kalau la boleh..
hate medicine much2! hehhehe..

Okla lain hati cerita ceriti lagi :p

p/s: x sabar tunggu bulan depan, nak balik kampung :))

.