WHat's Nuffy Say?

27 September 2011

1st and 2nd day standby-KL

 Assalamualaikum
Baru ada masa nak hapdet ini blog setelah beberapa minggu
Semua harap sihat hendaknya..

Dari awal September ritu dapat berita baik
dan juga x berapa baik..yang baik tu hubby nak sign off dari Lumut
Tapi x bestnya dia kena standby naik kat Terengganu pulak direct
Cuma cuti untuk standby ambil course & medical shj..

So selama seminggu awal September tu hubby off myza jemput dari Lumut
Gudbye Lumut...huhuhuk,terus kami balik ke Perlis..jumpa parent hubby
Lepas tu esoknya kami balik ke Sg.Petani hubby siap2kan barang packing2
Belai2 manja ikan ikan beliau sebelum ditinggalkan utk ke sekian kali ewahhh!
Esoknya Ahad pagi2 lagi kami bertolak dari Sg.Petani ke K.L

Alhamdulillah..petang tu sampai KL terus jumpa Iza Nordin kt UPM
Ajak dia keluar jalan2 kat theMINES
Sempat la window shopping :)





Selesai sudah membeli belah ,kami terus ke rumah CheBob & Qasima..
Dinner kat sana.TQ Bro And SIL for dinner treat :)
Dapat lepas rindu kt The Adams..main bunga api
Si bulat dah mengamuk tido..hehhehe
Dah malam kami terus ke Sri Petaling utk check in
Tido hotel bajet je.. My Home Hotel
Siap ada SPA 3D sebelah..syok,
turun ground floor dah boleh p Spa trus!
..tp bab parking leceh giler..haihh 5 d 4 n kat sini


Isnin tu hubby belum ada course plak
Selasa baru start..so jalan2 terus ke IKEA



IKEA pon kami x pernah sampai sebelum ni just dengar cerita
depa borong furniture and barang2 deco kat sini
Macam menarik, memandangkan kami x plan pun nak pergi
So kalut la cari dalam GPS garmin jalan ke IKEA...hehhehe

Sampai je IKEA ingat nak cuci cuci mata je..sekali at the end
Grab juga 2-3 jenis barang keperluan hehehe memula 1 bag
lepas tu 2 bag...last2 amik troli..hauhauhaua...
Lepas tu hubby kelaparan sbb x join makan masa kat ats tadi
So kami terus ke foodcourt IKEA
antara menu kami :

Special Menu on that day: IKEA's Chicken Rice

Meatball

Chicken with lemongrass kot ;p

and this one..forgot the name!


Sampai petang..kami kefenatan terus balik rest kat MYHome Hotel :D
enjoice momento before he sailing again :) thanks Hubby
 

13 September 2011

Ship Visit Raya ke 2

Assalamualaikum

Salam hari ISnin
Monday Blues???


Selamat mengupdate blog buat semua
Hari Raya Aidilfitri ke2 xsempat ke open house
tapi sempat ke open ship...haha pelik x
Kami bertolak dari Sg Petani ke Lumut pagi pukul 11 am
pom pam pom pam pukul 4-5 ptg sampai Lumut
Maklum la..jalan kat tol Jem Raya ke2

Apa lagi hantar hubby ke kapal dari jetty tu
Alang2 bawak rendang ketupat, wife ni pun ikut la
sengaja menyesak kan kapal..wakakakka..
Nasib big bos xde..masih beraya..

Jom la layan gambar dah lewat malam x larat nak cerita panjang2
Cuma nya mmg berbeza dengan kapal company hubby yg lepas
kapal ni lebih kecik dan sempit
Tangga dia pon boleh tahan curam dan semputtt mak nak panjat
kureng stamina noQs..hahahha




Alamak ter upload vid s sekali..erm layan jela



aktiviti mengail tidak dilupa kan

Posing semasa tggu boat :)

Raya2 pun org bercuti ke pulau kan :P



Ruang laluan yg terhad..if myza lebar lg badan mmg x muat..huhu

tangga tinggi mencanak...adoii ssakit lutut den

bridge pon sempit la

HAlo halo! tepi tepi!beri laluan! Capt.Mai nak lalu.wakaka...

Wau ada mat salleh mandi..hahahha

Makang budoks!!

Pantau keadaan..poyo je

Uiih dekatnye kapal depan :p

Beloved

Ok ni bilik guest :) masa utk makan

Lauk dr rumah,rendang daging MIL,rendang ayam MAknjang,
n sambal bilis kering

Jom ikut Diving..hahahha



p/s: Seronok gak beraya atas kapal ..ngeh3

11 September 2011

Restoran Mee Udang Banjir Sungai Petani

 Assalamualaikum
Entry pasal mee udang banjir ni dah backdated
Dah basi..gambar mee udang pun xde..
Huhuhu xdan snap.Sedap Marvelous @___@!!

Khaled dengan Nasi putih +ayam KungPao

Penuh org masa ni
Masa kami pergi dah malam..parking punya la penuh
Makin lama makin ramai orang..
Myza paling suka decoration kat situ
Macam2 jenis tmpt duduk uols leh pilih
nak duk dalam gazebo ke,dalam 'bekas' kolam udang ke
atau santai je kat meja luar..
Pape pun mee udang banjir dia sedap myza bagi rate 4/5
Sesiapa nak cuba mudah je nak pergi
Berdekatan Giant Sg.Petani.Dekat simpang 4 traffic light.

-------------update gambar mee udang banjir--------------------
**FEW INFO dapat dari tauke sendiri:
menu mee udang banjir ada banyak jenis rupanya
mee udang banjir biasa : RM 7++ (guna udang laut biasa)
mee udang banjir RM 10++ (udang besar sikit)
Mee udang banjir RM 15 dan ke atas guna udang besar tu

Btw masakan panas pon adaa termasuk menu istimewa:Nasi Goreng Ketam
Bakar2 pon ada,sotong ,ikan jenahak,siakap dll.yg hidup leh pilih dr aqua
Set menu n pakej pon ada leh makan bersila siap ade bantal lagi..kelassss!
Semua seafood fresh dari laut ok, mmg banjir la mee udang dia
Kalau nak tukar mee kpd kue teow or bihun make sure sebut 'banjir'
kalau x dapat yg goreng biasa shj..hehhehe..

Emir with his parents

yg ni biasa to BANjirrrr!

Sedap!two thumbs up!

--------------------
----------------------------*Update Done*
----------------------------------


Ni sesaje letak gambar ABC special dari lumut.Masa keluar ngedate dgn hubby
makan kat restoran seafood..menarik ABC special restoran ni :))

10 September 2011

Pulut Dakap Kelantan



Assalamualaikum
Masih berlum terlambat untuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin
 Hari Raya ke 12 buat umat islam :)


Kalau ada salah silap dari kami berdua harap di ampun kan
dan si maafkan segala keterlanjuran :)

My mother

 ok nak tanya siapa yang pernah makan pulut dakap??
Kat kelantan or terengganu amat famous ye pulut ni
Di makan bersama air manisan atau manisan nipah yang dimasak hingga pekat
Memang terbaik!!
Siapa2 duduk kelantan or Ganu harus tau pulut ni
selalu ada dihidang di hari raya menggantikan ketupat Daun palas
atau ketupat nasi di pagi hari raya..

Gambar ni semua masa raya haji yang lepas
Masa ramai2 beraya puasa  ke kelantan juadah ni memang banyak
menggamit kenangan kami sekeluarga yang memang dah lama x beraya di kelantan
Keluarga belah abah kami :)
Sekali raya haji abah request untuk makan pulut dakap
Apa lagi abes daun pisang kat kebun abah amik..heheh
pulutnya sama je dengan pulut daun palas tu lemak2 berkrim..
Cara je la lain sikit utk membalut Jom meh saya share
Pulut yang dah di kukus dengan santan half cooked
Ini la rupa pulut yang berdakapan di hari raya..hehe

Ini sebahagian prosesnya pulut yg dah dibalut siap utk di dakap 2

Lepas berdakapan kita ikat dengan tali rafia :)



So nak tau camna menggulung pulut dalam daun pisang ?? tengok kat bawah ni ::

amek secukup pulut utk letak dalam daun pisang yg dah digunting petang segi 4

Pastu uli uli bagi pulut tu dudk tgh2 dan panjang menggetel..haha
Agak2 jadi mcm gambarajah atas ni ha..boleh la bungkus 


Lipat je daun tu macam di atas..okey? buat manyak2


amek tali rafia..dakap 2 biji ketupat td scara bersemuka.
lipatan bertemu lipatan kemudia start ikat dari
atas ke bawah ye secara selang seli

sebelum tu ikat mati dulu bhgian atas supaya ikatan kejap n kemas :)

Ok lilit kemas smpai habis dan matikan ikatan

Pastikan tali td lebih kat hujung senang nak matikan simpulan

tat teddaa..dah ada banyak siap leh la kita rebus sampai masak pulutnya

tudiaa 3 kelo pulut bungkus sampai lebam

Sessi pulut daun palas pulak ditunjuk ajar en,nordin abahku :)

p/s: adehai rindu nak makan pulut dakapp..nak buat malas...bukan ada org pun nk mkn huhu tggu balik pahang la..

.