Assalamualaikum
Baru2 ni kepingin nak makan makanan pantai timur iaitu laksam
Laksam kebiasaannya org makan dengan mee lebar n bgulung dia tu..
Mudah nak buat tapi makan masa nak layer kukus sekeping2
Oleh kerana nak menjamu tetamu dr perlis maka
Jeng jeng jeng.. ganti pakai spaghetti..or org pekan selalu pakai mee lidi sama shj ye
1st time in law makan tapi semua bertambah walaupun ragu ragu mula nya hehe..
Alhamdulillah nk buat pun senang je..xlama sejam siap boleh dmakan panas2
Resepi:
Mee lidi/spagheti halus
1kg ikan kembung/selayang/parang
300ml santan *guna santan kotak pn blh
3-4 kpg asam keping
1teaspn serbuk lada hitam
3bj bawang besar
Garam
Bahan tambahan:
1 genggam cabai kering
1 ketul 2inch belacan *ai xbuh
Bawang besar
Cabai besar
Timun
Daunselom
Kacang panjang
Salad
Limau kasturi
Macam kami tak makan kacang panjang so ganti la dengan salad..rangup jugak
Cabai kecil x perlu dah sbb cabai kering dh pedas
Limau kasturi lg sedap diperah last dr limau nipis utk laksam ni.tapi weols xguna pun xde dlm stok
Boleh juga makan dgn ulam daun kesom/cenohom n bunga kantan yg dihiris halus..
Cara cara:
#rebus spageti hingga lembut dan gaul dgn sdkit minyak masak
#rebus ikan dengan asam keping dan garam
#perisikan ikan dan blend serta tapiskan tulangnya
#blend bawang besar
#masukkan dalam periuk bawang blend, ikan n air ikan td termasuk asam kepingnya
#rebus hingga mendidih masukkan santan dan lada hitam perasakan
#mendidih tutup dan ketepikan
#sediakan cabai kering yg direbus dan diblend halus dgn belacan
#sekarang boleh potong halus2 ulam ulaman
Dah siap campur semua n dihidang makan panas2 ye
Anak teruna ni mmg selera pantai timur so dia sorg je bertambah 3-4 kali
Boleh mama repeat recipe ni nanti
So Simpan dalam ni utk rujukan in future ^_^
Pada yg teringin boleh la try