WHat's Nuffy Say?

Showing posts with label masakan mak. Show all posts
Showing posts with label masakan mak. Show all posts

22 October 2013

laksam spaghetti mudah

Assalamualaikum

Baru2 ni kepingin nak makan makanan pantai timur iaitu laksam
Laksam kebiasaannya org makan dengan mee lebar n bgulung dia tu..
Mudah nak buat tapi makan masa nak layer kukus sekeping2
Oleh kerana nak menjamu tetamu dr perlis maka
Jeng jeng jeng.. ganti pakai spaghetti..or org pekan selalu pakai mee lidi sama shj ye

1st time in law makan tapi semua bertambah walaupun ragu ragu mula nya hehe..
Alhamdulillah nk buat pun senang je..xlama sejam siap boleh dmakan panas2



Resepi:
Mee lidi/spagheti halus
1kg    ikan kembung/selayang/parang
300ml  santan *guna santan kotak pn blh
3-4 kpg  asam keping
1teaspn   serbuk lada hitam
3bj bawang besar
Garam 

Bahan tambahan:
1 genggam   cabai kering
1 ketul 2inch  belacan *ai xbuh
Bawang besar
Cabai besar
Timun
Daunselom
Kacang panjang
Salad
Limau kasturi

Macam kami tak makan kacang panjang so ganti la dengan salad..rangup jugak
Cabai kecil x perlu dah sbb cabai kering dh pedas
Limau kasturi lg sedap diperah last dr limau nipis utk laksam ni.tapi weols xguna pun xde dlm stok
Boleh juga makan dgn ulam daun kesom/cenohom n bunga kantan yg dihiris halus..

Cara cara:
#rebus spageti hingga lembut dan gaul dgn sdkit minyak masak
#rebus ikan dengan asam keping dan garam
#perisikan ikan dan blend serta tapiskan tulangnya
#blend bawang besar
#masukkan dalam periuk bawang blend, ikan n air ikan td termasuk asam kepingnya
#rebus hingga mendidih masukkan santan dan lada hitam perasakan
#mendidih tutup dan ketepikan
#sediakan cabai kering yg direbus dan diblend halus dgn belacan
#sekarang boleh potong halus2 ulam ulaman



Dah siap campur semua n dihidang makan panas2 ye
Anak teruna ni mmg selera pantai timur so dia sorg je bertambah 3-4 kali
Boleh mama repeat recipe ni nanti
So Simpan dalam ni utk rujukan in future ^_^


Pada yg teringin boleh la try

09 September 2013

Menu Simple dari Pahang

Assalamualaikum..
Selamat hari Isnin
Jemput jamu mata & selera 

Asam pedas ikan kerisi

Asam pedas ikan kerisi
Bahan2:
2 ekor    ikan kerisi(dibersih,buang sisik n potong)
2 ulas     bawang merah
2 ulas bwg putih
2 biji  lada kecik merah
1/2 inch    kunyit hidup
garam
asam keping
serai diketuk
bunga kantan
daun kesum
lada besar
kacang bendi'
air

Cara2:
-tumis bawang merah n putih dengan minyak sedikit
-masuk kunyit yg ditumbuk serta air 3 gelas
-biar mendidih masuk asam keping,daun kesum,serai dan bunga kantan
-masuk kacang bendi,lada besar dan ikan
-masuk kan garam dan perasakan,biar mendidih dan sehinnga bendi lembut
-siap dihidang dengan nasi panas :) nyum3

Bayam celup tepung (terbaik)
Bahan2;
Daun sayur bayam (pilih sayur daun lebar2)
2sdb   tepung gandum
2sdb  tepung jagung
air
garam
kunyit

Cara2:
Bersih dan potong sehelai2 daun bayam
tos dan keringkan dalam penapis
Sementara itu, bancuh tepung gandum
tepung jagung garam kunyit dengan sedikit air
Panaskan minyak
celup daun dalam bancuhan tepung dan goreng sekejap
Angkat tos kan minyak dan hidang
Sgt rapuh dan rasa berlemak daun bayam :)


Ikan bawal masak sos
2 ekor       ikan bawal dibersihkan
1 bj              bawang besar
2ulas     bawang putih*
3 bj     bawang kecik*
1inch    halia*
10 helai     Cabai kering*
2sdb    sos tiram
2sdb   sos tomaato
4sdb  sos cili
garam
gula
kunyit

Cara:
goreng ikan dengan garam kunyit dan ketepikan
*blend bahan bertanda ***
Tumis bahan blend hingga garing
Masukkan sos tiram,sos tomato dan sos cili
setelah mendidih masukkan garam dan perasa kan
Last masukkan ikan dan bawang,gaul rata
Hidang panas2 taburkan daun bawang



Sotong sumbat kelapa
Bahan2;
1kg       sotong dibersihkan
Lidi     cucuk
Bahan kelapa:
1mangkuk      Kelapa parut
1 inch      kunyit hidup
2bj       cabai kecil
garam dan gula

Cara2:
-basuh dan tos kan sotong serta lidi
-tumbuk kunyit dan cabai kecil serta garam dan gula hingga lumat
-masukkan kelapa dan tumbuk seketika
-sumbatkan inti kelapa ke dalam badan sotong (half je)
-sumbat kepala sotong ke dalam bdn dan cucuk dengan lidi
-panaskan frypan dengan sedikit minyak
-grill kan sotong td sehingga masak (nak goreng pon boleh tp takut meletop)
-Angkat dan kelar badan sotong,sedia di makan panas



 Itula antara menu yang kami 1 family santap bersama
Bila ramai2 berkumpul syok juga makan simple2 mcm ni
Tengahari anak2 buah balik sekolah kelaparan boleh terus makan
Seronok kan bila duduk kat kampung :)
Bersyukurla jika anda duduk berdekatan dgn kampung sendiri
Boleh selalu balik jenguk2 parent dan adik beradik
Bila jauh ni la mood rindu mendatang dan datang..
Tak cukup di uji dengan PJJ..Allah uji lagi dengan kerinduan kpd family
Alhamdulilah ujian Nya kita boleh tempuhi dengan positif
Kalau rindu buatla masakan yg mak&kakak ku ajar ni..insyaAllah hati ku jd happy..^_^
Okla jumpa next entry uols

selitan: moga qaish jadi ank yg soleh 
kakak hawa yg picky eating..but she loves the spinach!

.