WHat's Nuffy Say?

13 November 2010

Puding Roti Labu

Hiyaaa Chefs out there!!
Haha Salamm...manade chef nak review my blog pun
Sahaja terbawa bawa emosi tengok TOP CHEF kat channel DIVA tadi :)
And The winner is HUNG..Well i admit,he's pro kat dapur dan skill memasak dia Sgt Bagus!
Tapi yang latest i tengok lagi sebab kat DIVA baru 2nd season..dekat bravo TV dah season brape tah..huhu
Seronok tengok diorang memasak & leh try skill2 memasak hahahahhaa..boleh ke?pegang pisau pon terkemut kemut..wakakkak!

Okla cukup la pasal top chef..ni chef tak top nak share resepi untuk minum petang.
Berbekal kan buah labu yang lebih buat sayur lemak kuning labu tempohari
duk fikir2 la nak buat ape dengan labu tu..Last2 kak long mention ade roti gardenia tak habes atas meja makan..Buat la puding roti katanyaa...Okla yang penting kaedah mesti kukus..search punya search jmpa la resepi puding roti kukus(tapi lupa kat mana i c&P) dan saya alter sikit la sebab nak tambah buah labu kan :)
Jom layan resepi dia ye puan puan...mudah dan simple je :P


PUDING ROTI LABU
1/2 bhgian labu*
1sdt  susu pekat*
1 sdb    marjerin
1 biji     telur
1/2 cwn  gula( lebih kan kalau nak manis)
1 cwn     susu segar (saya guna 3/4 santan cair+ 1/4 susu cair)
1 sdb   milo (xpakai pun)
2 sdb  tepung jagung
6 kpg   Roti
Secubit garam (x guna pon sebab marjerin dah masin)

CARA
*Panaskan kukusan dan sedia loyang
* Rebus labu hingga empuk dan lenyekkan dan tambah susu pekat.Masuk dalam loyang-1st base (kukus sekejap
* Gaul gula + marjerin sebati dan masukkan telur.Pukul sekata.
* Masuk kan susu/santan dan tepung jagung juga garam
* Gaul(Blend pun ok,cmpak je semua kan) , then masuk roti
* Tuang bancuhan atas labu tadi dan susun lebihan roti di atas,dan kukus 45 minit
*Sejukkan dan siap di hidang :)



Jom layanz gambar yang tak berapa kecur air liur :D







Jemput makan semuaaa..yang ni lebih laku! makan panas2 hidang dengar air Teh O beng..kawkaw!

3 comments:

Najwa Fairus said...

OMG, makanan lagi kak! oh, sedap gila. tapi teringat diet ku. TIDAKKKK!

Afifah Azmi said...

uuuuu sedapnye! kena try ni

myza said...

hehehhehe..its ok najwa.just kukus n tak brape manis..kalau takna hi calorie u can reduce the sweet taste dear...

Afi: Sila sila jemput buat raya ni :D

.