WHat's Nuffy Say?

30 November 2010

Kenduri Kendara

Bismillah...
Hye abg
Hye semua..salammm


Dah bberapa ari menyepikan diri skejap
Bukan ape cuti sekolah ni banyak le
jemputan n undangan diterima utk meraikan
pengantin baru..Pada yg menjemput...terima kasih banyak2 tau
Yang saya x dapat hadirkan diri mintak maaf
Mmmg betul2 ada aral..lagipun banyak date bertindih..sorry ye

Tahun 2010 ni ramai kawan seusia 25 thn yg pilih untuk menamatkan
zaman BUJANG depa..welkom to da kelub yeah hehhehe
Antaranya kawan sekolah rendah,kawan di UTM AIN,NAZARITH,AISHAH RAMLI
dan ramai lagi...TAHNIAH!!Semoga semua urusan dipermudahkan :)


Bulan depan banyak lagi undangan yg menanti..harap2 boleh lah
mengisi undangan dengan suami tercinta..kali ni tak jauh2 dah semua dekat utara je
..Bulan depan juga dah mula kena ON diet(start arini xleh ke???)
huhu berat dh overlimitededisi nii..kui3 pape pon mengharapkan sokongan
dr org terdekatterutama suami ku itu...(ok x abg?)

ok la jom layan gmbr kenduri okies :D


TAHNIAH NAZARITH & RADZUAN
 







TAHNIAH AIN & HARIS






Sekiann.........

23 November 2010

Luahan Hati Kepada mu

Salam..
Its already 3AM in the morning
I just done messanging my beloved one
My love my soulmate,Hermifaizal
Miss him ... T.T
Wish he had safe journey and healthy as always..

But yesterday he told me that his old scar from xcident getting hurt
again..
I hope he is strong to wait till KK port
He think he should see a doctor..
That sounds hesitation to me..
And now i cant sleep at all thinking all bad thing that might happen
NAuzubillah...huhuhu.Ya Allah Kau lindungi lah buah hati hamba :)

amin

Dear hubby,
I want you to know..
I love you, not for what you are, but for what I am when I am with you.
And if you ever ask me waht the Best thing about me to explore?..
I would say..The best thing about me is YOU
If someone ask you or me how we'd met..We answered
We are both have little weird and life's a little weird,
and when we find someone whose weirdness is compatible with ours
we join up with them and fall in mutual weirdness and call it LOVE.
Today I begin to understand what love must be, if it exists....
When we are parted, we each feel the lack of the other half of ourselves.
We are incomplete like a book in two volumes of which the first has been lost.
That is what I imagine love to be: incompleteness in absence.

LOVE you Forever!!


Remember LOVE is EVERYWHERE

20 November 2010

Pancingan Kerapu Laut!

Salam Sabtu semua
Ke mana hujung minggu begini?
Balik kampung atau kenduri kendara..
Saya macam biasa le makan tido termenung je duk umah
Hehehe..menunggu khabar berita baik dari si dia
Kot2 leh sign off secepat mungkin (mish him)

Pancingan kerapu laut..sape pancing?saya lah
Mestilah dear hubby yang kaki mancing..(sian kaki dia)
Dah lama tak pegi mancing dengan hubby..winduuu..
Hubby plak dah lama tak layan mancing kolam,sawah
Tak layan dah berlagak.xde feel kot.nak main laut dalam je

Bila naik kapal mula la..gian tu datang je tgok air laut
Sampai sanggup seludup naik bini 'senjata' mancing kui3
Shiannn..hihihi..So jom tengok hasil hubby mengail
dekat lautan Sabah Sarawak ni :) Layannss


                               Besar kan ikan2 ni fresh plak tu..tu tin sardin size besar tu sbg ukuran :p


                              Dalam banyak2 ikan, kerapu ni jela hasil tgkapan hubby :D ke3
                              Sodap kan kalau stimm..bawak balik sekoq abg :)



                             Tengokla giant kerang ni..besar x banding dengan size lighter (huh! liter rokok hubby
                             la tu) cemuih! Kalau makan seketoi pun puass :) the he he...


19 November 2010

Bahaya bahan kimia dalam Produk Kecantikan!

Salam to all..
Co9y & pa$te from my email
Kenapa sanggup pengeluar mengeluarkan
barang yang berbahaya kepada pengguna
Tidak fikirkah akibatnya di kemudian hari??

""Ops Black Face
Labels: Operasi, Pengguna

Saya memohon maaf atas kelewatan posting entry ini yg sepatutnya semalam dah disiarkan. Ini kerana kesibukan terlampau dan laptop pula buat hal.Entry ini ialah mengenai serbuan penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan ke atas dua buah syarikat yang memasarkan produk yang disasarkan kepada wanita yang bercita-cita untuk menjadi putih, menawan dan cuba 'merubah' menjadi lebih 'cantik'.
Sebagai makluman kepada pembaca, entry ini saya tumpukan kepada usaha pendidikan dan kesedaran di kalangan pengguna yang masih tidak memahami atau cuba untuk memahami implikasi / kesan dari penggunaan produk yang mengandungi bahan di bawah Akta racun 1952.

Panduan:

HYDROQUINONE

- sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hidroquinone adalah untuk membunuh melanocytes , sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.
- hydroquinone adalah sangat toksik dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, juga digunakan dalam proses foto, 'herbicides' , pemprosesan getah dan pemprosesan 'hair dyes'.

Kesan sampingan hydroquinone

- penghitaman kawasan kulit , terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.
- kawasan kulit boleh terluka, terbakar , kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.
- turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.
- jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan mata kesan terbakar dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menghitam.
- juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

TRETINOIN
- merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris)
kesan sampingan tretinoin
- rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultra violet.
Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.
Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.

============ ========= ========= ========= =======
Serbuan pertama dilakukan di sebuah premis di Damansara Damai, Petaling Jaya, diketuai Pengarah Penguatkuasa Farmasi, KKM, Mohd Hatta Ahmad.
Bukan sekali, tetapi dalam tempoh kira-kira 3 tahun, premis ini pernah diserbu dua kali sebelumnya.
Produk yang dipasarkan, memang mendapat sambutan, malah serbuan dan rampasan sebelum ini tidak mampu untuk menghentikan penjualan produk ini yang diubah sedikit kepada namanya setelah produk sebelumnya dirampas.

Rampasan sebelumnya setelah ujian makmal mengesahkan, produk ini mengandungi hidroquinone.

Dan kali ini, dua produk dirampas:
1- Natasya Krim Herba Gold - dikesan mengandungi hydroquinone 7-75 % w/w dan tretinoin.
2- Natasya Krim Herba -dikesan mengandungi hydroquinone 4-83 % w/w dan tretinoin.
Dan dalam serbuan kedua di sebuah premis kilang di Bandar Pinggiran Subang, satu lagi produk kecantikan wanita dirampas.





Jenamanya De'Putih. Begitu kemelayuan bunyinya.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, apa yang difikirkan langsung tidak mencermin nama itu sendiri.

Produk De'Putih sebenarnya adalah produk yang diimport terus dari Filipina sebagaimana juga tertera pada kotak pembungkusannya.Syarikat di Bandar Pinggiran Subang ini hanyalah pengedar, dan kepada pengguna, menggambarkan seolah-olah syarikat terbabit yang membuat produk itu.Mereka sebenarnya hanya menerima barangan dari kilang Goldwin Manufacturing Lab. Corp, Filipina, dan memasarkannya di sini.
Pada kotaknya, mendakwa sebagai 'mencerahkan dan mengatasi masalah kulit anda'.

De Putih Night Cream dikesan mengandungi tretinoin - yang mana tretinoin bukanlah untuk mencerahkan kulit, tetapi digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris) atas perskripsi doktor.Kepada pengguna yang peka, banyak yang boleh dipertikaikan atau diberi perhatian apabila membaca label pada kotaknya.





- Tertera logo halal (yang tidak diiktiraf), tetapi dikilangkan di Filipina. Apakah jaminan pengeluar logo halal swasta itu, yang ia juga melakukan pemeriksaan di kilang di Filipina itu?

- Kandungannya juga ditulis mengandungi cetyl alcohol.

- Terdapat ayat melucukan - ' Sila dapat nasihat pakar sebelum mengguna.' Jika kena nasihat pakar sebelum gunakannya, apa guna kita membelinya?. ..

- Sebenarnya, syarikat ini tiada kaitan langsung dengan Melayu, tetapi nama digunakan adalah berunsur kemelayuan.

- Nampaknya syarikat ini mengetahui akan bahaya hydroquinone, jadi dicetak bahawa produk ini tiada bahan itu. Malangnya, produk ini mengandungi tretinoin...
- Dakwaan bahawa ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM juga, adalah palsu. Tiada sebarang rekod pada KKM, syarikat ini memohon kelulusan KKM.

++++++++++++ +++++++++ +++++++++ +++++++++ +++++++++ +++++++++ +++++

Dua lagi produk ialah:

1- Krim Malam Misha - dikesan mengandungi hydroquinone 7-65 % w/w dan tretinoin

2 - Di dalam Set Produk Shadira:
- krim tidak berlabel - dikesan mengandungi hydroquinone 5-1 % w/w dan tretinoin
- krim berlabel Pearl - dikesan mengandungi hydroquinone 5-72 % w/w dan tretinoin


============ ========= ========= ========= ========= ===

Kesan jangkapanjang penggunaan produk mengandungi bahan ini, boleh mencacatkan wajah wanita, dan pengguna dinasihatkan supaya menghentikan penggunaannya jika merasa kesan pedih atau kulit muka kemerahan selepas memakainya.

Dan nasihat juga dikeluarkan, wanita tidak perlu ghairah untuk memutihkan kulit muka dengan menggunakan produk yang tidak pasti keselamatannya.

============ ========= ========= ========= ========= ========= ========= ====

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) : 03-7883 8549 / 5551
Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM : 03-7841 3200/ 3215
atau emel pharmacy1@moh. gov.my

sekiranya memerlukan keterangan lanjut atau pengesahan mengenai produk berkaitan.




18 November 2010

Kegembiraan diganti Kesedihan

Salam to all
Selamat Aidiladha
Macamana dengan raya kawan2 tahun ni
Semoga sentiasa di bawah RahmatNya

Allahuakbar..gembira betul raya haji saya kali ini
Beraya di mentakab bersama abg abg saya
Ketiga2 abang saya ke mentakab menyambut hari raya bersama
Walaupun hubby saya takde dan my sis balik ke Lipis (xdpt sertai)
tapi still meriah dan gembira..At least jumpa sedara dan siblings masa raya smlm
sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan raya tanpa suami saya..
Thank u Allah..

But today, just now something happen
Dapat berita buruk daripada BIL (brother in law)
My BIL singgah ke rumah di sg petani to drop something
But then they found out that someone dah pecah masuk rumah
I was tols that a day before Raya my FIL visit and check our house
Nothing happen, mybe penyangak pecah masuk malam raya or else
Jiran pula kebetulan takde..Sedihnyaaa..u all leh imagine tak how sad i feel right now..?

Nothing much loss.but i think they do know that our house vacant..selalu orang dtg visit jap2 je
Xde orang duduk pun.thats why la kot..My home theater set gone.Ya Allah betapa Ujian Mu aku hadapi dengan tabah..Berilah aku kekuatan..Now my SIBs tengah buat police report and my hubby waiting for comformation from office to hav emergency sign OFF.Semoga office dapat reliever secepat mungkin.Kesian hubby dengan probs atas kapal lagi,dah la baru abes kena survey,be strong bebeh..errmm sekarang kepala saya sangat pening dan nak pecah..I feel sick..and mess! Macam2 dalam fikiran.Rasa nak nangis pon ade..huhuhu..Tapi sy pujuk hati,sesungguhnya Allah itu maha adil.Setiap kejadian dan musibah pasti ada hikmah.Allah Maha mengetahui...

Tu saje entry sedih/no picts/luahan saya kali ni
Next entry picts Raya Haji I/Allah..

Love,

15 November 2010

D'NIALICIOUS contest

Salam & selamat malam
Contest lg puan myza??
Ya ya..saya BW dan jumpa banyak kontez..Hanya yg menarik rambut minat je sy buat
Saja nak test luckk d samping menghilangkan rasa rindu pada HUbby yg jauh..
Boleh??

Hehehhe kali ini nak sertai Contest dari blog Naqiah! sebab ape???
eermm  Sebabnya:
1. Blog dia menariks la kalerful gitu..comel,cute mcm tuan blog
2.Hadiah dia chocolate!!!! My FAV!! Boleh redakan tension n rasa sedih i skrg ni :(
3.Semua calon yg join adalah pemenang..means akan dpt hadiah jugak.yihha!
4.Kalau dapat rasa choc dia,nnt leh order plak utk yg tsayang pas ni (boleh main suap2 gitu)

Uishh banyak btul sebab dan akibat..sudah2 la tuu teruskan dengan content PLZZZ...
Hahahaha ....Ok Ok fine
 Jom tengok syarat dan akibat menyertai Contest ni, klik gambar ye :)


Ok.Senang je kan?Uols pon join la..jangan malu-malu kambing plak Orait!
semoga burjaya!

14 November 2010

MARI MENARI ASTRO RIA

Salam to all
Mood mengumpat i dah datang ni
Nak mengumpat ape ni sebenarnya..
bukan pasal apa cuma tentang reality show terbaru

Credit picts from Astro

Kali ini tergerak nak luahkan isi hati kepada kritikan Joseph Gonzales tentang tarian pasangan dari Johor iaitu MM Yat.Kata juri professional itu "Secara jujur saya x berapa suka & faham tentang konsep dan tarian anda berdua,tapi tarian semakin bagus dari sblmnya" panass jee haku...Apa de hal.Bro tak tengok ke filem Happy Feet????one of my fav film from Disney Pixar kot.Sangat comel dan costum serta tema tarian diorg kena dengan filem tu..Tap dance yang banyak digunakan,xkan juri tak tahu tap dancing kot..

Ketua Juri Joseph Gonzales

Im Loving what they're doing this week compare to previous show from Yat & suami,Well lepas tu Joseph akui kesalahan dia yang berbunyi "ya mintak maaf sbb saya ketinggalan sedikit"-mungkin dia terlepas menonton filem animasi blockbuster itu..keh3..Sejuk sket ati i. Minggu sebelum nampak mereka berhempas pulas untuk buat yang terbaik and I think they do good job last night Joseph (okeh xmo EMO kt sini yeh)..Apa2 pun semoga mereka berjaya!!!



Goodluck MM YAT

Sepanjang mari menari ni dilangsungkan pelbagai topik hot di gembar gembur kan..Antara nya Isu Pasangan MM Dita yang dikatakan gila glemer,buka tudung semata2 untuk masuk TV?(credit to MURAI.com)..Fuhhh bagi i memang tak patut la K.Dita tu buang tudung semata nak kejar glemer..nak tau statement panasss dan berani K.DIta tentang pendirian beliau buka tudung untuk masuk Mari Menari...:) Si suami pun sama kan dah macam2 pogram masuk kat Astro tu pun masih nak kejar glam.Haish manusia manusia..Tanggungla di 'sana' nanti ya..Lagi satu berkenaan pasangan adik beradik dalam Mari Menari yang dikatakan bukan muhrim.Betul ke..??Emm ada yang kata mereka adik beradik tiri sama ibu tapi lain bapa..Wallahualam..Dan juga kes mereka yang digelar professional tetapi sorang berlagak Diva & seorang lagi Poyo..macam2 kan..hihihi

Apa pun GUDLUCK to them!
Tapi ape pun aku tetap minat kepada pasangan
1. Soldier Couple!!


2. Very Creative couple

3. Cute&Cool couple
yang lain bukan x minat cuma diorang biasa je takde sangat Xfactor (pndapat I je OK)

Malam ni pulak malam penentuan Ahad ada suprise dari Joseph untuk mendapat undian dan kekal dalam Marghi Menaghi ( Lisa sebut) hehehhe... :D
Sekiann..

Picture Of My Life Contest #

Salam to all
Di umumkan saya masuk contest ini
Anjuran budak ensem ni KLIK sini
Im tagging :
1. My Neighbour _K.ITA
2. My blogfriend _AIN -sbb suka berceloteh kt blog dia ^^
3. My SIs _ PAE a.k.a Intan
Klik below picts for terms & condtn :)


So as the contest say "picture of my life"
Jom redah what story behind my picture :)



 PICTURE OF MY LIFE
Yup! That was me..and my hubby. Dia la racun dia la penawar i sekarang.Racun?No.He's MY LIFE now & forever.Kami dipertemukan secara tak sengaja di dunia penuh sains dan teknologi pada tahun 2002. Ya kami chit chat kenal dan bertukar number phone saje(sila jangan start menguap).A month after kami jadi kawan rapat, sangat la  rapat dan selesa benar berkawan dengan dia.Even masa tu masing dah ada 'couple'..

Pada tahun 2004, i dapat masuk U kat Johor..dan pada tahun yang sama kami sama-sama menemui death road dalam perhubungan chenta.So dia la tempat saya mengadu.Sharing perasaan sedih dan kecewa.But few months after, dia plak tekel i (perasan gila ayat)..hahahhaa..funny la bila teringat kenangan itu.But masih kemas dalam lipatan memori ini..I siap tanya "Siapalah perempuan Malang yg kau minat tu???" HAhaha..So Daripada gelaran AKu-Kau bertukar menjadi ultraman Saya-Awak dan kemudian Abg-Mza.. :D ngee..masa tu DONIA KAMI YANG PUNYA..Terbit la bibit cinta dari hati yang tulus mulus..

Akhirnya 2008 kami mengikat janji sehidup semati sebagai Husband & Wife..Forgot to mention he's 5 years elder than me( matang la skit ^^).Kami berjanji akan terima seadanya kekurangan dan kelebihan masing-masing..Setelah hidup bersama 1 bulan,dia terpaksa meninggalkan i demi tuntutan tugass..Hati jadi tak keruan.Semasa bercinta tak kisah pun semua ini,kenapa sekarang baru kau nak ngelabah Mai??? Kenapa baru nak rasa masam manis kelat tawar hidup berumah bertangga kami harus dipisahkan jauh..Bukan sekejap tapi lama la 4 months duty onboard..huk huk..Langit yang dulunya cerah kini mendung(eleh jap lagi hujan ler tu).."Tu la masa dia ada hang duk cari gaduh la, merajuk lah..Skrg ni dia dah p keja jauh padan muka hang takleh manja-manja dah"..Errk! Siapa yang bercakap tuh?!Meh nak sekeh kepala...amboii..

Tapi betul la kata orang, sayang isteri tinggal2 kan..hukhuk..Sekarang i masih menanti dengan setia kepulangan hero di hati ini.Di saat macam ni la sedih bila terkenang hubby jauh di perantauan, tak dapat beraya bersama...Abang, i Miss You so0oo much.Really miss u badly now..Sangat sedih bila melihat wanita lain bersama pasangan mereka di saat susah senang.I wish u come back safely so0n dear..Really need u right now....(air hujan dah mengalir)...

Okla sampai sini shj entry ini ^^
Goodnite




13 November 2010

Puding Roti Labu

Hiyaaa Chefs out there!!
Haha Salamm...manade chef nak review my blog pun
Sahaja terbawa bawa emosi tengok TOP CHEF kat channel DIVA tadi :)
And The winner is HUNG..Well i admit,he's pro kat dapur dan skill memasak dia Sgt Bagus!
Tapi yang latest i tengok lagi sebab kat DIVA baru 2nd season..dekat bravo TV dah season brape tah..huhu
Seronok tengok diorang memasak & leh try skill2 memasak hahahahhaa..boleh ke?pegang pisau pon terkemut kemut..wakakkak!

Okla cukup la pasal top chef..ni chef tak top nak share resepi untuk minum petang.
Berbekal kan buah labu yang lebih buat sayur lemak kuning labu tempohari
duk fikir2 la nak buat ape dengan labu tu..Last2 kak long mention ade roti gardenia tak habes atas meja makan..Buat la puding roti katanyaa...Okla yang penting kaedah mesti kukus..search punya search jmpa la resepi puding roti kukus(tapi lupa kat mana i c&P) dan saya alter sikit la sebab nak tambah buah labu kan :)
Jom layan resepi dia ye puan puan...mudah dan simple je :P


PUDING ROTI LABU
1/2 bhgian labu*
1sdt  susu pekat*
1 sdb    marjerin
1 biji     telur
1/2 cwn  gula( lebih kan kalau nak manis)
1 cwn     susu segar (saya guna 3/4 santan cair+ 1/4 susu cair)
1 sdb   milo (xpakai pun)
2 sdb  tepung jagung
6 kpg   Roti
Secubit garam (x guna pon sebab marjerin dah masin)

CARA
*Panaskan kukusan dan sedia loyang
* Rebus labu hingga empuk dan lenyekkan dan tambah susu pekat.Masuk dalam loyang-1st base (kukus sekejap
* Gaul gula + marjerin sebati dan masukkan telur.Pukul sekata.
* Masuk kan susu/santan dan tepung jagung juga garam
* Gaul(Blend pun ok,cmpak je semua kan) , then masuk roti
* Tuang bancuhan atas labu tadi dan susun lebihan roti di atas,dan kukus 45 minit
*Sejukkan dan siap di hidang :)



Jom layanz gambar yang tak berapa kecur air liur :D







Jemput makan semuaaa..yang ni lebih laku! makan panas2 hidang dengar air Teh O beng..kawkaw!

11 November 2010

Kuih Lapis Pisang! ^^

Salam ..

Ok guys enough already bout my arowana FOR SALE..Well,today im starting to update my hermyza blog again..My one and only diaries :)

Thank you so much for those who viewings my blog and silent readers out there......

So hari ni nak update new recipe i tried last week..Love it so much!
Kuih Lapis..Kebetulan ada pisang rezeki orang bagi ..So decided to lapis with isi pisang yang dilecek2..So jom usha resepi nya dulu :)

credit to WatiErmanLife.BlogSpot
izin-copy & paste  _Resepi Asal 

Kuih Lapis Pisang & Keladi ( saya xde keladi so ganti dengan sirap Ros)

Bahan A
  •  2 cawan santan (akak guna 1 paket  santan serbuk Brand KARA + air = 2 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu kecil minyak
  • 1 sudu teh garam
Bahan B
  • 1 cawan pisang emas - dilecek
  • 1/4 cawan air

Bahan C (saya ganti Sirap ROs je)
  • 1/4 cawan air
  •  1/2 sudu kecil perisa yam/keladi
  • 1/2 sudu kecil yam paste
  • 1/2 sudu kecil pewarna purple
Cara Membuat
  • Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  • Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
  • Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  • Panaskan kukusan. (Sediakan loyang saiz 7 atau 8 inci yang digriskan dengan sedikit minyak.
  • Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  • Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  • Buat sehingga siap setiap lapisan
  • Semasa kukusan akhir, kukus lebih kurang 10 - 12 minit.
  • Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
Hasil kuih saya di bawah :)
*LAPISAN x cantik sebab
- 1st time buat kuih ni
-saya x tutup loyang- sdikit sbyk air titisan/wap jatuh dalam kuih :(
-Pisang saya gunakan lebih 5 biji (Nak abeskan stok)
 Tapi rasa mmg sedap :)) saya n abah suka :>



Abaikan rupa yg penting rasa : akakkakakaka :D


.