WHat's Nuffy Say?

09 September 2013

Menu Simple dari Pahang

Assalamualaikum..
Selamat hari Isnin
Jemput jamu mata & selera 

Asam pedas ikan kerisi

Asam pedas ikan kerisi
Bahan2:
2 ekor    ikan kerisi(dibersih,buang sisik n potong)
2 ulas     bawang merah
2 ulas bwg putih
2 biji  lada kecik merah
1/2 inch    kunyit hidup
garam
asam keping
serai diketuk
bunga kantan
daun kesum
lada besar
kacang bendi'
air

Cara2:
-tumis bawang merah n putih dengan minyak sedikit
-masuk kunyit yg ditumbuk serta air 3 gelas
-biar mendidih masuk asam keping,daun kesum,serai dan bunga kantan
-masuk kacang bendi,lada besar dan ikan
-masuk kan garam dan perasakan,biar mendidih dan sehinnga bendi lembut
-siap dihidang dengan nasi panas :) nyum3

Bayam celup tepung (terbaik)
Bahan2;
Daun sayur bayam (pilih sayur daun lebar2)
2sdb   tepung gandum
2sdb  tepung jagung
air
garam
kunyit

Cara2:
Bersih dan potong sehelai2 daun bayam
tos dan keringkan dalam penapis
Sementara itu, bancuh tepung gandum
tepung jagung garam kunyit dengan sedikit air
Panaskan minyak
celup daun dalam bancuhan tepung dan goreng sekejap
Angkat tos kan minyak dan hidang
Sgt rapuh dan rasa berlemak daun bayam :)


Ikan bawal masak sos
2 ekor       ikan bawal dibersihkan
1 bj              bawang besar
2ulas     bawang putih*
3 bj     bawang kecik*
1inch    halia*
10 helai     Cabai kering*
2sdb    sos tiram
2sdb   sos tomaato
4sdb  sos cili
garam
gula
kunyit

Cara:
goreng ikan dengan garam kunyit dan ketepikan
*blend bahan bertanda ***
Tumis bahan blend hingga garing
Masukkan sos tiram,sos tomato dan sos cili
setelah mendidih masukkan garam dan perasa kan
Last masukkan ikan dan bawang,gaul rata
Hidang panas2 taburkan daun bawang



Sotong sumbat kelapa
Bahan2;
1kg       sotong dibersihkan
Lidi     cucuk
Bahan kelapa:
1mangkuk      Kelapa parut
1 inch      kunyit hidup
2bj       cabai kecil
garam dan gula

Cara2:
-basuh dan tos kan sotong serta lidi
-tumbuk kunyit dan cabai kecil serta garam dan gula hingga lumat
-masukkan kelapa dan tumbuk seketika
-sumbatkan inti kelapa ke dalam badan sotong (half je)
-sumbat kepala sotong ke dalam bdn dan cucuk dengan lidi
-panaskan frypan dengan sedikit minyak
-grill kan sotong td sehingga masak (nak goreng pon boleh tp takut meletop)
-Angkat dan kelar badan sotong,sedia di makan panas



 Itula antara menu yang kami 1 family santap bersama
Bila ramai2 berkumpul syok juga makan simple2 mcm ni
Tengahari anak2 buah balik sekolah kelaparan boleh terus makan
Seronok kan bila duduk kat kampung :)
Bersyukurla jika anda duduk berdekatan dgn kampung sendiri
Boleh selalu balik jenguk2 parent dan adik beradik
Bila jauh ni la mood rindu mendatang dan datang..
Tak cukup di uji dengan PJJ..Allah uji lagi dengan kerinduan kpd family
Alhamdulilah ujian Nya kita boleh tempuhi dengan positif
Kalau rindu buatla masakan yg mak&kakak ku ajar ni..insyaAllah hati ku jd happy..^_^
Okla jumpa next entry uols

selitan: moga qaish jadi ank yg soleh 
kakak hawa yg picky eating..but she loves the spinach!

27 August 2013

Resepi Sup untuk Anak

Assalamualaikum

After baby menjangkaui umur 10 bulan ke atas
Mama2 ibu2 mungkin dah boleh trace favourite food anak2 kan
Qaish most favor food of course nasi n roti
Sekarang umur dia dah almost 17month pun hari2 pasti cari nasi
Lebih2 lagi nasi bersup..atau nasi berperisa mcm nasi lemak,nasi ayam n so on

So mama yg kurang kreativiti ni tercari2 juga resepi sup untuk anak
Tapi nak yang ringkas mudah dan sedap dimakan
So mama punya solution buat campak2 jela janji fresh n sihat!

SUP BEBOLA AYAM

BAHAN:
olive oil
Sayur carrot
Brocoli
Saderi
Bawang putih
Lada sulah
Garam
kiub ayam
Isi dada ayam

-Cincang isi dada ayam n bwg putih
-Gaul bersama ayam n bawang putih serta lada sulah,olive oil dan sedikit kiub ayam+ secubit garam
-Rebus air dan campak kan adunan ayam bulat2 dalam air mendidih
-Masukkan sayur2 dan perisa kan
-Siap dimakan dengan nasi lembut.. hahaha simple shj

ATAS : sup tauhu telur/ BWH: sup bebola ayam( xberapa bulat ball tu)


SUP TAUHU TELUR

BAHAN
Carrot
Bawang putih
Halia
olive oil
Daun bawang dihiris halus
Isi ayam
Tauhu telur

-goreng asing tauhu telur(dlm tiub n potong2kan) dan tos
-tumis bawang putih bersama daun bawang dlm sdikit olive oil
-masukkan isi ayam dan sedikit halia
-Masukkan sayur kegemaran anak2 dan perasakan
-Didih dan lastly masukkan tauhu telur :) siap

Yang lain2 sebelum ni menu qaish Sup Ayam Kentang biasa tu je
Selain ayam, mama buat fav qaish Singgang ikan termenung/kembong
,ikan mamu/tongkol atau tenggiri..mmg fav sampai bertambah makan nasi
selain tu masak lemak putih pun dia suka tapi semua garam so-so shj x masin sgt
Lite lite je rasa garam ,Qaish makan je..air kesukaan tentula teh o mcm ayah
Tapi selalu mama umpan Ribena & Oren..kecik lagi nak minum TEH tu nak oi

KIRI; Qaish KANAN: JazLora ( sama x muka depa?)

Okla cukup bebelan ari ni..Bye

22 August 2013

Lebaran 2013

Assalamualaikum

Masih belum terlewat tuan empunya blog nak ucapkan
SSELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua
pasti semua masih dalam kemeriahan raya dan rumah terbuka

Alhamdulillah tahun ni mama & lil G dapat berhari raya dgn ayah
Seronok dan lega la sebab dapat lagi raya n pilih baju sesama
Berpuasa bersama..tq Allah..pemberian yg tak ternilai :)
Tahun ni ayah decide kaler baju..so we r wearing blue! hihi
Mula2 decide cari baju mama..2nd time bershopping raya dgn qaish di bulan puasa
Sangat menguji kesobarann..tapi dapat jugak cari biru lastly lepas berbuka
Tu pun ayah yang pilih .Bila nak p cari baju melayu plak susah kaler tu
Orang yang jual kt bazar mesti cakap kaler baju kami cari tu BIRU BN haha

kami bertiga
sesi bersalaman..amboi anak teruna ku ^_^


"mintak maaf ye mama "

Qaish & Qisya


with "beras beras"

adik2 ipar

menu 1st raya

Tahun ni turn beraya bersama family di Perlis..10 hari sebelum syawal kami dah balik
Cat rumah mertua tahun ni..kasi berseri seri sikit hehe
Raya pertama menu mertua mcm slalu Mee rebus
Ada rendang ayam & daging n ketupa pulut itam
pastu kitorg cari lemang malam raya.RM10 ke atas sbtg gile mahai!!

Raya ke 3 kebetulan buat aqiqah Qaish & Mya zara
Alhamdulillah dapat buat sikit jamuan dengan menu
-Nasi planta /Nasi putih
-daging masak kurma
-daging masak asam/goreng kunyit
-ayam  berempah
-air asam/cabai
-jelantah

Menu2 rumah terbuka kat sini pun x kurang hebat
Sampai boleh gain weight kot raya ni
Yang paling best Laksa utara, Bihun sup siam & Nasi minyak
Marvelous!!


19 July 2013

juadah berbuka

Assalamualaikum

hari ni dah hampir masuk hari ke 11 ramadhan
Kita dah berpuasa 11 hari
Alhamdulillah masih penuh berpuasa :)
tak sempat nak update menu berbuka n bersahur tahun ni
Busy sangat..hahaha busy sebab apa..rahsia la! kekeke..

Bulan2 puasa ni wajib la buat sambal tumis utk suami
Peminat tegar sambal tumis ni x kesah la nk buh apa
telur ayam ka bilis ke sardin ke ayam ke semua dia suka
Awal ramadhan aritu dah buat siap2..senang keje mama hehe

Sahur pun menu biasa2 saja,kadang kalau ade kuih yg lebih berbuka
Bawa makan time sahur, most of cucoq yg suami beli semua savory dish
So xde la isu basi ke ape..tapi makanan kat bazaar ni mostly indah khabar dr rupa
ye tak? hehehe

Qaish setiap hari mama buat sup ayam,tomyam xpedas,sup siam je kat dia
Pastu mama tanak nasi lembik or rebus pasta ,kadang celop roti
Lega sekarang selera makan dia baru kembali ..tapi masih batuk berkahak
Masa batuk2 teruk sebelum ni asyik muntah ja tiap hari sampai luka tekak
Tu sebab xselera makan,,asyik mintak susu ja,sian anak mama.

okla.Jom pada yang dah blurr hari esok nak berbuka apa
Bersahur apa..meh la jenguk menu simple kami berdua

menu iftar meriah ^_^ request dr cik abg
-ayam celup tepung
-sambal sardin
-sambal bilis
-udang goreng kicap
-ayam masak sos plam

ni fav kuih/cucoq kitorang..hari2 mesti try test cari pulut udang sedap kat bazaar
pastu hubby terjumpa kuih akok beli utk mama..seronok dpt gak makan kt kedah ni kikiki
lagi satu kitorang duk pulun popia basah rangup kt bazaar tmn ria tu..mabeles
selain tu murtabak cicah bawang cuka tu pergh sedapppp

ok ni menu berbuka tak ingat yg ke berapa
-sotong masak kicap
-ikan bawal itam sweet sour
-sayur sawi tumis air 
-acar rebung

Setakat ni tu jela menu2 utama yg kami jamah, 
segala masakan bersantan n sup2 dging tulang ke kmbing ke belum masuk lagi..huhu
Share la menu korang plak bagi idea kt kami ni nk makan pa
Kadang2 blurr n buntu nak masak apa
Hubby jenis tak kesah sebenarnya makan menu sama selagi menu fav takpe
Tapi kita la boring kan hari2 ngadap sambal tumis hehehe..
If dia mintak masak something tu benor2 teringin la tu 


tengokla aksi anak teruna tu ngalahkan orang pose lentok dia
tu duk ngacau ayah dia study ..sabar je ayah ye :P

p.s: malam ni tido dgn Qaish je,,ayah tido atas bot memancing..syg betul ayah kat laut tu hehehe..
       Harap2 mama jaga bersahur jap lagi ..sorang2 plak tu..xbesnya

14 July 2013

Alhamdulillah Ramadhan 2013 kembali

Assalamualaikum

Akhirnya dapat juga hapdet blog
Belum terlambat untuk meraikan kedatangan bulan mulia
Ramadhan al Mubarak
Bulan penuh rezeki & amal

Bila tengok last post kat sini April
Lama betul x update pape cerita
Maklumla lepas hubby sign ON
Terus balik pahang untuk mengundi pilihanraya 2013 on may
Lepas tu plan nak balik ke sp dalam hujung bulan may
Sekali lekat terus sampai ayah off dr kapal..hehe
Rezeki dapat 2bulan bertapa bawah ketiak mak ayah
Bestnya smapai naik berat berkilo keloo huhu!

Qaish paling seronok hari2 tunggu cousin dia balik skool
Ajak main macam2..mula2 baik la lama2 berebut sana sini
gaduh sana sini..makan makin selera bila ada geng..
Ayah balik je S,petani terus sambut puasa
Alhamdulillah dapat raya bertiga tahun ni :) Happy sangat
Hadiah harijadi tak ternilai sebenarnya

Oh sebut harijadi july is my monthday! born in july la
Sambut posa sekali bestday la kiranya mama qaish ni
Tapi x celeb pa pun sebab busy persiapan posa kan
lagipun masa kat pahang dh celebrate kecik kire okay la tu hihi

Kejap je rasa dah tahun ke 2 berpuasa dan nak beraya dgn anakanda
Dah besar Qaish tu..bila bertiga lagi semangat berkobar nak pilih kaler tema
Tambah pula ayah beraya kat darat..hihi nak tau tema kami? xsepraiss la bgtau awal

Okla selamat berpuasa & mengerjakan ibadah berlipat ganda di bulan mulia ni
Nak selit gambar2 qaish kt pahang ;p
enjoicee~~!!
ship visit time :)

Happy time together
p/s: buat partner2 geng kapal yg xdapat sambut raya bersama suami, banyak kan bersabar ye..nanti kita tukar turn :)

.